BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 9 March 2015

Dugaan Demi Dugaan II

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tu, ku tidur rasanya tak sampai dua jam. Aku hanya boleh berdiri, berjalan dan duduk sambil bongkok. Nak baring memang tak boleh. Kalau penat berjalan, ku akan membongkok di tepi katil. Penat membongkok ku berjalan semula. Dalam jam dua pagi, mungkin kerana penat sangat dapat juga terlelap dengan keadaan mengiring yang ntah camne ntah. Sedar semula jam 3 bila Ubai kejut nak susu. Then ku cuba PU lagi. Dapat lah beberapa titis.

Selepas menghantar anak ke sekolah ku bergegas ke klinik. Ada MGTT test and memang akan ku ngadu lagi pasal hal ni. Bila nurse try nak usik perut, dia terus hantar aku jumpa doctor. Bladder dah full giler. Bila doctor scan, dia tak nampak fetus. Allah...berderau mendengarnya. Dia panggil member doctor lain. Pun tak nampak. Ku pasrah je lah.

Doctor berlari buat call ke O&G HTJ. Letak je phone, dia terus bawa aku ke out patient clinic untuk letak CBD. Catheter tu le. Ku dah tak rasa apa dah. Belasah je lah asalkan selesai. Sabar je adik nurse tu buatkan, dapat pulak Doctor tu yang memang suh buat on the spot. Rasa cam gesa nak bersalin pun ada juga. Punyalah berdebar. Tapi, lepas 5 minit...pergh leganya. Syukur alhamdulillah. Lebih kurang 15 minit, settle rasa. Banyaknya tak yah cakap lah..full beg 2L tu..nearly 1.8 L. Doctor siap amik gambar beg tu. Sambil tu dia membebel-bebel sebab kenapa masa ku gi outpatient semalam, doctor tu tak nak observe aku, pegang perut aku. Terus dia tulis report dalam buku merah.

Bila dia scan sekali lagi, then doctor menjerit suka. Ada ada..fetus ada. Heart beat semua OK. Allahu akbar... alhamdulillah. Doctor terus bagi MC satu hari. Kesian dia tengok aku keletihan tak boleh PU. Esok pagi, dia minta aku hantar sampel urin untuk test apa tah. Antibiotic dah bagi tapi takleh makan selagi tak hantar sampel. Yang penting dia kata, if second episode appears then kene gi emergency immediately.

Fuh, tragis gila ku rasa. Bayangkan tak boleh PU (past urine). Kemudahan yang Allah bagi tu dah kene tarik. Terasa kerdil sungguh diri. Sesungguhnya nikmat Allah itu tak terkira banyaknya. Pada tubuh ni sahaja, ada pelbagai. Syukur lah wahai ina. Syukur lah.

Wasalam.

Friday, 6 March 2015

Dugaan demi dugaan

Bismillahirrahmanirahim.

Dalam kelegaan selepas mengharungi first trimester yang begitu sukar nak digambarkan itu, ku perasan sesuatu. Ku dah mula asyik PU je. Eh..ini keadaan bila kandungan dah mula menurun sepatutnya. Pastu terus ku teringat masa Ubai dulu. Satu hari lebih juga ku tak boleh PU. Selepas minum air banyak specially barli then baru lah boleh PU. So ku kira this time boleh jadi macam tu juga la kot.

Hari demi hari, ku semakin bersemangat bekerja. Tak kisah la kalu asyik ke toilet pun. Tak jadi masalah sebab memang ku minum banyak air. Sampai la pada hari Selasa pagi semasa on the way ke PICC untuk Majlis Amanat Menteri, ku rasa nak PU sangat-sangat sedangkan ku dah PU sejam yang lepas. Sampai saja di PICC, ku terus mencari toilet. Alhamdulillah toilet tak full. Sambil menarik nafas lega ku masuk di antara pintu-pintu rumah kecil tu. Namun ku mula cuak, takde apa yang keluar. Allahu... ku cuba lagi sambil menafas panjang. Tapi tiada apa-apa. Lima enam kali juga ku mencuba, namun sia-sia. Apa yang ku jangka kini telah bermula.

Ku perkemaskan diri dan terus masuk ke dewan mencari tempat. Alhamdulillah ada sahabat se office yang boleh ku borak. Lantas ku ceritakan keadaan ku dengan menjangkakan akibat dari kencing kotor yang menjadikan kencing tidak lawas. Sahabat tadi terus menyarankan untuk mengambil ubat Ural yang boleh dibeli di famasi selain dari pergi ke klinik.

Selesai acara, ku bergegas ke farmasi dan ambil lunch sebelum minum air bancuhan Ural. Dalam kesabaran menanti gesaan, ku pulang ke office untuk memaklumkan yang ku akan ke klinik sebelah petang sambil menyinggah ke toilet. Namun memang tiada apa yang keluar. Aduh...sabar la wahai diri.

Sebelum ke klinik, ku bawa sekali Sumayyah and Soffiya. Sumayyah sakit mata and Soffiya sakit gigi. Sekali jalan..sonang. Doktor minta sample urin tapi camne nak bagi dah memang takde. Ku teguk sebotol kecik air mineral...pun tak boleh. Senak tak yah cakap lah. Yelah...dari last PU kul 7 pagi sehingga jam 3 petang ni, ku dah teguk 4 gelas macam2 jenis air. Sabo yo lah. Then doktor bagi ubat lawas Potassium Citrate tu. Dia nak bagi antibiotic tapi since no urine sample then tak boleh lah prescribe.

Balik je rumah, ku terus duduk bilik kecil sambil berusaha untuk PU. Berpeluh2. Badan dah sengal2 menahan. Ku nak Zuhor tapi rasa nak PU terus menguasai diri. Waktu dah makin pendek. Hampir setengah jam, ku keluar toilet dan zolat. Kali pertama ku rasa begitu payah nak solat, Allahu akbar. Menangis nangis sambil solat. Menangis menahan sakit nak PU. Selesai saja terus masuk toilet semula dengan harapan boleh PU. Tapi macam biasa..tak boleh juga. Selesai asar ku melutut di tepi katil. Kesian ku lihat anak2. Mereka risau sangat sambil keluar masuk bilik mama mereka ni. Cik abeku lagi lah...duduk bangun duduk bangun control risau.

Sambil minum air barli yang bibik buatkan, ku call Mak. Sambil menahan nangis ku cerita apa yang berlaku. Mak minta segera balik Paroi untuk mengambil daun pokok yang memang boleh membantu membuat kencing lawas. Segera ku ke sana walaupun mengambil masa hampir sejam. Yelah..peak hour kan. Dapat minum segelas air ubat yang rasanya tak tau nak describe then ku berdoa akan keadaan ku menjadi sedia kala. Sugar nak digambarkan. Perjalanan pulang yang dua puluh minit rasa macam dua jam. Langsung tak boleh bersandar. Terpaksa berbongkok sepanjang perjalanan pergi balik. Tak tau la apa nak jadi dengan bladder ni..

Kita sambung lagi ye ina..next post.

Wasalam.        

Wednesday, 4 March 2015

Berita Gumbira

Bismillahirrahmanirahim.

Minggu ni kira tepat kandungan ni masuk minggu ke 15. Syukur alhamdulillah walaupun terkejut bila buat pregnancy test hari tu. Rasa cam tak percaya..terfikir2 kat mana, bila... Aduiyai. Itu la biasanya dua soalan yang ku suka cari bila berlaku cenggini. Actually masa Soffiya and Ubai pun camtu juga hihihi... Walau camna cun pun kita atur, tapi kalu dah Allah kata 'kun fa yakun' maka memang la jadinya... Rezeki Allah kan.

Dapat je tahu dah berisi, ku mula la morning sickness. Tak kira pagi, petang, malam, tengah malam, mana dan nak muntah, memang akan ku muntah. Kat office ke, kat tengah jalan ke, kat rumah orang ke..suka hati je muntah. Muka ni takyah cakap la.. bak kata member office, muka you memang tak boleh blah. Semua kat office takut nak tegur sebab masing-masing tak tahu yang perut ni berisi. Yelah, selalunya tak duduk diam. Tiba-tiba muka cam kene simbah dengan cuka selori. Dalam 5 minggu juga ku jadi tak keruan. Pergi meeting, pergi seminar, jumpa customer, audit, semua kuturutkan tapi Allah saja yang tahu macam mana isi perut ni bergelodak menahan muntah.

Alhamdulillah selepas itu, ku dah mula boleh pakai mosturizer, dah boleh bau orang menggoreng, dah boleh tengok buku anak2, masak pun dah boleh. Bersyukur sangat. Masa awal-awal dulu, cik abe pernah kata yang orang perempuan ni, bila tahu je mengandung terus mabuk kan. Macam dibuat-buat aje. My dear, ini semua kerja hormon hCG tu. Dah hormon hCG tu memang diatur Allah untuk dirembeskan setelah persenyawaan berlaku kan. Itu pun ada lah tugasnya untuk membantu rahim agar pertumbuhan fetus tak terganggu. (Ceh...cam pandai je kot ku cakap...hikhikhik). Yang penting tak kuasa de makcik nak buat-buat muntah. Kalu muntah tu best, ok juga la kan. Ini kang leganya 5 minit je. pastu bersambung balik.

Ku pun mulalah menyusun strategi buat kerja office. Ini supaya mudah kerja-kerja dapat dibereskan selari dengan permintaan pelanggan. Bila deal dengan customer, apa yang mereka pinta tu lah yang perlu diutamakan. Mereka tak perlu tahu kepayahan mak buyong ni pun. Yang penting barang mereka siap proses and sijil mereka siap evaluated. So sekurang-kurangnya audit dah settle; IQA and ISO9001 by SIRIM, sijil ISO13485 dah dapat yang puas ku kejar dari oktober last year, plan in-house training untuk staff sementara perut masih tak memboyot. Ku ambil juga student praktikal. Dalam masa yang sama, ku tengah tunggu email dari boss untuk deal dgn BKJ bagi membina pest-free area sebelum USDA datang audit untuk irradiate mangga.

Sambil-sambil tu ku mencari training untuk bakal pengganti QA. Dia akan bersalin bila-bila je masa nanti. So at least, habis je cuti bersalin dia dah boleh gi training. Dalam masa yang sama, ku dalam proses mengumpul isu-isu audit sepanjang tiga tahun. Ada keperluan untuk memastikan sebarang teguran tidak lagi diulangi dalam jangka masa lima tahun. So, apabila student ku sampai nanti, boleh dia terlibat dalam projek ni kan.

Ok lah. Need to stop. Jumpa lagi Ina. Wasalam.

Tuesday, 3 March 2015

Berpantang Selepas Bersalin Siri 2

Apa lagi ya cerita berpantang ni?

1. Hadkan pergerakan
Pernah tak dengar orang tua berleter suh dok diam masa kita tengah berpantang? Ha...ikut yo lah cakap tu. Memang betul. Urat2 kita semua tengah berada dalam recovery mode. So beri peluang kepada badan tu untuk relax dan kembali pulih. Bak kata mak, 'Biar sampai ular melingkar bawah katil'. Ganas kan statement tu. Tak de la sampai tahap itu. Perumpamaan itu nak menunjukkan bahawa kita tak yah lah buat kerja-kerja rumah terutama menyapu. Menyapu kan mesti sampai bawah katil. Tu la jadi perumpamaan tu.

Sebenarnya, jika ada peluang untuk meminta bantuan orang lain, mintalah. Jangan sekali2 segan. Maksud kita dalam bab2 mengendalikan hal ehwal rumah; menyapu, basuh kain (tang tenyeh button washing machine tu lain yo), basuh pinggan, ke hulu hilir mengejar anak etc. Kita buatlah keje lembut2; lipat kain, memasak (yang mudah2 la...jangan la korang merendang pulak), siapkan baju anak etc.

Namun ramai juga yang memang takde sapa menolong. Jika begitu, elok ikat elok2 bengkung kat badan tu and buatlah kerja. Tapi bataskan mana yang perlu terutama menyapu dan basuh pinggan. Mintalah sokongan dan bantuan suami untuk buat kerja2 ni. Nanti tangan cepat lenguh, pinggang sakit, jari2 mudah kebas. Banyak risikonya.

2. Buat stok susu
Ramai lupa bab ni. Dok sibuk nak jaga badan, lupa lak deh kat susu badan. Nasi kurang, air kurang, so mana nak datang air susu. Banyakkan ambil air susu, sayur pegaga, sayur bayam, makan nasi, makan kurma, kismis. Sayur pegaga tu buat kan rendang dengan daging. Bukan kita je makan, orang lain pun selera tau.

Dalam waktu berpantang ni lah, susu insya-Allah melimpah ruah. Allah memang bagi rezeki itu semasa dalam waktu pantang. Allah nak permudahkan kerja kita. Waktu tu kan nak urus diri and si comel juga. So dengan adanya susu badan kita dah tak payah susah2 nak buat susu. Yang paling penting, bonding time dengan si comel kita.

Macam mana nak buat? Dapatkan small container untuk 3 hari pertama. Yang untuk buat dadih tu pun OK. Selalunya waktu tu hanya keluar kolostrum susu yang pekat warna emas tu. Yang itu, jangan buang weh walaupun hanya sesudu. Sangatlah berharga. Bila susu dah mula banyak, gunakan botol2 susu yang saiz kecik tu. Ada brand tu jual sekali 3 botol. Yang penting adalah labeling dan tempat simpan. Tulis date memerah tu pun cukup dah. Simpan pula dalam freezer. Nanti kita cuba cari recommendation storage untuk susu.

Nak perah camno? Lain post la beb.

3. Bertungku
Setuju tak kalau kita kata bertungku ni juga membantu pengeluaran susu yang banyak? Bukan itu sahaja, bertungku juga boleh memecahkan ketul-ketul darah yang banyak dalam rahim tu terutama untuk 7 hari pertama kelahiran. Gunakan tungku besi yang bentuknya macam paha ayam tu. Boleh lah kan. Kita pun tak tahu nak cari persamaannya. At least boleh faham hehehe.

Dengan bertungku kita banyak membantu tubuh untuk pulih. Batu2 tungku atau tungku moden tu kita letakkan kat bawah kaki, bawah peha, bawah lutut, bawah pinggang, belakang badan. Fuh...best. Lemak2 yang dok bersengkanyut kat badan sepanjang kita mengandung tu pun boleh cair tau. Jangan lupa letak kat celah ketiak. Kat situ ada urat untuk susu badan. Insya-Allah, lancar susu mengalir malahan banyak jadinya.

Bertungku ni seeloknya sekali sehari sepanjang 44 hari. 'Seeloknya'... kena quote beb. Sebab selalunya tak jadi macam tu kalau tak berdisplin. Kalau guna batu boleh lah rasa malas atau rasa tak kuasa nak buat. Sekarang ni dah adakan yang moden, gunakan aje. Even tilam panas pun dah ada dah kan. Kita sampai sekarang selalu guna hot plat untuk mana2 part yang sakit. Berguna...

4. Jangan menjerit
Hihihi...gelak dulu. Ini ditujukan especially for mum with kids. Waktu tu lah, sorang terkencing dalam seluar, yang sorang lagi tuang susu sebab nak makan cereal tapi tertumpah. Ha apalagi, jadi tarzan lah kita kan. So, tarik nafas and relax. Dah jadi kebiasaan sebenarnya kita suka jadi tarzan. So, bila tengah berpantang pun kita nak juga buat macam tu.

Suara kita actually berada pada tahap normal. Kita je sometime rasa suara kita tak cukup kuat. Actually keseimbangan dalam telinga ada sedikit terganggu semasa proses bersalin. Tidaklah besar dan tidaklah merbahaya. Cuma kita akan rasa suara kita tak cukup kuat. Tu yang dok terjerit terjerau tu.

Jadinya, be cool. Cakap dengan kadar yang biasa. Penggunaan suara melampau macam menjerit tu banyak mengganggu urat2 especially di perut. Kan kata suara dari perut kan.

5. Tidak membiarkan kaki berjuntai
Apabila duduk di katil ka di kerusi ka, biasakan ada bangku kecil untuk kita letakkan kaki. Kotak kasut pun OK. Yang penting, kaki tak berjuntai. Ini adalah untuk mengelakkan semua beban berat badan ditanggung oleh kaki. Kesian kat kaki kita kan.

Haaaa...ngantuknya. Kita sambung lagi.

Much love. Wasalam.