BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 23 June 2009

Yang dinanti telah tiba...

Lama juga menanti
Penat memang lah penat
Sakit perut pun ada
Sakit hati tak lah

Tapi yang best
Masa tu dah tiba
Orang tu pun dah tiba

Gembira sakan tahap gaban ni
Kepada Wani jangan lah jealous
Awak pun memang nak balik Malaysia dah pun

Kepada kakak, abang, adik, anak buah, mak mertu pak mertua
Tak lupa ipar duai, mak sedara pak sedara
Terima kasih tak terhingga
Kiriman tu memang best
Walaupun banyak juga yang kena tinggalkan
Yelah... 30 kg je. Manalah cukup

Takpe takpe
Next trip will be more organised
Maybe kena up until 40 kg
Pesanan pun kena buat awal
Sebulan lagi nak pergi dah kena pesan dah

........

Akhirnya Mak selamat sampai dengan Mimi
Imegresen settle, barang pun selamat walaupun guna kotak
Syukur alhamdulillah
Terurai rindu untuk bersama
Untuk bergaduh pun ye juga... hehehe

Friday 19 June 2009

The worst letting agent (Part 4)

Dan akhirnya... Alhamdulillah.

Alhamdulillah kami telah berjaya mendapat semula duit deposit ku setelah berhempas pulas hampir sebulan 13 hari. Itupun setelah menelefon hampir setiap hari, tinggalkan pesan kalau tak angkat and hantar text lagi. Memang la bangsa mereka ni tak boleh nak percaya. Putarnya lebih dari yang betul. Bila bab minta duit, memang cepat. Tapi nak bagi semula memang payah even though the money is not belongs to them.

Saya memang dah berjanji kepada diri sendiri yang cepat sangat kesian ni, untuk buat aduan kat council. Borang semua dah isi, tinggal nak submit je. The last call yang saya buat, Usha telah picked up the phone accidently. Kenapa? Sebab bila dia dengar nama saya terus dia agak tergagap-gagap nak cakap. Waktu tu pula cakap kat office, so ala-ala sopan lah gaya percakapan tu kan, lagi lah minah tu tak perasan suara. Mereka memang susah nak pick up my call. The phone number is appeared on the screen, tu la mereka tahu who is on the line. Saya cakap dengan dia, if the money would not be in my account within this week, I will do something further to get my rights. Yang best, gaya bahasa and my tone memang relax... Entah bila la saya nak mengamuk pun tak tau lah... hemm.

Before that, I managed to call 1st Choice Properties yang sebenar kat Belfast. Yang sebenar? Pelik kan... Sebenarnya si Shiraz tu guna je nama syarikat tu. Syarikat tu ada nama kan... Dia pun ada nama company lain. Saya pun tak berapa faham... Tapi tak kisah lah. Pada operator tu saya minta untuk bercakap dengan Shiraz. Minah tu kata, Shiraz not available, is there any message and regarding what. Saya pun kata yang saya cari Shiraz sebab dia tak bayar lagi deposit rumah walaupun dah sebulan 10 hari saya moved out from that property. Mungkin dengan tindakan ni, baru lah Shiraz bergegar sikit. Dia ingat kita ni orang Melayu asyik nak kena buli je ke. Kita pun ada maruah juga. Nasib dia tak kena dengan Nadia... kalau tidak cari nahas la dia. (Sorry Nadia... quote your name in here).

Shiraz bagi alasan yang Roomana sakit masuk hospital. So he was uncontactable that time. Alasan... Minah tu memang sakit, cancer... maybe brain cancer sebab selalu kena migraine. If the excuse is true, kami ok lah... kita kan baik, ada perasaan jugak. Tapi... kalu setakat alasan, habis lah derang. Semoga Allah memberikan kepada mereka apa yang sepatutnya dalam keadaan kami yang teraniaya ni. Amin.

Anyway, thanks to all my beloved friends for your support and willingness to become an Along. Susah ooo nak jadi Along. Tapi yang bagusnya, mereka yang beriya-iya nak bagi saya duit. Saya apalagi, rembat lah... Kepada yang saya tak ambil duit mereka tu, bukan tak sudi tapi next time la pulak... hihihi....

Thursday 11 June 2009

Mengisi masa lapang

Bila summer ni, baru la anak-anak saya puas hati main kat garden belakang. Tapi tu la... nama je summer, selalunya berangin. Nak main kat luar pun rumah kena pakai coat or jumper. Saya pun seronok juga. Bukan apa, selalu berangan dari dulu sampai sekarang untuk mempunyai rumah yang ada tanam bunga ros. Masa kecik-kecik selalu layan abah tanam orkid. Memang siap ada satu pondok yang dibina khas untuk orkid. Menjadi sungguh. Mak pulak masa balik dari US tujuh lapan tahun lepas, sempat aje Mak bawa balik batang bunga ros. Bila tanam pun menjadi. Saya pun suka lah kononnya nak ada bunga ros kat laman rumah. Bila dah ada rumah sendiri...ehmmm...harap. Pokok pisang ngan daun pandan je ada. Sebabnya malas nak jaga. Yang tang pokok bunga kertas tu pun sebab ibu mertuaku yang bagi... Nak harap pokok bunga lain, lagilah takde harapan.

Syukurnya kat sini saya dapat rumah yang ada banyak pokok bunga ros. Kiranya angan-anganku menjadi and taklah musnah. Dapatlah saya letak atas meja, atas almari, dalam bilik. Kalau tak dipotong nanti, pokok tu susah nak membesar and bunga yang bakal terhasil pun tak cantik.


Seronok budak-budak ni main kat luar. Habis semua barang dapur derang bawa keluar. Suka hatilah korang...
 Masa ni kami berpicnic di luar rumah. Makan keropok, kuih, cookies, pisang, minum coffee


 Si Sumayyah and Abbas macam biasa dok menghabiskan kertas A4 Mama dia.








 Tengoklah cik abangku, rajin woo...

 Sebelum menjadi hiasan meja...
 Wah.. bangun je tido terus ngadap bunga... Semangat member. Anak-anak buah jangan marah ha tengok seluar I Love sleep tu. Sampai London seluar tu pergi...
Sebelum menjadi hiasan meja...


Inilah dia hasil tangan cik abangku. Dia yang rajin melayan bunga-bunga ni. Saya pandai minta tolong je... hehehe.. (Bukan suruh tau...minta tolong.....)

Tuesday 9 June 2009

Oh... Sabar je la...

Dah berapa hari ni, kerja kami berlawan dengan kawan-kawan baik ni. Sebenarnya masa dua minggu pertama stay di rumah baru ni, saya perasan bunyi mencicit di atas siling kat master bedroom. Pastu saya perasan juga ada stain kat siling tu. Tiba-tiba teringat peristiwa ngeri masa menyewa di Rasah dulu. Masa tu, ada Sumayyah je. Memang perasan ada bunyi kawan baik kat siling. Mak suruh panggil kawan baik sebab member tu kan susah nak dihalau. So, kena la panggil kawan baik supaya mereka tu tak buat kacau yang keterlaluan. Tengok je lah cerita Tom & Jerry tu...

Balik semula cerita tadi. Satu hari bila balik dari somewhere, kami terbau bau busuk. cari satu rumah tapi tak jumpa. So kita anggap, bau tu datang dari belakang rumah sebab atap rumah tu ada sekawan merpati yang stay. Tapi dalam beberapa hari, bau tu makin kuat. Cari dok cari, tak juga jumpa punca bau tu. At last, bila balik kerja satu hari tu, saya pun menjerit besar bila nampak cacing sampah dok mengerumut kat bilik sebelah (bukan bilik tidur kami). Bersepah-sepah. Tang bau takyah cakap la kan. Rupa-rupanya, si kawan baik tu mati and terjatuh dari atas siling. Memang ada lubang kecik kat siling tu. Badan dia penuh ngan ulat siap dah nak takde isi dah. Hancur. Ya Allah, gelinya takyah cakap la... Na'uzubillah. Masa typing ni pun, bulu roma dok berdiri-diri. Geli geleman.

Bila ngingat balik tu memang ngeri. Tu yang tak nak jadi cenggitu lagi. Last week, si kawan baik tu dah mula mengekas sampah. Tong sampah tu saya letak kat bawah sinki. Wah, bukan main seronok lagi la depa. Sekali dua ok lagi, tapi bila dah start buat sepah, maknanya depa dah pandai tarik sampah tu keluar dari bin. Bersepah-sepah pulak jadinya. So, cik abangku bertungkus lumus dok menampal lubang bawah sinki tu. Esoknya bila bangun, selamba je kain yang disumbat tu dah jatuh and sampah bersepah juga. Kali ni, cik abangku tampal guna kayu and marmar. Sampah pulak saya siap-siap letak kat tong sampah besar sebelum keluar rumah Ahad petang tu. Balik rumah, cik abangku memang dah plan nak buat Mee Bandung. Bila saya ambik tepung nak bancuh untuk kasi likat, geram sangat saya tengok tepung bertebuk. Saya terus belek satu-satu barang. Habis semua bertebuk; tepung pulut (paling saya geram sebab mahal - satu bungkus kecil kurang dari half kilo £1.69), tepung beras, tepung naik sendiri, spaghetti, cili kering (mesti tersilap tebuk sebab lubang tak la besar sangat). Yang 2 tin santan tak nak pulak depa cuba. Ishh...

Pastu kerja berganda lah malam tu. Semua bekas plastik and sudu yang ada dalam satu almari tu saya kena basuh. Memang hangin....