BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 22 August 2009

Salam Ramadhan

Setelah Syaban mengundur diri
Si penghulu bulan datang membawa rahmat
Menguji umat kekuatan diri
Sebelum memberikan Syawal kemenangan

Ramadhan memang dinanti
Sebagai bulan umat Muhammad
Hati terus berdetik mengingat diri
Mengupas hidup yang lalu
Mencobek ibadah yang kerdil


Terusan pahala melimpah
Umpama siang tanpa malam
Umpama malam tanpa siang
Menunggu yang menang untuk menimba
Seakan dunia dia yang punya

Dalam diam hati berdetik
Mencari nilai di sebalik ibadah
Mengubah hidup menjadi terbaik

Ya Allah, Engkau sempurnakanlah ibadah kami
Engkau jadikanlah Ramadhan ini yang terbaik untuk kami, Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami dengan barkah bulan Ramadhan ini
Engkau berkatilah segala usaha kami
Engkau rahmatilah hidup kami
Engkau panjangkanlah umur kami
Engkau jauhilah kami dari bala bencana
Semoga kami menjadi insan yang mulia di sisiMu Ya Allah
Amin ya rabbal alamin

Friday 14 August 2009

Hi Scotland (Edinburgh and Stirling)

Pagi-pagi lagi kami check-out dok nak mengejar jejalan kat Edinburgh. Bandar yang paling kami nak nengok sebab semua kata Edinburgh tu cantik. Tu yang tak sabar tu...

Dalam perjalanan, kami singgah di Bamburgh Castle. Sebenarnya teringin nak g Alnwick Castle, antara tempat pengambaran Harry Potter. Tapi disebabkan kena bayar masuk and kalau nak tengok dari luar pun tak nampak, makanya kami g lah castle lain.

Barmburgh Castle dari bawah bukit. Bila sampai atas, view nya Masya-Allah memang magnificient. Atas bukit overlooking the North Sea. Nak masuk pun kena bayar. So, setakat ambil gambar kat luar je lah.

Macam biasa... sampai border England-Scotland, mesti kena stop juga. Takde beza pun, cuma yang kami perasan, scenary dah mula bertukar. Pemandangan hijau, berbukit, bergunung dah bertambah and cantik.

"Kat belakang tu padi huma England la Mak," Cik Abeku selalu je ngusik mak mertua dia sampai naik percaya Mak. Memang cantik betul ladang gandum ni, warna keemasan tu.
Sampai je Edinburgh, tempat pertama kami tuju is Masjid ni. Selain dari boleh mengerjakan solat, kat sini pun ada tempat makan. Ok lah nasi briyaninya. Yang kelakarnya kami kena charge 20p bila kita minta pinggan extra. Nasib baik kedai tu kedai milik masjid, so kira tak banyak kiralah juga kaminya pun...


Bandar Edinburgh yang penuh dengan bangunan bersejarah. Memang cantik. Gambar ni pun amik dari dalam kereta je.
Ahli rombongan Makcik kiah ke Skutlen....

Dalam perjalanan ke Travelodge Glenrothes, sempat kami singgah di Stirling. Sebenarnya tak tau apa yang menarik kat sana. Kami main redah je. Sib baik ada railway station ni, boleh gak amik gambo.

Rupanya ada gak castle kat Stirling ni. Stirling castle ni still under construction. So, taklah cantik sangat bila nengok dari bawah.


Kami pun memanjangkan langkah ke atas untuk sampai ke Stirling Castle. Oleh kerana dah kul 7.30 petang and hujan pun turun renyai2, kami dok sibuk amik gambo je. View pun cantik kan...

Friday 7 August 2009

Tinggallah kami...

Semalam gi Stansted Airport
Either pick up orang or sent orang
Kali ni hantar orang
Sapa?
Mak and Mimi...

Mak dah balik dah
Tinggallah kami
Tinggallah kami dengan membawa ceria hendaknya
Membawa cerita yang indah
Cerita bersama kami anak beranak

Mak dah balik dah
Makanya tiada lagi air tangan Mak
Gulai daging salai, ikan masak asam pedas
Tu belum lagi gulai udang
Fuh...

Mak dah balik dah
Tak dapat dah dengar leter Mak secara live
Bukan apa, dalam phone pun Mak boleh leter...hehehe
Pastu tangan Mak mengurut
Memang best...

Panjang umur kita jumpa lagi Mak ya
Maafkan kami jika Mak terasa
Maafkan kami jika mulut ni selalu laser
Maafkan kami jika ada terkurang terlebih di sana sini

Mak jangan lupa doakan kami ya
Semoga redha Mak sentiasa bersama kami
Semoga rahmatNya melindungi kami
Semoga rezeki Allah yang luas ni melimpahi kami
Semoga Ina balik bersama Phd ya Mak

Akhir kata
Rindu kami dan cinta Mak sentiasa bersama

Sunday 2 August 2009

Uxbride towards Newcastle via M1

Dah lama juga saya tak mencoret apa-apa di sini. Sibuk tau... sibuk berjalan... hehehe. Kali ini saya berkesempatan berjalan-jalan dengan Mak dan Mimi. Malam pertama di Newcastle-upon-Tyne, menghirup udara segar Scotland selama 3 malam dan malam terakhir di Manchester. Seperti biasa cik abeku mesti nak memulakan perjalanan di dinihari. Selepas solat subuh, kami keluar rumah jam 4.30 pagi menuju ke meet point biasa (rumah Kak Alipah). Sampai je, si Jap tengah sibuk memunggah barang Kak Alip dan Kak Mai ke dalam keta. Lebih kurang halal, kami bertolak dengan semangat berkobar-kobar untuk ke destinasi pertama kami iaitu Newcastle-upon-Tyne.

Persinggahan pertama kami untuk breakfast di services sebelum sampai Sheffield.

Sempat juga saya snap gambar NPP. Lupa pulak saya kat area mana. Tepi highway je... Memang besar.

Kami sampai Newcastle-upon-Tyne dalam jam 10 pagi. Bandarnya agak gothic, smart dan ada gaya. Bangunan banyak yang lama. Tempat pertama dituju adalah toilet dan information center (i). Bak kata Kak Mai, "Saya nak cari souvenier je. Yang lain saya ikut je."

Menuju ke i . Tapi tutup sebab Ahad...ehmm.

View menarik dari antara bridge yang banyak di Newcastle-upon-Tyne



Antara bridge menarik di Newcastle-upon-Tyne

Kami di The Quay

Waktu lunch, kami mengacau Kak Hasni yang sama kerja dengan saya di Nuklear Malaysia. Seronok sungguh makan kari ikan,ayam goreng biasa, ayam goreng berempah dan sambal belacan. Kagum Mak sebab dapat makan samba belacan di UK.

Sempat dinner di rumah cousin cik abeku. Yang pegang baby tu is his wife.

Comelnya baby ni, Mahmud Ziya