BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Letting agent. Show all posts
Showing posts with label Letting agent. Show all posts

Friday, 19 June 2009

The worst letting agent (Part 4)

Dan akhirnya... Alhamdulillah.

Alhamdulillah kami telah berjaya mendapat semula duit deposit ku setelah berhempas pulas hampir sebulan 13 hari. Itupun setelah menelefon hampir setiap hari, tinggalkan pesan kalau tak angkat and hantar text lagi. Memang la bangsa mereka ni tak boleh nak percaya. Putarnya lebih dari yang betul. Bila bab minta duit, memang cepat. Tapi nak bagi semula memang payah even though the money is not belongs to them.

Saya memang dah berjanji kepada diri sendiri yang cepat sangat kesian ni, untuk buat aduan kat council. Borang semua dah isi, tinggal nak submit je. The last call yang saya buat, Usha telah picked up the phone accidently. Kenapa? Sebab bila dia dengar nama saya terus dia agak tergagap-gagap nak cakap. Waktu tu pula cakap kat office, so ala-ala sopan lah gaya percakapan tu kan, lagi lah minah tu tak perasan suara. Mereka memang susah nak pick up my call. The phone number is appeared on the screen, tu la mereka tahu who is on the line. Saya cakap dengan dia, if the money would not be in my account within this week, I will do something further to get my rights. Yang best, gaya bahasa and my tone memang relax... Entah bila la saya nak mengamuk pun tak tau lah... hemm.

Before that, I managed to call 1st Choice Properties yang sebenar kat Belfast. Yang sebenar? Pelik kan... Sebenarnya si Shiraz tu guna je nama syarikat tu. Syarikat tu ada nama kan... Dia pun ada nama company lain. Saya pun tak berapa faham... Tapi tak kisah lah. Pada operator tu saya minta untuk bercakap dengan Shiraz. Minah tu kata, Shiraz not available, is there any message and regarding what. Saya pun kata yang saya cari Shiraz sebab dia tak bayar lagi deposit rumah walaupun dah sebulan 10 hari saya moved out from that property. Mungkin dengan tindakan ni, baru lah Shiraz bergegar sikit. Dia ingat kita ni orang Melayu asyik nak kena buli je ke. Kita pun ada maruah juga. Nasib dia tak kena dengan Nadia... kalau tidak cari nahas la dia. (Sorry Nadia... quote your name in here).

Shiraz bagi alasan yang Roomana sakit masuk hospital. So he was uncontactable that time. Alasan... Minah tu memang sakit, cancer... maybe brain cancer sebab selalu kena migraine. If the excuse is true, kami ok lah... kita kan baik, ada perasaan jugak. Tapi... kalu setakat alasan, habis lah derang. Semoga Allah memberikan kepada mereka apa yang sepatutnya dalam keadaan kami yang teraniaya ni. Amin.

Anyway, thanks to all my beloved friends for your support and willingness to become an Along. Susah ooo nak jadi Along. Tapi yang bagusnya, mereka yang beriya-iya nak bagi saya duit. Saya apalagi, rembat lah... Kepada yang saya tak ambil duit mereka tu, bukan tak sudi tapi next time la pulak... hihihi....

Sunday, 26 April 2009

The worst letting agent (Part 3)

Setelah penat dok melayan si Shiraz, kami mengambil keputusan untuk terus stay kat 92 Albert Rd until the end of April. Payah pulak melayan ragam mereka ni. Sebenarnya kami tahu apa tujuan utama mereka buat macam tu. Rasanya gini. Mereka akan dapatkan tenant untuk menggantikan kami di Albert Rd tu dan kami pula pindah ke Bentick Rd. Maknanya mereka dah jimat masa dan tenaga dengan mendapat dua sekali tenant untuk dua property. Cerdikkan...

Memang la cerdik in term of their munies. Tapi kita lah yang tercekik dan kena cekik. Tak habis-habis kena cekik dari mula datang lagi. So, takkan nak kena gak cekik lagi kot. Kita orang pun malas dah nak berurusan dengan 1st Choice Properties ni. Biarlah mereka kenakan bangsa lain jangan Malaysian lagi.

Tup tup sehari selepas inform Shiraz pasal kami tak moh dah nak pindah-pindah, tiba-tiba bini dia call saya. Dia bagitau ada Malaysian nak stay kat Albert Rd and kami bolehlah pindah ke Bentick Rd. Saya yang memang tak berapa berkenan nak bercakap dengan dia teruslah bagitau pasal communication saya dengan Shiraz semalam tu. Dia terkejut dan kata takkan you nak lepaskan rumah di Bentick Rd tu. Saya terus kata please bagi rumah tu pada Malaysian yang dimaksudkan tu. Kami memang tak kisah dan akan stay until 30 April.

Lagi satu yang menyebabkan kami malas nak bagi Malaysian duduk Albert Rd tu is tingkap rumah tu takde double glazing. Cukuplah kami rasa siksa duduk situ. Bayangkanlah, musim sekarang ni orang dah tak buka heater dah sebab dah spring. Kami ni masih lagi lah pasang heater. Rasanya mat saleh pun tak duduk dah rumah kalu takde double glaze...

Tuesday, 24 March 2009

The Letting Agents

Cerita pasal agen rumah ni memang rasa nak marah je. Dah rezeki kami dapat agen yang hampeh. So, saya sekarang tengah kumpul nama-nama agen beserta pro and cons nya. Jadi senang kawan-kawan kita dari Malaysia yang nak datang sini bersedia dengan sejumlah wang yang cukup dan berhadapan dengan perangai mereka yang macam-macam. Buat masa ni, maklumat yang saya ada cuma tiga agen. Satu agen kami, 1st Choice Properties dan dua lagi, Campsie dan James & Company.

1st Choice Properties
1. Agen ni Islam dan keluarga dia berasal dari Pakistan. Mereka ni memang cepat respond. Saya dapat contact dia dari Malaysia lagi. Bila sampai sini, saya terus call dia dan beberapa agen lain. Dia sahaja yang reply immediately. Yang lain, semuanya setelah dua tiga hari.
2. Dia ni ada unsur memaksa. Susah dia nak melayan untuk tengok lebih dari dua rumah.
3. Marketing memang power. Kira kalau Shiraz ni bercakap, memang kita akan termakan.
4. Bayaran yang kita perlu bayar semasa sign contract:
i. Upfront rental fee - sebulan
ii. Deposit sebulan (akan dipulangkan dalam masa sebulan dari tarikh kita keluar dan berdasarkan tahap kerosakan yang telah kita buat sepanjang tinggal di property tu)
iii. Charges (ini la yg paling mahal)- references (75 per adult) + guarantor 50 + admin 100 + inventory 100 + contract 50 = 450 pound selalunya sebab dua adult kan

Campsie
1. Ini agen mat saleh. Kira macam banyak tanya sikit lah.
2. Rajin juga update new property dengan kita.
3. The best thing is mereka tak memaksa. Kira macam Customer always win.
4. Tapi ada juga yang mengalami keadaan di mana mereka minta 7000 pound sebagai deposit. Kiranya mereka susah nak defend kita bila dapat landlord yang banyak songeh. Di sini pentingnya Financial Afidavit letter dari scholar tu. Pastikan scholar letak jumlah yang paling maksimum bagi membantu melicinkan urusan. Surat tu penting terutama bila buat visa, bagi kat universiti, bila nak buka akaun dan untuk urusan menyewa. Tak perlu buat breakdown jumlah yang kita dapat.
5. Bayaran yang kita perlu bayar semasa sign contract:
i. Upfront rental fee - sebulan
ii. Deposit rumah - 5 weeks
iii. Admin fees - 125 per adult

James & Company
1. Buat masa ni, saya rasa agent ni yang OK, ikut kata kawan-kawan.
2. Agent ni dah ada good experience dengan student Malaysia. That's why mereka happy nak terima kita.
3. Bayaran yang kita perlu bayar semasa sign contract:
i. Upfront rental fee - sebulan
ii. Deposit rumah - sebulan
iii. Admin fees - 189 atau 198. Tak ingat pulak

Nanti saya akan update lagi. Kalau kawan-kawan ada maklumat, sila maklum kat saya ya. Boleh juga kita bantu membantu antara satu sama lain.

Wednesday, 18 March 2009

The worst letting agent (Part 2)

Wah, nampaknya si Shiraz laki bini dah buat cerita Tamil. Best jugak jalan ceritanya. Part 1 dah settle last week. Part 2 baru nak mula la ni. Ending tak tau lagi, kira still under production.

Petang tadi saya text dia tanya any news. This is when the Part 2 begin.

"You are lucky Lina because the future tenant for your house (Albert Rd) was not qualified eventhough he put down the deposit. His parents are not working." Tu dia, baik punya ayat.

"So what, I have no problem with that. As I told you earlier that I will move out end April."

"There's another problem. Somehow your Landlord knows that you want to move out from 92 Albert Rd."

Eh mamat ni. Memang la sepatutnya Landlord tau. Tapi masalahnya, kami pun tak tau sapa Landlord. Dalam Tenancy Agreement memang nama Shiraz on behalf of Landlord. Address pun guna address 1st Choice Properties.

Saya pun mula la nak tergelak. Rupanya sekarang ni dia nak buat silap mata la konon, tukarkan kami dengan tenant baru. Dari situ, mereka dapatlah duit lebih dari tenant baru (admin fees 450 pound dengan deposit). Untuk cover keadaan, dia gunalah ayat yang pertama tu.

Kemudian, saya tanya pasal prospect tenant yang dia dah bawa ke Padcroft Rd (future home). Bukan apa, punyalah berlagaknya dia bagitau yang dia bawa orang tu 10.30 malam tadi. Orang tu pula berminat cuma akan bagi jawapan hari ini selepas tengok distance antara rumah tu dengan tempat kerja dia. Rupanya member tu belum bagi jawapan lagi. Itu yang dia gabra sekarang. Landlord rumah Padcroft Rd tu dah bising sebab sebelum tu mereka dah janji yang kami akan masuk.

Sekarang ni tinggal saya belum tanya pasal 250 pound yang saya bayar hari tu. Rasanya yang saya akan buat adalah tambah lagi 650 pound untuk sewa bulan depan. Kalau mereka bising, memang ada lah yang nak kena.

Saturday, 14 March 2009

The worst letting agent

Tergelak sakan bila baca blog suami. Memang dia hot tahap gaban. Tak dapat nak dibayangkan. Sepanjang hari ini dia memang tak boleh buat apa-apa. Meluap-luap betul marahnya. Alhamdulillah lah saya ni jenis yang relax. Relax tak relax pun, saya tak ke school hari ni. Dah tu saya kena la unpack balik barang-barang tu. Cik Abang ku sayang tu puas lah saya pujuk dia supaya tak memikir sangat pasal agent hampeh tu. Saya risau sebenarnya takut takut dia migraine pulak. Bila menjelang petang, barulah nampak surut sikit marah tu. Tak tau lah pulak camne dia cool.
Dalam pada masa menunggu solat Maghrib, tiba-tiba call dari Roomana masuk. Sebenarnya saya yang call dia jam 3 petang just nak tanya samada 250 pound yang saya bayar untuk bringing out the property from the market (ada ke item ni? saja create kot) tu akan dipulangkan atau tidak kalau saya tak jadi pindah. Tapi dia takde, keluar.
Perkara pertama yang dia tanya, adakah saya terima tawaran dia untuk terus memindahkan duit deposit dari rumah sekarang ke rumah baru seperti yang dia sms 11.45 malam tadi. Namun saya tetap tidak berganjak dengan keputusan untuk tidak keluar dari rumah ni. Kira macam keras hati lah. Bukan apa, saya ni ada masalah cepat kesian. Pantang lah si laki bini tu memujuk rayu sikit, mesti saya akan berlembut. So, kali ini saya takkan berundur. Tetap degil tidak mahu berpindah. Tapi tidaklah sampai tahap bertekak. Yelah, bak kata mak, kalau tarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak, rambut jangan putus.
Saya dah berjanji dengan suami untuk bertegas. Kami dah pening kepala melayan macam-macam alasan sampai punyalah susah nak tidur malam tadi. Lepas subuh saya baru boleh tidur (elok gak tu kan sebab solat di awal waktu).
Kemudian, Shiraz pulak yang cakap dengan saya. Berkali-kali dia minta maaf. Katanya ini semua salah dia sebab tidak beritahu Roomana awal-awal apa yang dia dah janjikan pada kami. Sambil tergelak, saya bagitau yang kami tak nak fikir perkara ni dalam dua tiga hari ni. Kawan saya dari Malaysia nak sampai esok. Kalau dia bernasib baik mungkin kami akan bertukar fikiran minggu depan. Buat masa ni, inilah keputusan kami, akan terus tinggal di rumah sekarang sehingga akhir April. Akhirnya si Shiraz mengalah dan sentiasa mengharapkan jawapan positif dari kami.
Dengan senyum sampai telinga, saya rasa saya dah menang. Tak kira lah saya akan ambil rumah tu atau tidak. Sebabnya saya berjaya bertahan sampai ke akhirnya. Tak mengalah malahan jual mahal lagi. Satu pencapaian yang memang membanggakan. Dah tu rezeki kami dapat 3 tawaran yang memang dasyat dari mereka. Fuh...