BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 26 April 2009

The worst letting agent (Part 3)

Setelah penat dok melayan si Shiraz, kami mengambil keputusan untuk terus stay kat 92 Albert Rd until the end of April. Payah pulak melayan ragam mereka ni. Sebenarnya kami tahu apa tujuan utama mereka buat macam tu. Rasanya gini. Mereka akan dapatkan tenant untuk menggantikan kami di Albert Rd tu dan kami pula pindah ke Bentick Rd. Maknanya mereka dah jimat masa dan tenaga dengan mendapat dua sekali tenant untuk dua property. Cerdikkan...

Memang la cerdik in term of their munies. Tapi kita lah yang tercekik dan kena cekik. Tak habis-habis kena cekik dari mula datang lagi. So, takkan nak kena gak cekik lagi kot. Kita orang pun malas dah nak berurusan dengan 1st Choice Properties ni. Biarlah mereka kenakan bangsa lain jangan Malaysian lagi.

Tup tup sehari selepas inform Shiraz pasal kami tak moh dah nak pindah-pindah, tiba-tiba bini dia call saya. Dia bagitau ada Malaysian nak stay kat Albert Rd and kami bolehlah pindah ke Bentick Rd. Saya yang memang tak berapa berkenan nak bercakap dengan dia teruslah bagitau pasal communication saya dengan Shiraz semalam tu. Dia terkejut dan kata takkan you nak lepaskan rumah di Bentick Rd tu. Saya terus kata please bagi rumah tu pada Malaysian yang dimaksudkan tu. Kami memang tak kisah dan akan stay until 30 April.

Lagi satu yang menyebabkan kami malas nak bagi Malaysian duduk Albert Rd tu is tingkap rumah tu takde double glazing. Cukuplah kami rasa siksa duduk situ. Bayangkanlah, musim sekarang ni orang dah tak buka heater dah sebab dah spring. Kami ni masih lagi lah pasang heater. Rasanya mat saleh pun tak duduk dah rumah kalu takde double glaze...

0 comments: