BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Berpantang Selepas Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Berpantang Selepas Bersalin. Show all posts

Tuesday, 3 March 2015

Berpantang Selepas Bersalin Siri 2

Apa lagi ya cerita berpantang ni?

1. Hadkan pergerakan
Pernah tak dengar orang tua berleter suh dok diam masa kita tengah berpantang? Ha...ikut yo lah cakap tu. Memang betul. Urat2 kita semua tengah berada dalam recovery mode. So beri peluang kepada badan tu untuk relax dan kembali pulih. Bak kata mak, 'Biar sampai ular melingkar bawah katil'. Ganas kan statement tu. Tak de la sampai tahap itu. Perumpamaan itu nak menunjukkan bahawa kita tak yah lah buat kerja-kerja rumah terutama menyapu. Menyapu kan mesti sampai bawah katil. Tu la jadi perumpamaan tu.

Sebenarnya, jika ada peluang untuk meminta bantuan orang lain, mintalah. Jangan sekali2 segan. Maksud kita dalam bab2 mengendalikan hal ehwal rumah; menyapu, basuh kain (tang tenyeh button washing machine tu lain yo), basuh pinggan, ke hulu hilir mengejar anak etc. Kita buatlah keje lembut2; lipat kain, memasak (yang mudah2 la...jangan la korang merendang pulak), siapkan baju anak etc.

Namun ramai juga yang memang takde sapa menolong. Jika begitu, elok ikat elok2 bengkung kat badan tu and buatlah kerja. Tapi bataskan mana yang perlu terutama menyapu dan basuh pinggan. Mintalah sokongan dan bantuan suami untuk buat kerja2 ni. Nanti tangan cepat lenguh, pinggang sakit, jari2 mudah kebas. Banyak risikonya.

2. Buat stok susu
Ramai lupa bab ni. Dok sibuk nak jaga badan, lupa lak deh kat susu badan. Nasi kurang, air kurang, so mana nak datang air susu. Banyakkan ambil air susu, sayur pegaga, sayur bayam, makan nasi, makan kurma, kismis. Sayur pegaga tu buat kan rendang dengan daging. Bukan kita je makan, orang lain pun selera tau.

Dalam waktu berpantang ni lah, susu insya-Allah melimpah ruah. Allah memang bagi rezeki itu semasa dalam waktu pantang. Allah nak permudahkan kerja kita. Waktu tu kan nak urus diri and si comel juga. So dengan adanya susu badan kita dah tak payah susah2 nak buat susu. Yang paling penting, bonding time dengan si comel kita.

Macam mana nak buat? Dapatkan small container untuk 3 hari pertama. Yang untuk buat dadih tu pun OK. Selalunya waktu tu hanya keluar kolostrum susu yang pekat warna emas tu. Yang itu, jangan buang weh walaupun hanya sesudu. Sangatlah berharga. Bila susu dah mula banyak, gunakan botol2 susu yang saiz kecik tu. Ada brand tu jual sekali 3 botol. Yang penting adalah labeling dan tempat simpan. Tulis date memerah tu pun cukup dah. Simpan pula dalam freezer. Nanti kita cuba cari recommendation storage untuk susu.

Nak perah camno? Lain post la beb.

3. Bertungku
Setuju tak kalau kita kata bertungku ni juga membantu pengeluaran susu yang banyak? Bukan itu sahaja, bertungku juga boleh memecahkan ketul-ketul darah yang banyak dalam rahim tu terutama untuk 7 hari pertama kelahiran. Gunakan tungku besi yang bentuknya macam paha ayam tu. Boleh lah kan. Kita pun tak tahu nak cari persamaannya. At least boleh faham hehehe.

Dengan bertungku kita banyak membantu tubuh untuk pulih. Batu2 tungku atau tungku moden tu kita letakkan kat bawah kaki, bawah peha, bawah lutut, bawah pinggang, belakang badan. Fuh...best. Lemak2 yang dok bersengkanyut kat badan sepanjang kita mengandung tu pun boleh cair tau. Jangan lupa letak kat celah ketiak. Kat situ ada urat untuk susu badan. Insya-Allah, lancar susu mengalir malahan banyak jadinya.

Bertungku ni seeloknya sekali sehari sepanjang 44 hari. 'Seeloknya'... kena quote beb. Sebab selalunya tak jadi macam tu kalau tak berdisplin. Kalau guna batu boleh lah rasa malas atau rasa tak kuasa nak buat. Sekarang ni dah adakan yang moden, gunakan aje. Even tilam panas pun dah ada dah kan. Kita sampai sekarang selalu guna hot plat untuk mana2 part yang sakit. Berguna...

4. Jangan menjerit
Hihihi...gelak dulu. Ini ditujukan especially for mum with kids. Waktu tu lah, sorang terkencing dalam seluar, yang sorang lagi tuang susu sebab nak makan cereal tapi tertumpah. Ha apalagi, jadi tarzan lah kita kan. So, tarik nafas and relax. Dah jadi kebiasaan sebenarnya kita suka jadi tarzan. So, bila tengah berpantang pun kita nak juga buat macam tu.

Suara kita actually berada pada tahap normal. Kita je sometime rasa suara kita tak cukup kuat. Actually keseimbangan dalam telinga ada sedikit terganggu semasa proses bersalin. Tidaklah besar dan tidaklah merbahaya. Cuma kita akan rasa suara kita tak cukup kuat. Tu yang dok terjerit terjerau tu.

Jadinya, be cool. Cakap dengan kadar yang biasa. Penggunaan suara melampau macam menjerit tu banyak mengganggu urat2 especially di perut. Kan kata suara dari perut kan.

5. Tidak membiarkan kaki berjuntai
Apabila duduk di katil ka di kerusi ka, biasakan ada bangku kecil untuk kita letakkan kaki. Kotak kasut pun OK. Yang penting, kaki tak berjuntai. Ini adalah untuk mengelakkan semua beban berat badan ditanggung oleh kaki. Kesian kat kaki kita kan.

Haaaa...ngantuknya. Kita sambung lagi.

Much love. Wasalam.

Thursday, 23 January 2014

Berpantang Selepas Bersalin Siri 1

Tadi masa g lunch kat Mama World, Seremban 2 terpandang satu couple ni. Of course sebab orang rumah dia pakai baju cantik. Rupanya dia preggy mum. Alololo sweetnya pakai baju labuh coklat and tudung pink. Sesuai pulak tu. Soo suka I tau. Cik Abe ku tanya, "Suka baju ke suka nak pregnant?"

Err.. entah lah. Macam suka je nak mengandung lagi. Tapi bila mengingatkan tang 44 hari tu kan... kus semangat rasanya.

Apa tu 44 hari?

Haiya.. ini olang ha. Manyak susah wo.. Confinement le. Berpantang cik wok.

Berpantang ni ada yang 44 hari, ada yang 60 hari, ada juga 100 hari. Terserah lah masing-masing. Semua ikut nawaitu. Bagi ku seperti yang diajar oleh Mak-yang-macam-ibu-tiri-masa-jaga-pantang tu kan, "44 hari tu kita jaga elok2. Jaga rapi2. Insya-Allah sempurnalah pantang tu." Yang selepas2 tu, kita kasi PM je lah. Nak menulis ni pun biar betul dan kene gaya. Tak perlu le elaborate lebih. Sok kang menjawab pulak ku di 'sana' dengan saham2 dek sebab menulis in details.

Banyak perkara yang perlu dititik beratkan semasa berpantang. Semua itu untuk kepentingan sendiri juga. Mak selalu ingatkan supaya bersabar ketika berpantang. Ingat, katanya. Badan nak pakai lama. Kesian kat anak2. Kalau mamanya asyik la sakit2 badan, camne nak jaga anak2. Terutama yang anak berderet2 tu (Eh..tunjuk mana tu? Oo..yang 4 jari lagi tu tunjuk diri sendiri le. hehehe...). Kalau masuk bab rakan kongsi bantal pulak camne? Mak kata, sok jangan badan jadi macam 'ayam berak kapur' je. Layu je kan...

Kita suka nak senaraikan. Sambil senarai sambil cerita. Kita buat mana ingat, then buat post lain plak. Bab 2 gitu.

1. Tutup badan
Apa tu? Pakai long sleeve dan berstokin.
Tak panas ke? Cari la kain tak tebal. Yang penting, kita cover skin with something. Supaya angin tak mudah menerobos masuk terutama di minggu2 awal selepas bersalin. Kita nak make sure our body in full recover mode. Dalam minggu ketiga dan seterusnya, kita membantu tubuh berada dalam keadaan panas sekaligus meningkatkan pengeluaran peluh.

2. Bertungku
Bab panas lagi. Apa boleh buat. Dah nama pun berpantang kan. Sebaiknya, bertungku lah dengan istiqamah sehingga 40 hari sekurang-kurangnya. Tapi kejap... Camne kira 40 hari? Adakah kira satu2 hari sehingga 40 hari atau berturut2 40 hari tu? Kiralah 40 hari tu dari hari pertama bersalin. Ini bermakna, ada masa kita tak sempat bertungku macam hari pertama, kedua sebab kat hospital kan. Boleh lah dimaafkan. That's why kena buat bertungku tu lebih2 hari sikit.

3. Makan nasi
Ye betul. Makan nasi. Nasi kan sumber karbohidrat tinggi. Apabila makan nasi, badan mampu menyimpan banyak tenaga untuk digunakan sepanjang hari. Bayangkan, si kecil kita tu. Mesti nak menyusu kan. Dah tu kalau meragam malam, nak berjaga lagi. Pastu, dengan acara rutin dalam berpantang yang sentiasa kena berpanas tu kan. Of course nasi lah jawabnya. Makan pula dengan ayam masak sesame oil dengan sayur pegaga. Serius berselera. Err...satu pinggan je tau. If selera over tu, sila tunda selera itu, untuk waktu makan satu lagi.

4. Banyakkan berzikir
Selalu berzikir dengan bacaan seperti 'Ya Allah', 'Subhanallah', 'Allahuakbar' dan lain-lain yang indah-indah. Ini mampu mengisi rohani kita dari dok berfikir perkara lain yang bukan2. Lagipun, kita kan berada di dalam nifas. Syaitan sentiasa mencari kesempatan mengganggu hamba Allah yang leka dan lupa kepada-Nya. Pasangkan ayat2 suci Al-Quran di rumah supaya kita sentiasa tenang terutamanya bila si kecil tu meragam. Ini juga membantu menjauhkan kita dari postnatal blues.

5. Berbengkung
Berbengkung sekarang ada banyak jenis. Ada yang ready-made, tinggal nak ikat je. Ada pulak yang lekap2. Tapi bagi saya, yang tradisional juga yang best iaitu kain panjang 10 meter tu. Apa kepentingannya? Banyak weh. *Membantu pembentukan semula tubuh. *Menaikkan peranakan. *Membantu menyingkir lemak2 di kawasan peha, pinggang dan perut. *Membantu perempuan yang rajin2 tu menghadkan pergerakan. Dan banyak lagi.

Aha. Suka pulak kita stop kat nombor 5. Sebenarnya banyak lagi. Tapi kita buat lah satu2. Santai2. Supaya tak stress nak baca banyak2 kan.

Buat anak2ku, baca ini nanti ye. Bukan le sekarang. Kamu kecik pun lagi.

Much love.