Tadi masa g lunch kat Mama World, Seremban 2 terpandang satu couple ni. Of course sebab orang rumah dia pakai baju cantik. Rupanya dia preggy mum. Alololo sweetnya pakai baju labuh coklat and tudung pink. Sesuai pulak tu. Soo suka I tau. Cik Abe ku tanya, "Suka baju ke suka nak pregnant?"
Err.. entah lah. Macam suka je nak mengandung lagi. Tapi bila mengingatkan tang 44 hari tu kan... kus semangat rasanya.
Apa tu 44 hari?
Haiya.. ini olang ha. Manyak susah wo.. Confinement le. Berpantang cik wok.
Berpantang ni ada yang 44 hari, ada yang 60 hari, ada juga 100 hari. Terserah lah masing-masing. Semua ikut nawaitu. Bagi ku seperti yang diajar oleh Mak-yang-macam-ibu-tiri-masa-jaga-pantang tu kan, "44 hari tu kita jaga elok2. Jaga rapi2. Insya-Allah sempurnalah pantang tu." Yang selepas2 tu, kita kasi PM je lah. Nak menulis ni pun biar betul dan kene gaya. Tak perlu le elaborate lebih. Sok kang menjawab pulak ku di 'sana' dengan saham2 dek sebab menulis in details.
Banyak perkara yang perlu dititik beratkan semasa berpantang. Semua itu untuk kepentingan sendiri juga. Mak selalu ingatkan supaya bersabar ketika berpantang. Ingat, katanya. Badan nak pakai lama. Kesian kat anak2. Kalau mamanya asyik la sakit2 badan, camne nak jaga anak2. Terutama yang anak berderet2 tu (Eh..tunjuk mana tu? Oo..yang 4 jari lagi tu tunjuk diri sendiri le. hehehe...). Kalau masuk bab rakan kongsi bantal pulak camne? Mak kata, sok jangan badan jadi macam 'ayam berak kapur' je. Layu je kan...
Kita suka nak senaraikan. Sambil senarai sambil cerita. Kita buat mana ingat, then buat post lain plak. Bab 2 gitu.
1. Tutup badan
Apa tu? Pakai long sleeve dan berstokin.
Tak panas ke? Cari la kain tak tebal. Yang penting, kita cover skin with something. Supaya angin tak mudah menerobos masuk terutama di minggu2 awal selepas bersalin. Kita nak make sure our body in full recover mode. Dalam minggu ketiga dan seterusnya, kita membantu tubuh berada dalam keadaan panas sekaligus meningkatkan pengeluaran peluh.
2. Bertungku
Bab panas lagi. Apa boleh buat. Dah nama pun berpantang kan. Sebaiknya, bertungku lah dengan istiqamah sehingga 40 hari sekurang-kurangnya. Tapi kejap... Camne kira 40 hari? Adakah kira satu2 hari sehingga 40 hari atau berturut2 40 hari tu? Kiralah 40 hari tu dari hari pertama bersalin. Ini bermakna, ada masa kita tak sempat bertungku macam hari pertama, kedua sebab kat hospital kan. Boleh lah dimaafkan. That's why kena buat bertungku tu lebih2 hari sikit.
3. Makan nasi
Ye betul. Makan nasi. Nasi kan sumber karbohidrat tinggi. Apabila makan nasi, badan mampu menyimpan banyak tenaga untuk digunakan sepanjang hari. Bayangkan, si kecil kita tu. Mesti nak menyusu kan. Dah tu kalau meragam malam, nak berjaga lagi. Pastu, dengan acara rutin dalam berpantang yang sentiasa kena berpanas tu kan. Of course nasi lah jawabnya. Makan pula dengan ayam masak sesame oil dengan sayur pegaga. Serius berselera. Err...satu pinggan je tau. If selera over tu, sila tunda selera itu, untuk waktu makan satu lagi.
4. Banyakkan berzikir
Selalu berzikir dengan bacaan seperti 'Ya Allah', 'Subhanallah', 'Allahuakbar' dan lain-lain yang indah-indah. Ini mampu mengisi rohani kita dari dok berfikir perkara lain yang bukan2. Lagipun, kita kan berada di dalam nifas. Syaitan sentiasa mencari kesempatan mengganggu hamba Allah yang leka dan lupa kepada-Nya. Pasangkan ayat2 suci Al-Quran di rumah supaya kita sentiasa tenang terutamanya bila si kecil tu meragam. Ini juga membantu menjauhkan kita dari postnatal blues.
5. Berbengkung
Berbengkung sekarang ada banyak jenis. Ada yang ready-made, tinggal nak ikat je. Ada pulak yang lekap2. Tapi bagi saya, yang tradisional juga yang best iaitu kain panjang 10 meter tu. Apa kepentingannya? Banyak weh. *Membantu pembentukan semula tubuh. *Menaikkan peranakan. *Membantu menyingkir lemak2 di kawasan peha, pinggang dan perut. *Membantu perempuan yang rajin2 tu menghadkan pergerakan. Dan banyak lagi.
Aha. Suka pulak kita stop kat nombor 5. Sebenarnya banyak lagi. Tapi kita buat lah satu2. Santai2. Supaya tak stress nak baca banyak2 kan.
Buat anak2ku, baca ini nanti ye. Bukan le sekarang. Kamu kecik pun lagi.
Much love.
SALAM RAMADHAN 1440H
5 years ago
1 comments:
i like...
Post a Comment