BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 21 July 2009

Resipi Masak Pindang Ikan Seabass Ibuku

Wah... seronok betul Mak ada sini. Pasal makan minum semua settle. Kat sini saya saja jer nak simpan resipi masak pindang ni. Masakan paling senang kat dunia tapi masakan yang saya tak pernah buat kat Malaysia. Ada Mak ni, dapat lah saya mencungkil apa yang patut.

1. Ambil periuk and letak air setakat mana ikan boleh tenggelam.
2. Masukkan asam keping, lengkuas, serai, kunyit hidup atau serbuk kunyit, bawang besar yang dah dihiris kat dalam periuk tu. Nak pedas letak cili padi yang dibelah dua dalam sebiji dua.
3. Pastu didihkan.
4. Dah didih, letak ikan. Sini yang sedap si ikan seabass. Rasa macam ikan senangin. Tak tau lah kan nama Melayu si mamat seabass ni.
5. Tunggu le sampai ikan tu masak. Pastu masuk bendi. Garam jangan lupa.
6. Dah tu, makan la beb... buat apa tunggu lagi.

Mak ada bagitau beza masak singgang dengan masak pindang. Tapi lupa la. Nanti lah...Mak pun dah tidur. Sian kat Mak. Ha..ada cadangan hidangan (cam iklan la plak). Makan dengan sambal ikan bilis, ikan masin and kicap manis kipas udang. Terangkat tu...

Wednesday 8 July 2009

Adoiyai...

Saya bukannya nak perasan atau nak berbangga. Tapi dah memang macam tu dari dulu sampai sekarang. Bukan saya sorang je, semua adik beradik saya macam tu. Sampaikan anak buah saya pun naik bengang, jealous pun iye gak. Mana tak nya, my beloved mum (MBM) tu pantang la nengok saya buat keje skit mesti dia kesian. Dokong Soffiya sekejap mesti kena tegur. Turun naik tangga pun kena tegur gak. Tu belum lagi dia nengok saya memunggah peti ais ke, almari dapur ke, mengelap lantai dapur ke. Yang kesiannya si Mimi la...

'Mimi, kesian makteh tu. Nanti jangan lupa basuh pinggan mangkuk ni. Dia tu penat baru balik dari university.'
'Nenek masak lauk ni untuk makteh tau. Kesian dia balik dari university nanti mesti dia lapar.'
'Mimi, kita share lah milo tu. Kesian kat Mak Teh nak kena buat air lagi.'

Semuanya lah kesian. Kekadang rimas jugak terutama bila ada orang lain. MBM memang pantang betul nengok saya ke sana ke sini buat kerja. Kalau boleh dia nak semua kerja orang lain buat. MBM memang suka sangat kalau tengok cik abeku bantu saya buat kerja. Dia kata, Ina ni fragile sangat. Senang sakit sakit badan. Kalau Ina sakit, kesian kat anak-anak sebab takde sapa yang uruskan.

Tu yang boleh buat orang lain dengar jadi naik menyampah. Mimi pun sama. Bengang je bila dengar nenek dia asyik backing mak sedara dia ni. Sabar je lah Mimi. Nenek dah memang camtu. Takkan lah Mak Teh nak tegur Nenek. Hilang akal apa... Ngan Ibu awak pun cenggitu gak. Kalau orang lain kata, Nenek mesti lebihkan cucu. Tapi bukan Nenek awak. Nenek awak tu memang sayang anak dia 500%. Kalah lagi sayang kat cucu.

Sebenarnya saya pun memang dah lali dah dengan perangai MBM. Dia kalau boleh, anak dia jangan buat keje kuat-kuat, biar orang lain buat. Anak dia jangan susah susah. Dari dulu lagi, saya selalu dengar dia bercerita pasal anak-anak yang penat bekerja, outstation tak habis-habis, kena hamput boss, kena tipu orang, kena macam-macam. Kalau boleh, MBM nak semua mesti smooth. Tak best la cenggitu Mak. Takde thrill. Hidup mesti outrages. Baru ada makne... Ceh, ada berani nak cakap camtu. Try tengok... isshhh... idok la. Jadi anak durhaka pulak nanti.

Jadinya, buat pekak jelah. Nak mengemas lebih-lebih pun masa MBM tengah tidur. Kalau dia bercerita, dengar je. No feedback no comment, otherwise I will be bias. Paling tidak pun, cari cite best tuk dia cite. Skang ni MBM tengah giler bunga ros. Kiranya saya ngan cik abeku sangat lah bertuah. Dah cantik sangat dah pokok pokok bunga ros tu. Bunga bunga untuk potpuri pun dah banyak dah. So, saya selalu akan try tukar tajuk cite kepada Tanamanku atau Pokok Sayurku atau Macam Mana Nak Menanam Pokok. Mesti MBM layan punya. Dah memang favorite dia kan. Yang penting, saya kena selalu back up Mimi. Nanti kesian kat Mimi, jeran dia nak datang sini lagi. Takpe Mimi, this week kita gi CB ya. Tapi nak belanja belum boleh lagi. Munnie ku belum masuk lagi... Tunggu ya...

Thursday 2 July 2009

Terima kasih semua

Terima kasih kat semua
Ada ikan masin, ada rendang ayam, ada sate Hj Samuri
Ada kuih lopis, ada rambutan, ada keropok, ada macam-macam
Seronok memang tak terkata

Mak kata Along bersungguh menggorengkan ikan masin untuk kami
Terima kasih Along
Along ni memang tak lupa dengan ikan masin
Dari dulu sampai sekarang

Sate yang Angah bagi tu memang sekejap je habis
Ingatkan nak frozen.. tapi takde harapan
Yang Kak Ngah lak memang dasar Doktor Gigi
Memang tak lupa ngan berus giginya

Kak Lang ni takyah cakap la...
Rendang ayam, kuih lopis, segala bende yang remeh temeh tu la
Tu la Kakak Sulung sejati...
Jangan risau Kak Lang.. position and responsibility ni memang takleh nak ganti
Memang selamanya cenggitu.. hehehe

Achik and Andak lak .. thanks for the serunding and keropok
Sib baik Andak tak bagi Dominos pizza..
Achik pun tak lupa buku untuk anak-anak buahnya
Bagus juga tu...Sumayyah tu dah boleh baca English storybook
Nanti malu je kalau dia tak boleh baca Malays

Uda lak thanks for de kuih raya and beg-beg comel tu
Almond London pun ada...
Ina still sorok lagi tu
Sumayyah kalau jumpa kuih tu memang tak pandang kiri kanan
Yang tak best, Mama dia kena makan almond tu
Dia makan kuihnya... ish ish ish...

Terima kasih Juli for the baju-baju labuh tu..
Nak beli faham-faham je lah
Yang banyak dan murah is baju baju senteng
Lagi satu, sedap sikit mata suamiku memandang isterinya berpakaian
Tu yang penting... hehehe...

Ibu mertuaku pulak...cili kering, milo, tepung pulut hitam, santan
Terima kasih Mak
Rindu le nak makan gulai ikan senangin mak and sambal udang
Sabar je lah...

Last but not least,
Yang saya tak tulis tu, bukan lupa cuma banyak sangat sampai tak terkata
Juga semua yang terlibat directly or even indirect
We luv u all
Budi kalian memang kami kenang
Tunggu saja buah tangan dari kami
Walau tak berharga namun ingatan kami memang jelas