BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 21 July 2009

Resipi Masak Pindang Ikan Seabass Ibuku

Wah... seronok betul Mak ada sini. Pasal makan minum semua settle. Kat sini saya saja jer nak simpan resipi masak pindang ni. Masakan paling senang kat dunia tapi masakan yang saya tak pernah buat kat Malaysia. Ada Mak ni, dapat lah saya mencungkil apa yang patut.

1. Ambil periuk and letak air setakat mana ikan boleh tenggelam.
2. Masukkan asam keping, lengkuas, serai, kunyit hidup atau serbuk kunyit, bawang besar yang dah dihiris kat dalam periuk tu. Nak pedas letak cili padi yang dibelah dua dalam sebiji dua.
3. Pastu didihkan.
4. Dah didih, letak ikan. Sini yang sedap si ikan seabass. Rasa macam ikan senangin. Tak tau lah kan nama Melayu si mamat seabass ni.
5. Tunggu le sampai ikan tu masak. Pastu masuk bendi. Garam jangan lupa.
6. Dah tu, makan la beb... buat apa tunggu lagi.

Mak ada bagitau beza masak singgang dengan masak pindang. Tapi lupa la. Nanti lah...Mak pun dah tidur. Sian kat Mak. Ha..ada cadangan hidangan (cam iklan la plak). Makan dengan sambal ikan bilis, ikan masin and kicap manis kipas udang. Terangkat tu...

0 comments: