BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label My kids. Show all posts
Showing posts with label My kids. Show all posts

Wednesday, 10 February 2010

Oh...My milk bottle

Baru kata yang Soffiya dah tak ingat botolnya kan. Tapi malam tadi entah macam saya tercerita pasal botol susu dia on the way balik dari rumah Kak Norbayah. Lepas tu dia terus bad mood. Muka muncung and mencebek. Mula2 saya tak perasan. Bila budak2 semua dah tidur, baru husband saya cakap yang Soffiya tunjuk perasaan. Masa dia nak tidurkan Soffiya, Soffiya minta botol perlahan-lahan. Mungkin tak nak bagi saya dengar. Husband saya pujuk dia, buatkan milo dan terus pujuk sampai dia terlelap.
Gelak saya bila dengar husband saya cerita. Pandai sungguh dia tunjuk perasaan. Patut masa masuk rumah tu, dia tunjuk ragam. Saya malas nak layan sebab nak tengok yang dua orang lagi tu masuk tidur. Rupa2nya dia rindu dengan botol susu tu. Tu lah saya, sapa suruh saya cerita pasal botol susu tu lagi. Kan dia dah teringat balik dah...

Monday, 8 February 2010

No more bottle...

Kiranya hari ni hampir seminggu Soffiya tidak berjumpa dengan milk bottlenya. Memang dah lama dah usaha kami untuk menghapuskan kegemarannya menghisap botol susu. Bermula dari memotong sikit puting botol susu tu sampai la kepada mencairkan susu tu. Tapi semuanya ala-ala gagal gitu. Bila dia hisap yang puting botol yang dah terluka tu, sian pulak nengok susu tu mengalir kat leher dia masa tidur. Dah tu seksa pulak saya asyik menukar sarung bantal. Pastu, kita cairkan pulak susu tu. Selalunya memang fresh milk penuh satu botol susu 9 ml tu. Then, dikurangkan pulak kpd ratio 70% susu: 30% air sampai kepada ratio 10% susu: 90% air. Yang paling akhir adalah beberapa titik susu sahaja. Semuanya dia telan je. Tapi paling parah, bila dia gonggong je botol tu bila dia rasa air tu tak sedap.
Yang menguatkan hati saya untuk memisahkan botol kesayangannya tu bila saya perasan gigi depan dia dah mula pendek sebelah. Tu yang dia makin sedap letak puting botol tu kat gigi yang separuh pendek tu. Ala, takut pulak gigi dia jadi macam gigi abang dia si Abbas tu. Saya pernah dan selalu letak susu yang sama dalam cawan sedut tu dan bagi dia. Selamba je dia buat muka macam nak muntah. Seolah-olah macam minum air basi. Geram betul rasanya. Maknanya dia memang nakkan puting tu je.
Bila malam pulak, dia akan minum paling kurang pun dua botol semalam. Ada sekali dua tu sampai lima botol satu malam. Mak aii..yang jenuhnya sayalah. Dok bangun tidur bangun tidur bagi dia botol susu. Tang siang pulak, kami dah bolehlah control dia dari menyusu. Dari pagi dia minta botol susu, tapi dalam jam 6 pm baru dia dapat.
Yang bestnya last week, Selasa. Dia telah menghilangkan botol susunya sendiri. Then malam tu, kami naik central London. Macam biasa dia dah mula mengantuk dalam kereta and minta botol. Saya tanya dia balik, mana botol susu tu. Soffiya jatuhkan and hilang. Mana dia... Dia terus je merengek dalam 5 mins. Lepas tu terus terlelap. Bila sampai rumah, puas kami mencari then terjumpa kat tepi sofa. Dapatlah dia minum susuu malam tu. Esoknya sekali lagi botol dia hilang. Saya hangin la kan. Saya biarkan je dia merengek. Sambil tu saya teruskan tanya dia balik, mana botol susu. Mama tak tahu Soffiya letak mana. Soffiya yang hilangkan. Dia cebek je and terus minta milo (fresh milk + chocolate flavour).
Bila malam, berdebar jugak kami menantikannya. Memang malam pertama and kedua tu sungguh mencabarlah. Saya terpaksa menepuk dia dan memujuk dalam 15 mins setiap tepukan. Lebih kurang 3 kali dia terbangun minta susu. Saya cakap bende yang sama dan dia terus minta milo. Esoknya saya jumpa balik botol tu tapi terus saya sorokkan.
Sekarang ni alhamdulillah sangat, dia dah tak minta botol susu. During breakfast, dia akan minum satu mug milo. Petang satu cawan sedut milo, sebelum tidur secawan lagi dan waktu tidur jam 4-5 am secawan lagi. Tapi kekadang tak bangun langsung. Makan tak payah cakaplah. Makin bertambah2 lah selera makannya. Oh lupa.. ada satu malam tu, dia bangun minta makan choco crunch (cereal) with milk. Tu memang sah lapar lah tu...

Friday, 15 May 2009

Just to share...

Sebenarnya kepala tengah sakit dok buat graph ni. Problemnya how do you want to manipulate the data and make it presentable without give the audience an headache to understand the graph? So, dalam dok pening-pening ni baik saya upload gambar anak-anak kesayanganku ni. Moga-moga lepas ni dapat lah idea. Amin.


Gaduh kat dalam train nak berebut duduk sebelah mama.

Ha..duduk elok-elok cam gitu kan ok... Muka tak puas hati sebab Soffiya and baba yang dapat duduk ngan mama.

Anak dara saya yang dah besar dah.

Budak baik, Soffiya di Portobello Road.

Sementara tunggu makanan sampai di Restoran Melati, Chinatown.

Di Chinatown

Saturday, 28 February 2009

Best Shot of The Year

Look... She licked up the mucus!
I think this is the best shot I ever took.

Friday, 27 February 2009

Rumahku Syurgaku...

Wah, sekarang ni pukul 4 pagi burung-burung dah mula berkicauan. Mula tu ingatkan kami lambat bangun. Tengok jam baru empat pagi. Rupa-rupanya itulah antara petanda spring nak masuk. Inipun otai yang bagitau. Harapkan kami, inilah pertama kali merasa empat musim. Sebelum ni, setakat duduk negara orang dua tiga minggu adalah. Memang takde experience langsung. Dapat main snow tu pun, kira dah bersyukur sangat.

Tapi si Sumayyah pulak sibuk tanya bila nak summer. Tu yang tengah sibuk cari rumah baru tu. At least ada garden, small pun takpe. Bukan nak menanam (tangan saya ni keras sikit.. tanam daun pandan boleh lah), tapi dapat anak-anak saya bermain waktu summer nanti pun dah alhamdulillah. Duduk flat pun ok tapi mesti ada private garden. Bukan apa, orang sini biasalah gayat sikit. Kawasan kat luar flat tu bukan main cantik lagi. Semuanya untuk dipandang je. Budak-budak bukannya boleh main. Nanti tak pasal-pasal, polis dari community support datang nak saman kita sebab buat bising. Setakat saman, ok lah. Kalau diangkut ke balai polis lagi lah payah.

Cerita pasal cari rumah sewa ni pun kekadang mendebarkan. Macam kami hari tu, dah jumpa dua rumah yang memang berkenan. Satu dekat dengan Hillingdon Hospital dan satu lagi dekat dengan universiti. Dua-dua ada taman dan yang bestnya, rumah yang dekat universiti tu rumah setingkat. Ish, memanglah susah nak dapat rumah setingkat ni. Alih-alih, dua-dua dah kena ambil. Bukan apa, takkan lah kami nak ambil rumah tu sedangkan current home ni tamat contract (6 bulan) akhir bulan empat nanti. Tidaklah kami mempunyai lebihan duit untuk membayar dua rumah sewa dalam sebulan. Makanya, kenalah kami cari dan mencari lagi.

Agen yang sekarang ni pun, sibuk juga carikan rumah untuk kami. Itu kata dia, taktau lah yang sebenarnya. Biasalah bangsa mereka tu walaupun agamanya Islam. Tapi, kira kami pun dah pandai juga demand. Dah ada list of criterias yang perlu agen fulfill. Inipun belajar dengan otai jugak yang berlagak tu penting sebab pada mereka customer is always win.

Walaubagaimanapun, memanglah kami berharap dapat rumah yang elok sebelum summer. Tak lama lagi siang akan lama. Kesian juga pada anak-anak. Kalau ada garden, dapat juga mereka main kat luar. Sekarang ni pun matahari pun dah mula terbit cepat. Pagi tadi, saya pun terkejut sebab matahari dah mencanak naik padahal baru pukul 7.30 pagi... Yelah, kami ni kan baru merasa, gayat lah sikit jadinya.

Thursday, 19 February 2009

Cikgu oh Cikgu

Minggu ni, budak-budak semua cuti sekolah mid-term selama seminggu. Sekolah Sumayyah dah keluarkan surat mengatakan tiada kerja rumah. Tapinya bila ambil Sumayyah balik sekolah petang Khamis tu, setiap murid mendapat beberapa helaian kertas. Kata tiada kerja rumah, pelik betul. Terus Mrs Underwood, guru kelas Sumayyah menerangkan yang kertas-kertas tu adalah sebagai latihan tambahan semasa cuti sekolah. Masalahnya bukan empat lima keping tapi lebih dari sepuluh keping!!! Adusss. Yang peningnya, sayalah. Saya yang terpaksa menjadi cikgu cuti-cuti sekolah ni.

Malam tu, saya dah terus membelek satu-satu kerja rumah Sumayyah. Ada lebih dari 300 perkataan yang perlu dibaca. Sebaiknya kena lancar sebutan dan ejaan. Ada beberapa helaian kertas untuk karangan pendek. Ada gambar main bola, ada gambar pergi holiday, ada gambar dekat beach. Lepas tu ada beberapa helai kertas yang Mrs Underwood minta saya ajar Sumayyah untuk perkara routine macam cara-cara senaman, rutin nak tidur, menerangkan apa itu 4 musim. Tak lupa juga kertas sebutan a, b, c yang dari awal lagi kena belajar. Pening gak kepala. Macam mana nak mengajar ni. Tahu jelah, saya ni kalau bab mengajar memang surrender. Memang kena jadi Tarzan la gamaknya.
Tak sampai setengah jam saya mengajar, kepala saya dah berasap. Hangat je sebab Sumayyah tak dapat-dapat apa yang saya ajar. Tapi sebenarnya saya tahu, approach saya tak betul. Yelah kan... unsur-unsur kuasa veto digunapakai memang macam tu. Manalah si anak nak terikut apa kita ajar. Lima minit lepas tu saya minta rehat kejap, rasa panas je muka. Tu memang petanda tak baik bagi Sumayyah. Samada peha dia jadi mangsa atau suara Tarzan akan keluar. Baik saya rehat.

Tapi Sumayyah pandai juga ambil hati. Dia tahu saya berangin. Dia ambil storybook yang dia suka dan minta saya bacakan. Kira terusik juga hati ni. Maknanya dia ada minat nak belajar cuma saya ni je yang tak berapa pandai nak mengajar.
Sumayyah Sumayyah... Sian dia dapat Mama yang tak pandai mengajar. Pandai jerit ada la.


Sian kat Abbas. Dia pun beriya-iya nak belajar. Oleh kerana Mama dia tengah berasap, dapat baca buku Argos pun cukuplah.



Apa-apa pun saya memang tabik secukupnya kat cikgu ni. Macam mana lah satu cikgu boleh jaga lebih dari 30 murid dalam satu masa. Dapat pulak yang darjah satu. Lagi la pening kepala.

Sunday, 1 February 2009

Healthy Lunch Pack

Cerita Sumayyah lagi.
Selesai sahaja meeting dengan supervisors pagi tu, saya meneruskan kerja di school. Bukan apa, kalau balik rumah alamatnya memang tak buat apa-apa la saya hari tu. Tiba-tiba Xperia saya bergetar. Ada call masuk maknanya.

"This is St Mathew's office. Regarding Khaireen."
"Is anything wrong about her?"

Bukan apa, semalam mereka call juga bertanyakan lunch bag Sumayyah. Mereka kata mereka tak jumpa. Saya terpaksa menerangkan bentuk beg plastik yang Sumayyah bawa pada hari itu dan meminta maaf memandangkan lunch bag Sumayyah sebenarnya tertinggal di sekolah pada hari sebelumnya. Maka jawabnya saya terpaksa menggunakan beg lain sebagai ganti.

"Oh no, she's doing well here. We are just wondering on meal for her lunch today."
Hari tu saya sediakan tiga potong kek, cookies, coklat dan yogurt drink. Ada masalah ke?

"Yes. In St. Mathew we are demanding on healthy lunch for children."
Dan akhirnya saya terpaksa mendengar short lecture berkenaan healthy meal. Sambil itu saya terfikir bagaimana mereka boleh tahu jenis makanan yang Sumayyah bawa dan sebelum tu pula mereka yang sibuk mencari beg bekalan Sumayyah. Sedangkan sekolah tu sudah tentu mempunyai murid yang ramai untuk dimonitor.

Balik dari sekolah, saya terus bertanya Sumayyah. Dia kata, semasa waktu makan mereka perlu beratur menuju dewan makan dan membasuh tangan. Kemudian terus ke meja makan yang telah terhidang bekalan yang Mama bagi.

Patutlah mereka tahu jenis bekalan yang dibawa oleh setiap murid. Mereka yang bertanggungjawab mengambil lunch bag itu dari kelas masing-masing dan menyusun bekalan tersebut.

Sejak hari itu, saya sangat berhati-hati menyediakan bekalan Sumayyah. Terima kasih juga buat Kak Hajah dari Brunei yang mengajar saya menyediakan healthy lunch pack. Yang penting mesti ada air (selalunya saya letak yogurt drink Tesco atau Munch Bunny Nestle. Alhamdulillah lah harganya murah), buah samada pisang atau anggur (itu sahaja buah yang Sumayyah suka makan selain durian), roti berinti coklat, butter sugar, tuna atau telur, dan tiga keping biskut atau Coco Pops Kellog's Bars. Kalau terlebih rajin, saya grill atau goreng fish fillet and chips.

Kalau di Malaysia la, agak-agak boleh ke saya sediakan makanan yang seperti itu? Atau dengan lain perkataan, saya ada masa ke untuk itu? Syukurlah Allah memberi saya peluang kali ini.

Wednesday, 21 January 2009

Tahap Kesabaran Teruji

Selesai satu hari kerja di school, perkara utama saya buat adalah bergegas merebut bas U3 untuk sampai ke rumah. Saya akan pastikan pada jam 2.40 petang, saya akan keluar dari bilik. Ini adalah untuk memudahkan saya menjemput Sumayyah di sekolah yang keluar pada jam 3.15 petang. Kalau ada perkara yang tidak dielakkan seperti kursus, jumpa supervisor, barulah suami yang akan ambil. Tetapi yang kasihannya, dia perlu mengangkut sekali anak-anak kami yang lagi dua tu.
Sebenarnya tak berebut pun, cumanya saya sahaja yang merasa begitu. Apa taknya, setelah seharian meninggalkan anak-anak bersama suami di rumah, perasaan serba salah tu mesti ada. Oleh kerana itu, saya mesti akan cuba sampai rumah secepat yang mungkin. Tetapi, apa perasaan anda apabila anda buka pintu rumah dan ... Ya Allah, macam kapal karam. Nak pitam pun ada. Rasanya bila keluar rumah tadi, taklah seteruk ini sepahnya. Dan begitulah setiap hari.

Dua minggu pertama saya memang tertekan. Kalau di rumah sendiri, balik dari kerja semuanya dah tersedia. Rumah, anak-anak, minum petang, makan malam, baju dah basuh. Di sini pula, dari memasak, basuh pinggan, basuh kain, kemas rumah, cebuk anak sampai menyiapkan tugasan PhD, semuanya sendiri. Saya pula jenis yang agak kuat berkemas terutama di ruang tamu dan cerewet dengan pakaian. Maknanya saya nak nampak semuanya sempurna terutama pakaian. Kalau basuh baju, saya mesti asingkan pakaian dari segi warna dan jenis material pakaian. Kalau menyidai pakaian, saya akan pastikan semua baju berada di dalam keadaan tidak terbalik dan mesti disidai atau digantung elok. Kalau baju sekolah Sumayyah, saya akan basuh dengan tangan untuk hilangkan kotoran di leher dan lengan. Satu lagi masalah besar, rumah kami di sini semuanya carpet kecuali di dapur dan tandas. Bermakna kerja akan bertambah dengan tugasan vakum pulak. Macam mana saya perlu hadapi semua ni?

Tetapi saya sangat bertuah kerana mempunyai seorang suami yang cool. Dia biarkan saya dengan perasaan yang berkecamuk tanpa berkata apa-apa. Saya ni pula bukan jenis yang suka membebel atau mengamuk. Selalunya saya akan mendiamkan diri (saya selalu menggelarkannya silent strike) apabila ada perkara yang tidak kena terutama bab rumah bersepah. Sehinggalah pada suatu hari, suami memanggil saya setelah anak-anak dah tidur. Mungkin dia takut tengok saya asyik mengamuk dengan anak-anak.

"Apa-apa yang berlaku kita hadapi bersama. Jangan terlalu cerewet dengan benda-benda kecil. Tumpukan pada perkara-perkara yang besar. PhD tu lagi utama. Abang akan membantu apa yang perlu. Insya-Allah."

Bermula dari saat itu, seperti ada kompromi antara kami walaupun tak pernah kami catatkan atau berjanji. Bangun pagi, saya akan sediakan bekal untuk lunch Sumayyah. Selalunya, roti dengan coklat, tuna, butter and sugar atau telur. Kadang-kadang nuggets dengan potato fries. Saya akan sertakan pisang dan air yogurt. Selain itu, saya akan sediakan sarapan dan kadangkala sejenis lauk untuk lunch. Tetapi selalunya suami yang akan masak dalam jam sebelas pagi nanti. Pada masa yang sama, suami akan mandikan ketiga-tiga anak kami dan menyiapkan Sumayyah ke sekolah. Setelah itu, saya akan suapkan anak-anak makan (selalunya nasi) dan suami akan menghantar Sumayyah anak ke sekolah. Sementara itu, saya akan mengemas bilik tidur dan bersiap untuk ke school.

Apabila balik dari school, perkara pertama yang saya buat adalah menarik nafas yang sangat panjang. Seperti menutup sebelah mata melihat rumah yang bersepah, saya akan melayan anak saya yang kecil dulu. Dia yang selalu menyambut saya di pintu rumah dan tidak akan lepas dari saya sekurang-kurangnya setengah jam. Abbas pula akan leka dengan cerita kartun tanpa henti dari pagi dan suami pula bersama blognya.

Di sebelah malam, saya mengajak anak-anak untuk mengemas mainan mereka sambil saya mengemas dapur. Walaupun suami rajin membantu membasuh pinggan, tapi rasanya final touch dari tangan perempuan adalah wajib. Kemudian saya memilih pakaian untuk dibasuh dan akan menyidai overnight. Untuk pakaian, saya terpaksa akui bahawa tahap kecerewetan itu masih tinggi. Tetapi saya rasa berbaloi kerana tekanan telah menurun oleh sebab tugasan yang telah dibahagi sama rata. Untuk vakum, selalunya dalam tiga empat hari sekali kami akan lakukan bersama-sama. Akhirnya sebelum tidur, saya akan pastikan baju sekolah Sumayyah telah tersedia di atas katil.

Alhamdulillah. Walaupun baru dua bulan setengah mengharungi hidup di sini, tekanan bersama anak dan suami itu berada di kadar biasa. Kerjasama dan tolak ansur menjadi kunci. Semoga Allah sentiasa membantu kami membina hidup di sini sehingga berjaya mendapat kejayaan. Amin.

Sunday, 11 January 2009

Tidak hadir sekolah

Tengah leka kami berborak sakan, tiba-tiba telefon saya berbunyi menandakan ada sms masuk. "Khaireen is absent from St Matthews CE Primary School 08/12/08 AM. Please reply to why & date or call 01895442724." La, kami lupa beritahu sekolah yang Sumayyah tidak pergi sekolah hari ini sebab menyambut Aidil Adha. Cepat-cepat saya telefon pejabat sekolah Sumayyah untuk meminta maaf dan memaklumkan ketidakhadiran Sumayyah ke sekolah adalah kerana Aidil Adha. Mereka rupanya dah tahu bahawa hari tersebut adalah Aidil Adha cumanya mereka lebih senang jika ibu bapa murid memaklumkan kepada mereka.

Bila perkara ini berlaku, ada dua perkara yang terlintas di fikiran kami. Pertama, betapa menyibuknya Mat Saleh ini. Bukannya selalu Sumayyah tidak hadir ke sekolah. Inipun yang pertama kali. Kedua pula sebaliknya, bagus pula sekolah di sini. Mereka cepat mengesan murid yang tidak hadir dan dengan segera juga memaklumkan kepada ibu bapa. Saya ingatkan keadaan ini hanya berlaku di sekolah Sumayyah sahaja, maksudnya religious school. Tapi rupanya, di seluruh sekolah di UK begitulah konsepnya. Ibu bapa atau penjaga mesti dan wajib memaklumkan kepada sekolah jika anak tidak hadir ke sekolah. Pejabat sekolah mempunyai butir diri ibu bapa atau penjaga yang cukup terperinci terutama nombor telefon. Ini memudahkan pergerakan anak-anak dipantau terutama mereka yang gemar ponteng sekolah.

Pendekatan ini adalah satu sistem yang cukup menarik minat saya dan perlu dicontohi. Jika sistem ini diikuti oleh setiap sekolah di Malaysia, saya percaya masalah ponteng sekolah dan sekurang-kurangnya keruntuhan akhlak di kalangan remaja boleh berkurangan. Walaupun mungkin lambat untuk diatasi tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha.

Satu lagi yang saya nampak, pejabat sekolah mempunyai hak dan kedudukan yang sama taraf dengan guru. Setiap murid yang lambat harus mendaftarkan diri di pejabat sekolah dan menyatakan sebab musabab. Saya sempat melihat keadaan itu di mana beberapa orang murid beratur di hadapan kaunter pejabat untuk tujuan tersebut. Pejabat sekolah juga mempunyai ramai pekerja yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran. Ini juga di antara sebab mengapa pihak sekolah mampu menjalankan tugas dengan baik.

Siapalah saya untuk membandingkan sistem persekolahan Malaysia dengan UK. Cuma, jika ada yang baik, tidak salah rasanya untuk diteladani.


Ya Allah, Engkau berkatilah anak-anak kami ini. Rahmatilah mereka yang masih kecil ini. Jadikan mereka anak-anak soleh dan solehah. Semoga mereka menjadi anak yang cerdik dan pandai. Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, 30 December 2008

Tuhan dia putih...

Satu hari tu, sedang kami menonton TV, anak sulung saya berbunyi, "Ma, tadi mayyah nampak tuhan kristian." Glup. Tak tertelan rasanya air liur bila mendengar seorang kanak-kanak berumur 5 tahun bercakap macam tu. "Tuhan dia putih, ma."

Apa la tindakan kita kalau kejadian tu berlaku di Malaysia. Mungkin kita akan melenting dan meminta supaya jangan memikirkan perkara tersebut. Sedangkan sekarang di bumi orang yang nyata mempunyai aliran agama yang jauh menyimpang dari Islam. Saya jadi terkelu lantas meminta bantuan suami.

"Sumayyah nampak Tuhan dia macam mana?".

"Tuhan dia macam orang, macam kita lah tapi putih sangat."
"Mayyah masuk gereja ya tadi?"
"Ha lah pastu kena nyanyi"

Suami memandang saya sambil menggeleng. Saya terdiam lagi.

"Baba, Allah tu macam mana?" Masya Allah, seawal 5 tahun kami terpaksa dan nampaknya wajib menerangkan isu ketuhanan kepada anak.

"Sumayyah, Allah tu tiada tandingan. Maha Besar. Maha Berkuasa."
"Macam Power Rangers ya Ba," anak kami yang nombor dua, Abbas pulak menyampuk.
"Pun bukan. Dia lagi Besar. Bukan macam manusia, bukan macam Power Rangers. Sebabnya, Dia lah yang menjadikan kita semua, kucing, anjing, laut, semua lah. Kalau Allah macam kita, macam mana Allah nak jadikan manusia." Panjang lebar jugak suami saya bercerita. Entah faham entah tidak lah anak kami tu.

"Patutlah Allah duduk kat awan kan Baba sebab Allah tu besar. Kalau kecil macam mana Dia nak tengok kita semua kan." Tarik nafas lega saya. Sekurang-kurangnya dia faham walaupun mungkin tidak sepenuhnya.

Sememangnya bersekolah di sini, hakikat mempelajari unsur-unsur ketuhanan Kristian terpaksa di terima. Di sekolah manapun, itulah yang budak-budak perlu belajar. Tahap permulaan adalah melalui lagu-lagu. Sampaikan Cikgu Sumayyah menulis nota kepada ibu bapa meminta anak masing-masing supaya lancarkan lagu-lagu tu. Sumayyah selalu juga menyanyikan lagu-lagu tersebut. Mula-mula tak terang sangat sebutan nyanyian tersebut. Tapi bila dah berulang kali, saya menangkap maksud lagu-lagu tersebut. Saya lantas meneliti bait-bait lagu mereka. Semuanya memuja baby jesus dan Bethleim. Saya terpaksa bertegas dengan Sumayyah.

"Lagu-lagu tu Sumayyah boleh nyanyi kat sekolah saja tau."
"Tapi Mayyah suka lagu baby jesus tu."
"Ingat, kita orang Islam. Lagu-lagu tu hanya untuk orang Kristian. Berdosa kalau orang Islam suka kat lagu tu."

Sejak dari tu, Sumayyah selalu bertanya pada saya lagu mana yang dia patut nyanyi. Ada la dua buah lagu dari sepuluh yang nampaknya tiada kaitan dengan ketuhanan. Ada juga suatu hari tu, Sumayyah menyanyikan lagu yang terkandung perkataan The Maker. Cepat-cepat saya bertanya, apa maksud The Maker? The Maker tu Allah lah, Sumayyah menjawab. Syukur Alhamdulillah. Anak saya telah mula mendalaminya.

Memang benar cakap beberapa senior. Selalunya kita akan merasai kepayahan di awal kehidupan dan persekolahan. Terpaksa menerangkan halal haram terutama mengenai makanan, mengenai ketuhanan, siapa Tuhan kita dan siapa tuhan kristian, mengenai bangsa dan bahasa. Hanya kita yang mampu membimbing mereka. Cuma perlu bersabar dan menerangkan yang nyata dan benar.

Anak adalah harta paling berharga. Walau setinggi mana ibu bapanya menuntut ilmu, jika terlalai dalam mendidik anak, tiada ertinya. Mereka amanah Allah.