Kiranya bulan depan saya akan memasuki fasa kedua dalam hidup sebagai PhD student. Do I am happy? Do I am satisfied wih my own progress? Hemm... fikiran pun dah start nak berkecamuk dah. Bukan apa.. I did quite a number of experiments and analysis. Memang well done lah to myself. Tapinya, saya tak reti camne nak relate between my results with the theoretical side. Yelah... selalunya memang dok buat research and direct interprate the data as it is. Tak da nak korek2 dari mana dia mai, tang mana dia masuk. Memang serabut.
Last week saya minta my supervisors to attend his lectures. Itu pun after read through the books suggested by him and try to do online simulation (MC). Haiya.. tak paham lorr.. Dia bagi lagi reference from Particle Data Group (Particle Physic). Saya baca lagi dengan penuh perasaan. Ayoyo... ini apa cite ni? Memang bengang betul bila tak paham. Lagilah saya nak gi class to fresh back my basic knowledge. Lagipun he is an undergraduate lecturer for high energy physics. So, rasanya takde hal lah pun nak join kan. Alih-alih dapat email from him to meet him on Monday (today) to discuss further on this matter.
Bila nak jumpa supervisor, makanya saya kenalah menggeletar lagi. Entahlah, si Prof tu bukan main baik lagi. Tak pernah merendah-rendah kan saya malahan selalu mengatakan yang u can do it. Tapinya, saya tetap gabra. Adoiyai... Prepare la saya seadanya dengan penuh kemalasan pada Ahad malam Isnin. Abang Zainal yang baru sampai pun macam kagum je nengok adik dia bertungkus lumus mengadap buku-buku tebal kat atas meja beserta kertas2 jurnal yang melambak. Tergelak kat diri sendiri. Pastu padan muka pun iye gak sebab kerja last minute. But that's me maa... I am doing very good work when it gonna come to the end. My mind will give very good critical thinking at that time. And the results...tadaa... 85% berjaya. Maknyanya if I did started the works from the beginning, it gonna reach 99% or even 100%. Habih camno.. dah selalunya gitu. Dari SPM sampai UM sampai PTK and sampai la ni... Bila mau ubah pun tak tau...
Bila jumpa tadi, seperti biasa my Prof membuka bicara dengan How is it Ruzalina (pronouce it as Ruzlina)? Hemm...itu ayat pertama saya dengan tangan membuka nota-nota saya malam tadi. Ok Ruzalina... electrons and photons are very good.... blah blah blah... But Prof, I love to do all the practical things. It mess me when it come to the theoretical side. How do I relate... blah blah blah.... Ruzalina, remember you are not expected to be master in all this matters. You should focus... blah blah blah... Lepas setengah jam.... Ok Prof. I agree with that and will try. I will get David's help (my second supervisor) for this.
Huhh... tak berjaya juga saya nak masuk kelas dia. Kenalah saya belajar sendiri sambil mengagak-agak apa yang patut. David pun siap offer macam biasa. Dia memanglah dah selalu kena kejar dengan saya. Prof selalu takde. Alhamdulillah, dia tinggalkan David untuk saya. Kalau tak lagi serabut lah saya jadinya. Makanya dari hari ini, saya kena bekerja lagi kuat untuk memaham mende-mende yang serabut tu untuk memastikan tidak menjadi serabut. Ok Ruzalina... you can do it...
Monday, 19 October 2009
Selamat berjuang Ruzalina
Posted by Ina & Beib 2 comments
Labels: My Brunel University, My story
Thursday, 14 May 2009
Inivigilator cemerlang gemilang and terbilang
Kiranya minggu ni la baru best sikit bekerja sebagai invigilator. Baru ada feel sebab jaga ramai student. Dalam 37 orang satu kelas. Itupun sepatutnya 40 orang tapi 3 orang tak tunjuk muka. Apa la diaorang ni, baru undergraduate dah tak datang ambik periksa. Dah tu 2 dari 3 student tu adalah Islam. Macam mana ni...
Seronok jaga exam ni sebab tengok kerenah masing-masing. Ada tu, bila kita kata dah boleh mula menulis, dalam ramai-ramai ada sorang budak tu duduk tegak je. Yang lain kira cam kusyuk la menulis atau membelek kertas soalan ataupun buat-buat tunduk tanda kusyuk. Lebih kurang lima minit jugak la si mamat punk tu duk tegak cam rambut dia. Sian gak kat dia. Kira cam ala-ala blur dan terpempan bila melihat soalan. Ala.. kita kan pernah rasa gak cam gitu dolu dolu..
Ada sorang mamat sikh tu, dari awal exam sampai ke minit minit terakhir, sibuk dok mengintai 'gadis ayu' kat sebelah dia tu. Rasanya meniru dah tu. Takkan nengok bende lain kot tapi tak tau la kan. Dia orang ni kan bukan boleh percaya sangat. Main bedal je semua orang... Caranya macam mana tau, dia cover dahi dia seolah-olah macam tengah pecah kepala dok memikir nak menjawab soalan. Pastu mata dia meleret sampai ke tepi dan cuba untuk memfokuskan retinanya mencari kertas jawapan minah negro tu. Memang power mata dia. Kalau masuk pertandingan jelingan mata paling leret, kira cam boleh menang tu. Tak caya? Tanya la saya sebab saya yang nampak.
Tapi yang bestnyer, saya tidak lah menggunakan kuasa veto ku untuk menegur dia. Kesian la. Kita pun dulu ada gak nak cuba buat tapi tak berani. Tapi memangbetul la, saya ni memang tak berani nak meniru dalam exam. Serius tak berani. Ada kawan saya tu, perempuan, tut tut nama dia. Berani betul. Habis tapak tangan sampai ke lengan penuh dengan formula. Selamba badak je dia meniru. Tak pernah kantoi pun... Tapi itu exam final la... Kalau setakat test monthly atau mid term tu, siap kertas jawapan mana-mana mamat yang terror tu berpusing satu kelas. Lecturers pun maleh nak layan. Yelah, berapa sangat lah marks nyer. Paling banyak pun 10%. Thats whay lecturers suka budak-budak buat assignment. Dah tentu kena lain-lain cara menjawab.
Saya ni kira bagus juga bila invigilate exam. Kita faham la kan student bila nak jawab soalan. Kalau kita dok berpusing satu kelas tanpa henti mesti la depa irritating kan... Tapi officer exam tu, memang betul rajin la. Sikit pun dia tak berhenti berpusing. Nasib baik la dia stay setakat setengah jam. Kalau tak sian budak-budak tu. Yang saya ni, dah officer dok berjalan, saya pun kena lah berjalan. Penat sungguh. Rasa cam nak tercabut kaki.
Esoknya saya kena invigilate budak special need. Mamat ni kena guna computer bila menjawab sebabnya dia tak boleh menulis laju. Dia hanya boleh menaip laju. Member lain buat 3 jam, dia buat 3 jam 45 mins. Best betul. Tapi memang betul lah. Masa saya tengok dia menjawab, memang keyboard tu cam mainan dia je. Laju gila menaip. Lupa pulak nak ambik timing. Bila kena buat graph or table, baru dia guna kertas jawapan. Mamat ni nampak cam terror sebab sikit pun dia tak keluar toilet, memang dok sibuk menjawab soalan je. Tapi bila lagi 20 mins nak habih, baru le dia sibuk minta clarify soalan. Saya kalut la cari lecturer dia... Dah habis masa baru ada sorang mamat ni datang bagitau kehendak soalan tu. So, dia dapat lah tambahan lagi 20 mins. Memang betul berpeluh saya hari tu jaga exam. Bayangkanlah berperap selama 4 jam 30 mins dalam bilik tu.. Fuhhh... Dan minggu depan sekali lagi kena jaga budak special needs..... sighs.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: My Brunel University, My story
Wednesday, 6 May 2009
Pekerjaan pertamaku di UK
Seronoknya bila baca tajuk tu... tapi memang seronok pun kerjanya. Dalam masa sebulan setengah ni, saya menjadi invigilator dan buat script checking for undergraduate and master student di Brunel ni. So, semalam lah hari pertamanya bekerja sebagai invigilator. Pukul 5 dah report duty dengan organizer exam untuk exam jam 5.30 pm. Saya pelik juga kenapa exam diaorang ni petang. Rupanya exam petang ni untuk mereka yang ada special need. Macam saya, kena jaga seorang student yang perlu buat strecthing in every 15 minutes. Dia diberi tambahan masa 25% dari actual duration time. Makanya, exam yang sepatutnya habis jam 7.30 pm (2 hrs) akan berakhir jam 8.00 pm la. Berdebar gak saya dengar sebab kena balik malam. Sian pulak kat cik abangku menjaga si cilik si cilik yang tersangat baik tu.
Tunggu punya tunggu, akhirnya student tu (rasanya nama dia Philip Praseeden) tak show up pun. Apa da.. kita punya la semangatnya nak menjaga dia, dia pulak tak datang. Si Lesley (organizer) minta la saya tunggu till 6.30 pm. So, saya lepak bodoh lah sambil makan epal dan minum kopi. Eh.. tak lepak bodoh tau, baca jurnal lagi.. hihihi.
Lebih kurang jam 6.35 pm, Lesley datang. Dia minta maaf sebab student tu tak datang. Saya tak kisah pun sebabnya saya still dibayar untuk membuat kerja menunggu sambil suka hati nak buat apa2 kerja. Yang paling best bila dapat daily time sheet. Lesley letak saya jaga exam dua jam. So, dapatlah saya rezeki untuk minggu ini sebanyak £26 (£13 per hr). Alhamdulillah syukur...
Posted by Ina & Beib 2 comments
Labels: My Brunel University, My story