Monday, 30 November 2009
Eid-Adh at 35 The Brambles
Abbas minta maaf..
Baba...opiya kan kan...
Sayang, maafkan segala kesalahan Ina...
Luv u Mak Teh
Luv u Mama...
Adik beradik di perantauan
Keluarga besarku di AidilAdha 2009
Posted by Ina & Beib 5 comments
Tuesday, 13 October 2009
Rendang Raya... Lemang Raya... Kuih Raya...
Tak sabar betul menunggu 26 September yang lalu. Memang hari-hari menghitung hari. Dah dekat-dekat tu, menghitung jam la pulak. Resah je rasa. Kenapa erk?
Sebabnya menunggu Kak Hajah Norbayah bawa kiriman raya dari Seremban... Ya Allah, seronoknya tak terkira. Saat-saat bahagia tu memang mendebarkan. Pukul 3 petang, cik abeku dah bertolak ke Stansted Airport. Flite kakak tiba jam 4.30pm. Lagi pun, memang cik abeku dah biasa ambil orang kat sana. Dia dah pandai budget masa tapi dengan harapan M25 tak jammed. Otherwise, si penumpang kena melangot menunggu. But so far, alhamdulillah... belum ada masalah lagi.
Yang saya kat rumah, berdebar-debar. Satu, debar gembira sebab 90% barangan kiriman selamat akak bawa. Sempat Mimi berFB dengan saya selepas dia hantar barang kiriman tu kat kakak. Satu lagi, berdebar takut tak lepas la pulak. Ish ish ish... memang tak senang duduk jadinya saya.
Lepas cik abeku jemput kakak, kami terus ke rumah Kak Fiza and Abang Zul. Kononnya menolong memotong sayur-sayur untuk masak londeh. Esoknya ada Majlis Hari Raya Malaysian Brunel. So, barang-barang tu kami tak sempat tengok pun lagi.
Habis je urusan kat rumah Kak Fiza, rasa tak sabar nak sampai rumah. Saya memang nak kejar kuih raya la apa lagi. Cik abeku nak tengok lemang Kak Lang. Yang anak-anaku, tak tau apa-apa... sampai rumah terus tidur.
Memang seronok sakan saya tengok kuih raya. Tiba-tiba penuh satu meja. Rasanya raya kat Malaysia pun tak banyak cenggini. Best sungguh. Tiba-tiba rasa disayangi, rasa dicintai, rasa tidak dilupai. Memang cayalah kat U all. Sayang kat semua. To Mimi, thanks for all your efforts. To Mak, rendang Mak memng syahdu dan class la. Yang muruku and empeyek sekejap je dah habis. Nanti Mak buat lagi erk...hehehe. To Kak Lang, lomang Kak Lang memang tiada tandingan. To Uda, kuih-kuih and kerepek-kerepek, memang best. Kad raya from anak-anak Uda also. You all memang best lah. Tak pernah lupa kita orang kan. To Juli, thanks for tart, almond london, samperit, kek lapis Sarawak yang memang kami tunggu. Perkara pertama kami buat bila dapat barang was makan kek lapis lah... Memang class. To Achik, walaupun Achik bagi biskut mazola satu tin susu besar dengan sebalang kuih, tetap tak cukup. Your mazola is the best. Soffiya siap makan dengan sudu je habuk kuih tu. To ibu mertuaku, cookies chef wan tu best la mak. Ina lupa nak ambik resipi tu. Next year ada lagi tak? hehehe...
Last but not least, thanks and hugs and kisses to all our family; Seremban 2, Taman Bukti, Paroi, Nilai, Rasah, Kampung Bemban, KL. You're the best....muahhmuahhmuahhh.
Posted by Ina & Beib 0 comments
Thursday, 1 October 2009
Setelah sekian lama...
Dah lebih sebulan saya tidak menulis apa-apa untuk blog sendiri. No good story to share or maybe no idea to write on. Lagi pun memang bulan puasa hari tu agak mencabar bagi saya. Dah lah terpaksa berpuasa sehingga 17 jam, pastu jauh pulak dari keluarga tercinta. Memang mencabar dan tercabar. Kami berusaha juga untuk memeriahkan anak-anak dengan memanggil kawan-kawan untuk berbuka bersama-sama di rumah kami. Dapat juga anak-anak saya bermain dengan kawan-kawan seMalaysia. Mungkin jiran sebelah naik pening dok dengar suara budak-budak dengan bunyi turun naik tangga masa derang bermain. Tapi, kalau jiran saya bising, alamatnya dia pun nak kenalah juga sebab anjing-anjing kesayangan dia dok memekak gak tak kira waktu.
Dalam bulan puasa tu, saya pun agak menghadkan pergerakan ke school. Lebih kurang dalam 2, 3 kali seminggu je saya ke school. Terasa betul badan lesu. Tapi alhamdulillah, masuk minggu kedua Ramadhan, jumlah jam berpuasa semakin berkurang dan lebih kurang seminggu sebelum raya, waktu berbuka dah seperti waktu berbuka di Malaysia.
Bila tiba malam raya, terasa begitu berdebar. Selalunya saya akan sibuk membantu mak mertua dan mak menyiapkan juadah untuk malam takbir. Secara rutinnya, dua hari sebelum raya, saya akan membuat rendang dengan mak mertua dalam lebih 10 kilo daging. Saya selalu akan buat sekali untuk keluarga Mak di Paroi dalam 3 - 5 kilo daging. Pada hari mantai (sehari sebelum raya), saya tinggalkan pembantu di rumah Mak mertua untuk bantu siapkan juadah takbir raya di Rasah. Yang saya pulak, akan bantu Mak di Paroi bersama adik-beradik lain, juga untuk juadah takbir. Syukur juga, kami di berkahwin dengan keluarga sendiri dan mertua yang dekat antara satu sama lain. Rumah sendiri pun memang area Seremban juga. So, memang takde masalah balik kampung apatah lagi jalan sesak. Kira selamat sikit la.
Bagi nak menghilangkan sedih, kami menjemput beberapa rakan rapat untuk bersama-sama bertakbir dan bertahlil. Sekurang-kurangnya anak-anak tidak kehilangan suasana takbir tu walaupun jauh dari Malaysia. Tapi memang sedihlah. Dapat pulak bersama rakan-rakan senasib...lagilah.
Pagi-pagi raya, bersemangat sungguh budak-budak bangun nak pakai baju raya walaupun mereka tahu yang baju-baju tu adalah baju raya tahun lepas. Sayu sungguh rasa. Faham benar mereka bila cakap kita bukan kat Malaysia. Bukannya tak boleh nak pos, tapi adik beradik sedara mara kat Malaysia nun dah banyak dah berkorban dan berbelanja untuk kami pasal bab-bab makan kami kat sini. Sebut je orang Malaysia nak mai London, memang ada je kiriman untuk kami. Tak perlu pos pun so far.
Yang kesiannya, Soffiya takde baju kurung. Baju tahun lepas, tailor tersilap buat kain. Tang baju je boleh pakai. Yang syukurnya, di pagi raya ada juga orang Malaysia yang mai London. Anak Dr Wan Manshol, Wan Syaza. Dia perlu daftar di Kent University on 19-20 Sept. Apa lagi, rezeki Soffiya lah berbaju kurung baru. Awal-awal lagi Mak Yang buatkan 2 pasang baju kurung untuk dia. Abbas pun dapat songkok baru dari Dr Wan setelah saya pesan. Lain-lain dapatlah kuih tart, coklat cookies, bahulu and cakar ayam from both my senior officers, Dr Wan and Dr Zul. Thanks to both of them.
Dah ambik Syaza, kami bergerak ke Malaysian High Comm di Knightsbridge untuk solat raya. Alhamdulillah sempat. Imam dah angkat takbir. Lagi satu alhamdulillah raya di hari Ahad. Kalu raya Isnin, solat di Brunel je lah nampaknya. Tak pasal lah kami nak bayar 8 pound for congestion charges. Dari sana kami terus ke rumah Abang Khir and Kak Lily. Mereka buat open house untuk adik-adik mereka ni. Abang Khir ni kira Tok Penghulu Malaysian di Brunel la. Then, kami ke rumah Loko and the gang. Rajin sungguh budak-budak bujang ni buat open house. Siap ada sate lagi. Selesai solat jamak qasar di rumah Loko, kami bergerak ke Kent untuk hantar Syaza. Ingat di hati nak gi rumah TYT, pun open house until 5pm. Tapi badan dah tak larat dah. Hantar Syaza and alhamdulillah arrived home around 7.30 pm. Penuh aktiviti kami di Hari Raya pertama. Walaupun penat tapi puas. Anak-anak pun tak merengek nak pergi beraya. Alhamdulillah...
Posted by Ina & Beib 3 comments
Sunday, 11 January 2009
Tidak hadir sekolah
Bila perkara ini berlaku, ada dua perkara yang terlintas di fikiran kami. Pertama, betapa menyibuknya Mat Saleh ini. Bukannya selalu Sumayyah tidak hadir ke sekolah. Inipun yang pertama kali. Kedua pula sebaliknya, bagus pula sekolah di sini. Mereka cepat mengesan murid yang tidak hadir dan dengan segera juga memaklumkan kepada ibu bapa. Saya ingatkan keadaan ini hanya berlaku di sekolah Sumayyah sahaja, maksudnya religious school. Tapi rupanya, di seluruh sekolah di UK begitulah konsepnya. Ibu bapa atau penjaga mesti dan wajib memaklumkan kepada sekolah jika anak tidak hadir ke sekolah. Pejabat sekolah mempunyai butir diri ibu bapa atau penjaga yang cukup terperinci terutama nombor telefon. Ini memudahkan pergerakan anak-anak dipantau terutama mereka yang gemar ponteng sekolah.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Hari Raya, My kids, My story, This is UK