Dah lebih sebulan saya tidak menulis apa-apa untuk blog sendiri. No good story to share or maybe no idea to write on. Lagi pun memang bulan puasa hari tu agak mencabar bagi saya. Dah lah terpaksa berpuasa sehingga 17 jam, pastu jauh pulak dari keluarga tercinta. Memang mencabar dan tercabar. Kami berusaha juga untuk memeriahkan anak-anak dengan memanggil kawan-kawan untuk berbuka bersama-sama di rumah kami. Dapat juga anak-anak saya bermain dengan kawan-kawan seMalaysia. Mungkin jiran sebelah naik pening dok dengar suara budak-budak dengan bunyi turun naik tangga masa derang bermain. Tapi, kalau jiran saya bising, alamatnya dia pun nak kenalah juga sebab anjing-anjing kesayangan dia dok memekak gak tak kira waktu.
Dalam bulan puasa tu, saya pun agak menghadkan pergerakan ke school. Lebih kurang dalam 2, 3 kali seminggu je saya ke school. Terasa betul badan lesu. Tapi alhamdulillah, masuk minggu kedua Ramadhan, jumlah jam berpuasa semakin berkurang dan lebih kurang seminggu sebelum raya, waktu berbuka dah seperti waktu berbuka di Malaysia.
Bila tiba malam raya, terasa begitu berdebar. Selalunya saya akan sibuk membantu mak mertua dan mak menyiapkan juadah untuk malam takbir. Secara rutinnya, dua hari sebelum raya, saya akan membuat rendang dengan mak mertua dalam lebih 10 kilo daging. Saya selalu akan buat sekali untuk keluarga Mak di Paroi dalam 3 - 5 kilo daging. Pada hari mantai (sehari sebelum raya), saya tinggalkan pembantu di rumah Mak mertua untuk bantu siapkan juadah takbir raya di Rasah. Yang saya pulak, akan bantu Mak di Paroi bersama adik-beradik lain, juga untuk juadah takbir. Syukur juga, kami di berkahwin dengan keluarga sendiri dan mertua yang dekat antara satu sama lain. Rumah sendiri pun memang area Seremban juga. So, memang takde masalah balik kampung apatah lagi jalan sesak. Kira selamat sikit la.
Bagi nak menghilangkan sedih, kami menjemput beberapa rakan rapat untuk bersama-sama bertakbir dan bertahlil. Sekurang-kurangnya anak-anak tidak kehilangan suasana takbir tu walaupun jauh dari Malaysia. Tapi memang sedihlah. Dapat pulak bersama rakan-rakan senasib...lagilah.
Pagi-pagi raya, bersemangat sungguh budak-budak bangun nak pakai baju raya walaupun mereka tahu yang baju-baju tu adalah baju raya tahun lepas. Sayu sungguh rasa. Faham benar mereka bila cakap kita bukan kat Malaysia. Bukannya tak boleh nak pos, tapi adik beradik sedara mara kat Malaysia nun dah banyak dah berkorban dan berbelanja untuk kami pasal bab-bab makan kami kat sini. Sebut je orang Malaysia nak mai London, memang ada je kiriman untuk kami. Tak perlu pos pun so far.
Yang kesiannya, Soffiya takde baju kurung. Baju tahun lepas, tailor tersilap buat kain. Tang baju je boleh pakai. Yang syukurnya, di pagi raya ada juga orang Malaysia yang mai London. Anak Dr Wan Manshol, Wan Syaza. Dia perlu daftar di Kent University on 19-20 Sept. Apa lagi, rezeki Soffiya lah berbaju kurung baru. Awal-awal lagi Mak Yang buatkan 2 pasang baju kurung untuk dia. Abbas pun dapat songkok baru dari Dr Wan setelah saya pesan. Lain-lain dapatlah kuih tart, coklat cookies, bahulu and cakar ayam from both my senior officers, Dr Wan and Dr Zul. Thanks to both of them.
Dah ambik Syaza, kami bergerak ke Malaysian High Comm di Knightsbridge untuk solat raya. Alhamdulillah sempat. Imam dah angkat takbir. Lagi satu alhamdulillah raya di hari Ahad. Kalu raya Isnin, solat di Brunel je lah nampaknya. Tak pasal lah kami nak bayar 8 pound for congestion charges. Dari sana kami terus ke rumah Abang Khir and Kak Lily. Mereka buat open house untuk adik-adik mereka ni. Abang Khir ni kira Tok Penghulu Malaysian di Brunel la. Then, kami ke rumah Loko and the gang. Rajin sungguh budak-budak bujang ni buat open house. Siap ada sate lagi. Selesai solat jamak qasar di rumah Loko, kami bergerak ke Kent untuk hantar Syaza. Ingat di hati nak gi rumah TYT, pun open house until 5pm. Tapi badan dah tak larat dah. Hantar Syaza and alhamdulillah arrived home around 7.30 pm. Penuh aktiviti kami di Hari Raya pertama. Walaupun penat tapi puas. Anak-anak pun tak merengek nak pergi beraya. Alhamdulillah...
SALAM RAMADHAN 1440H
5 years ago
3 comments:
Syahdunya rasa hati beraya diperantauan.
biasa ar 2,hujan emas di negara orang baik lagi hujan batu di negara sendiri!tp best apa melakar kenangan indah di sana,nnti dh blik msia sure terkenang2 teringat2 terbayang2!kan..kan..
suka2 ayat tu...
'melakar kenangan indah'
Post a Comment