BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 13 October 2009

Rendang Raya... Lemang Raya... Kuih Raya...

Tak sabar betul menunggu 26 September yang lalu. Memang hari-hari menghitung hari. Dah dekat-dekat tu, menghitung jam la pulak. Resah je rasa. Kenapa erk?

Sebabnya menunggu Kak Hajah Norbayah bawa kiriman raya dari Seremban... Ya Allah, seronoknya tak terkira. Saat-saat bahagia tu memang mendebarkan. Pukul 3 petang, cik abeku dah bertolak ke Stansted Airport. Flite kakak tiba jam 4.30pm. Lagi pun, memang cik abeku dah biasa ambil orang kat sana. Dia dah pandai budget masa tapi dengan harapan M25 tak jammed. Otherwise, si penumpang kena melangot menunggu. But so far, alhamdulillah... belum ada masalah lagi.

Yang saya kat rumah, berdebar-debar. Satu, debar gembira sebab 90% barangan kiriman selamat akak bawa. Sempat Mimi berFB dengan saya selepas dia hantar barang kiriman tu kat kakak. Satu lagi, berdebar takut tak lepas la pulak. Ish ish ish... memang tak senang duduk jadinya saya.

Lepas cik abeku jemput kakak, kami terus ke rumah Kak Fiza and Abang Zul. Kononnya menolong memotong sayur-sayur untuk masak londeh. Esoknya ada Majlis Hari Raya Malaysian Brunel. So, barang-barang tu kami tak sempat tengok pun lagi.

Habis je urusan kat rumah Kak Fiza, rasa tak sabar nak sampai rumah. Saya memang nak kejar kuih raya la apa lagi. Cik abeku nak tengok lemang Kak Lang. Yang anak-anaku, tak tau apa-apa... sampai rumah terus tidur.

Memang seronok sakan saya tengok kuih raya. Tiba-tiba penuh satu meja. Rasanya raya kat Malaysia pun tak banyak cenggini. Best sungguh. Tiba-tiba rasa disayangi, rasa dicintai, rasa tidak dilupai. Memang cayalah kat U all. Sayang kat semua. To Mimi, thanks for all your efforts. To Mak, rendang Mak memng syahdu dan class la. Yang muruku and empeyek sekejap je dah habis. Nanti Mak buat lagi erk...hehehe. To Kak Lang, lomang Kak Lang memang tiada tandingan. To Uda, kuih-kuih and kerepek-kerepek, memang best. Kad raya from anak-anak Uda also. You all memang best lah. Tak pernah lupa kita orang kan. To Juli, thanks for tart, almond london, samperit, kek lapis Sarawak yang memang kami tunggu. Perkara pertama kami buat bila dapat barang was makan kek lapis lah... Memang class. To Achik, walaupun Achik bagi biskut mazola satu tin susu besar dengan sebalang kuih, tetap tak cukup. Your mazola is the best. Soffiya siap makan dengan sudu je habuk kuih tu. To ibu mertuaku, cookies chef wan tu best la mak. Ina lupa nak ambik resipi tu. Next year ada lagi tak? hehehe...

Last but not least, thanks and hugs and kisses to all our family; Seremban 2, Taman Bukti, Paroi, Nilai, Rasah, Kampung Bemban, KL. You're the best....muahhmuahhmuahhh.

0 comments: