Hai... nampak beno dah tak tau nak tulis apa. Tulis resipi la gamaknya. Tapi sebenarnya resipi ni requested by Kak Raineh. Dah berbulan saya janji dengan dia. Barulah ada kesempatan nak menulis. Resipi Briyani ni saya dapat dari Kak Shaz Luton. Dia hidang set of Briyani ni masa kami visit mereka. Tu yang terus berkenan. Pastu senang pulak tu kan..
Nasi Briyani
1. Tumis bunga lawang (5 kuntum), kayu manis (sebatang 2 inci), bawang besar (1 labu), bawang putih (1 ulas) and halia (1 inci). Guna minyak ghee. Kalau tak suka berminyak sangat, boleh guna butter or olive oil. Ini untuk satu periuk kecil 1.8L, dalam anggaran 7 pot nasi yang kecil. Saya selalunya tumis je dalam rice cooker tu. Senang. Tak payah nak banyak kali kerja.
2. Basuh beras 7 pot and jangan buang air dulu. Letak tepi dulu sementara tunggu bahan tumis naik bau.
3. Kemudian masukkan 11/2 sudu besar briyani paste kat rice cooker tu. Yang best kalau dapat brand Patak.
4. Kacau-kacau sikit, masukkan 1 tin susu evaporated (susu cair) pula.
5. Kemudian letak air berdasarkan sukatan beras. Maknanya kalau 7 pot beras, makanya 7 pot air.
6. Toskan beras tadi and masukkan kedalam rice cooker bersama garam.
7. Kalau suka, bila dekat-dekat nak masak, tabur kismis and gajus.
Ayam Briyani
1. Kita guna dalam sekilo ayam. Dah bersih ayam, masukkan dalam periuk.
2. Campur 3 sudu besar madu, setengah botol briyani paste, 3 sudu besar tomato puree, 1 sudu besar tomato sos, fresh milk (susu cair pun ok), 2 sudu besar minyak ghee ke dalam periuk yang ada ayam tu and gaul. Saya suka letak susu banyak tapi taklah sampai ayam tenggelam.
3. Perahkan limau nipis dalam setengah biji and letak atas api sederhana kecil. Periuk ditutup.
4. Sambil tu sangai kacang gajus (setengah gajus ni digunakan untuk nasi juga).
5. Tumis 1 labu bawang besar (potong tebal) dan raisin dengan menggunakan minyak ghee.
6. Kacau ayam tadi. Jika ayam dah masak, tabur gajus and bahan 5.
7. Akhir sekali tambah daun pudina. Kekadang guna daun coriander. Mana2 yang ada kt dapur la.
Pajri Nenas
1. Tumis bunga lawang (5 kuntum), kayu manis (1 inci), 1 sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil jintan putih, 1 labu bawang besar yag dihiris dan sebiji cii merah yang dibelah-belah. Guna minyak ghee.
2. Campur segenggam udang kering (rendam dulu and tumbuk).
3. Kemudian tambah satu sudu besar serbuk kari (buat paste - tambah air).
4. Dah naik minyak, tambah air and gula. Biar rasa manis. Air pulak terserah nak banyak or not. Cik Abeku suka kalau air banyak sebab suka hirup kuahnya.
5. Dah mendidih, letak nenas. Ini untuk nenas dalam 10 potong.
Ok. Selamat Mencuba.
Wednesday, 11 November 2009
Resipi set of Briyani
Posted by Ina & Beib 0 comments
Labels: Resipi
Tuesday, 21 July 2009
Resipi Masak Pindang Ikan Seabass Ibuku
Wah... seronok betul Mak ada sini. Pasal makan minum semua settle. Kat sini saya saja jer nak simpan resipi masak pindang ni. Masakan paling senang kat dunia tapi masakan yang saya tak pernah buat kat Malaysia. Ada Mak ni, dapat lah saya mencungkil apa yang patut.
1. Ambil periuk and letak air setakat mana ikan boleh tenggelam.
2. Masukkan asam keping, lengkuas, serai, kunyit hidup atau serbuk kunyit, bawang besar yang dah dihiris kat dalam periuk tu. Nak pedas letak cili padi yang dibelah dua dalam sebiji dua.
3. Pastu didihkan.
4. Dah didih, letak ikan. Sini yang sedap si ikan seabass. Rasa macam ikan senangin. Tak tau lah kan nama Melayu si mamat seabass ni.
5. Tunggu le sampai ikan tu masak. Pastu masuk bendi. Garam jangan lupa.
6. Dah tu, makan la beb... buat apa tunggu lagi.
Mak ada bagitau beza masak singgang dengan masak pindang. Tapi lupa la. Nanti lah...Mak pun dah tidur. Sian kat Mak. Ha..ada cadangan hidangan (cam iklan la plak). Makan dengan sambal ikan bilis, ikan masin and kicap manis kipas udang. Terangkat tu...
Posted by Ina & Beib 0 comments
Thursday, 28 May 2009
Meehoon Ladna: Kids love it
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Resipi
Thursday, 2 April 2009
Puding Roti Bakar sesuka hati saya
Akhirnya saya berjaya menyediakan satu resipi yang boleh diingati. Puding roti bakar ni memang saya selalu buat di sini tapi masalahnya tidak pernah sama rasa. Ini kira kes buat kuih tu guna konsep campak buang. Nak tergelak pun ada sebenarnya. Bukan apa, macam orang pro la konon. Bila orang tanya, saya akan kata senang je, campak buang je. Tapi memang senang pun. Ini dianggap paling basic. Kalau nak tambah flavour, nak top up benda-benda lain mesti best punya.
Mula-mula ambil blender. Pecahkan 4 biji telur kat dalam blender. Masukkan 5 sudu makan gula. Seeloknya letak 4 sudu dulu. Dah blend dalam sesaat dua, then rasa. Tak cukup manis, baru tambah lagi. Masukkan pula double cream (medium size). Kalau di Malaysia, guna je setin susu cair. Dah masuk double cream, tambahkan air kat dalam bekas double cream dalam takat hampir penuh. Kira takde membazir la ceritanya. Dah tu sesudu kecil vanilla kalau suka. Kemudian, blend dalam lima enam saat. Tak perlu lama sebab kita bukan nak buat kek cuma cukup nak bagi sebati.
Bekas adunan untuk dibakar tu, kita atur roti. Saya selalu gunakan depan dan belakang roti buku Hovis tu. Kerat empat atau enam. Dalam dua keping dah cukup. Jangan guna bahagian tengah sebab nipis, tak best. Sebaiknya roti keras macam roti Perancis tu. Kemudian saya tuangkan semua adunan dari blender tu dan tabur kismis. Saya kira masa persediaan sehingga tahap ni tak sampai pun sepuluh minit, lebih kurang enam minit je.
Kemudian bakar puding tu dalam sejam setengah berdasarkan kekuatan api oven. Yang penting kita nampak bahagian atas dan kelilingnya akan jadi coklat keemasan. Lagi satu, kasi goyang-goyang sikit bekas tu. Kalau adunan tu still bergoyang, makanya belum la masak lagi.
Kadang kadang saya suka juga tambah apa patut macam pisang dan chocolate chips. Ada sekali tu saya letak kek marble bentuk jejari. Kiranya letak je apa yang patut, mesti ok punya. Kalau dah buat, kasi la komen. Boleh buat penambahbaikan. Selamat mencuba terutama kat Nadia. Nak tumpang masak kat rumah pun ok je. Hihihi...
Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: Resipi
Monday, 23 March 2009
Resipi Sekaya Bakar Mak Faridah
Buat masa ni, saya malas nak fikir pasal agen rumah lagi. Kita nak kasi resipi pulak. Sebenarnya resipi ni kakak Linda dari Kuching yang minta. Makanya bolehlah kita kongsi ramai-ramai resipi dari Ibu Mertuaku ni.
Bahan
8 oz tepung gandum
10 biji telur (kalau kecil, guna 11 biji. Tapi Mak kata lagi bagus guna telur kecil)
1 kilo gula
1 mangkuk santan (mangkuk besar)
1 tin kecil minyak ghee
1 sudu kecil vanilla
pewarna (kalau suka)
Cara Mengadun
1. Gaul tepung gandum dengan minyak ghee. Bukan guna semua minyak ghee tu, setakat nak basahkan tepung tu. Then letak tepi.
2. Bekas lain pula, gaulkan telur dengan gula. Gaul dengan tangan untuk hancurkan telur tu. Telur kan berketul-ketul sikit.
3. Bila dah ok menggaul tu, campurkan dengan item 1 pulak. Kat sini kena gentel lama sikit sebab dah campur dengan tepung. That's why kena gaul dengan minyak ghee sikit tadi tu kalau tidak lagi lah payah nak menggaul.
4. Kemudian campur santan, gaul lagi.
5. Letak pula minyak dan vanilla. Habiskan semua minyak ghee tu dan gaul lagi. Bila sampai peringkat ni, adunan tu cair tak cair. Kalau tak pasti, ambik senduk dan angkat adunan tu. Adunan tu akan turun dengan lambat ikut belakang senduk tu.
6. Kalau nak hijau sikit, letak la pewarna.
Cara Membakar
1. Ibu Mertuaku ni guna dua equipment; dapur masak and oven.
2. Selalunya kami guna dua tempat pembakar (bentuk bunga tu la). Letak pembakar atas dapu dan sapu sekeliling pembakar dengan minyak ghee campur minyak kelapa. Campur siap-siap dalam satu bekas.
3. Kemudian tuang dalam dua senduk dalam pembakar.
4. Selepas lebih kurang 2 minit, masukkan pembakar dalam oven (200 degF) sehingga masak.
Tak silap saya, untuk satu adunan ni kami boleh buat dalam 10 - 15 keping. Ini berdasarkan ketebalan kuih tersebut. Kalau saya, saya suka buat nipis-nipis. Jadi garing, memang best.
Bila buat kat sini, kami guna mangkuk Pyrex je masak. Tapi makan masa berjam juga nak masak. Yang bestnya, rasa sama cuma tidak berapa kaw sebab tak guna pembakar tembaga tu. Lagi satu, kami blander je semua bahan tu. Sebabnya kami dah penat menggaul. Cuaca kan sejuk, so susahlah nak hancur semua bahan tu.
Ok Kak Linda, selamat mencuba.
Posted by Ina & Beib 2 comments
Labels: Resipi