BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 23 March 2009

Resipi Sekaya Bakar Mak Faridah

Buat masa ni, saya malas nak fikir pasal agen rumah lagi. Kita nak kasi resipi pulak. Sebenarnya resipi ni kakak Linda dari Kuching yang minta. Makanya bolehlah kita kongsi ramai-ramai resipi dari Ibu Mertuaku ni.

Bahan
8 oz tepung gandum
10 biji telur (kalau kecil, guna 11 biji. Tapi Mak kata lagi bagus guna telur kecil)
1 kilo gula
1 mangkuk santan (mangkuk besar)
1 tin kecil minyak ghee
1 sudu kecil vanilla
pewarna (kalau suka)

Cara Mengadun
1. Gaul tepung gandum dengan minyak ghee. Bukan guna semua minyak ghee tu, setakat nak basahkan tepung tu. Then letak tepi.
2. Bekas lain pula, gaulkan telur dengan gula. Gaul dengan tangan untuk hancurkan telur tu. Telur kan berketul-ketul sikit.
3. Bila dah ok menggaul tu, campurkan dengan item 1 pulak. Kat sini kena gentel lama sikit sebab dah campur dengan tepung. That's why kena gaul dengan minyak ghee sikit tadi tu kalau tidak lagi lah payah nak menggaul.
4. Kemudian campur santan, gaul lagi.
5. Letak pula minyak dan vanilla. Habiskan semua minyak ghee tu dan gaul lagi. Bila sampai peringkat ni, adunan tu cair tak cair. Kalau tak pasti, ambik senduk dan angkat adunan tu. Adunan tu akan turun dengan lambat ikut belakang senduk tu.
6. Kalau nak hijau sikit, letak la pewarna.

Cara Membakar
1. Ibu Mertuaku ni guna dua equipment; dapur masak and oven.
2. Selalunya kami guna dua tempat pembakar (bentuk bunga tu la). Letak pembakar atas dapu dan sapu sekeliling pembakar dengan minyak ghee campur minyak kelapa. Campur siap-siap dalam satu bekas.
3. Kemudian tuang dalam dua senduk dalam pembakar.
4. Selepas lebih kurang 2 minit, masukkan pembakar dalam oven (200 degF) sehingga masak.

Tak silap saya, untuk satu adunan ni kami boleh buat dalam 10 - 15 keping. Ini berdasarkan ketebalan kuih tersebut. Kalau saya, saya suka buat nipis-nipis. Jadi garing, memang best.

Bila buat kat sini, kami guna mangkuk Pyrex je masak. Tapi makan masa berjam juga nak masak. Yang bestnya, rasa sama cuma tidak berapa kaw sebab tak guna pembakar tembaga tu. Lagi satu, kami blander je semua bahan tu. Sebabnya kami dah penat menggaul. Cuaca kan sejuk, so susahlah nak hancur semua bahan tu.

Ok Kak Linda, selamat mencuba.

2 comments:

ZahraSofia said...

Salam Ina, Thank you so much atas resipi tu, thank you for sharing. Actually masa bang zainal cerita kat akak yang ina jamukan kuih bakar tu..kecur air liur..ha.ha.maklumlah pregnant katakan. Anyway, the moment I heard tu ,I terus cari dalam internet and ada jumpa resipi and the next day cuba buat..ha.ha bersemangat sungguh. It took me 6 hours to bake...(sebab tak kering-kering kuih tu), I nak bawah and atasnya crispy but it didnt turn out the way I wanted. Frustrated because of the time and electricity consumed..ha.ha.
Insha Allah I will try this.
P.S Terima Kasih banyak 2 to u and Khubaib and your kids kerana bawak menghiburkan hati bang Zainal yang kesunyian tu.He is a family person and tak pernah berjauhan dengan kita.For me, I have my kids here to fill up my time dengan kerenah dia orang but as for him he is alone missing the kids each second.Thanks again and semoga dipermudahkan semuanya di sana.

Ina & Beib said...

Ala kak, abang Zainal pun selalu bantu kami. Selalu menghulur sampai kami pun naik risau. Budak2 pulak lagi suka kalau uncle Zainal diaorg sampai. But the best part was when they really do tidy up everything if they heard uncle Zainal will come. Selamat la kami...
Kakak pun jangan risau. He's doing well here. Ceh.. macam hantar report pula.. hahaha.
OK Kak, take care. Send regards to all the kiddos.