Tergelak sakan bila baca blog suami. Memang dia hot tahap gaban. Tak dapat nak dibayangkan. Sepanjang hari ini dia memang tak boleh buat apa-apa. Meluap-luap betul marahnya. Alhamdulillah lah saya ni jenis yang relax. Relax tak relax pun, saya tak ke school hari ni. Dah tu saya kena la unpack balik barang-barang tu. Cik Abang ku sayang tu puas lah saya pujuk dia supaya tak memikir sangat pasal agent hampeh tu. Saya risau sebenarnya takut takut dia migraine pulak. Bila menjelang petang, barulah nampak surut sikit marah tu. Tak tau lah pulak camne dia cool.
Dalam pada masa menunggu solat Maghrib, tiba-tiba call dari Roomana masuk. Sebenarnya saya yang call dia jam 3 petang just nak tanya samada 250 pound yang saya bayar untuk bringing out the property from the market (ada ke item ni? saja create kot) tu akan dipulangkan atau tidak kalau saya tak jadi pindah. Tapi dia takde, keluar.
Perkara pertama yang dia tanya, adakah saya terima tawaran dia untuk terus memindahkan duit deposit dari rumah sekarang ke rumah baru seperti yang dia sms 11.45 malam tadi. Namun saya tetap tidak berganjak dengan keputusan untuk tidak keluar dari rumah ni. Kira macam keras hati lah. Bukan apa, saya ni ada masalah cepat kesian. Pantang lah si laki bini tu memujuk rayu sikit, mesti saya akan berlembut. So, kali ini saya takkan berundur. Tetap degil tidak mahu berpindah. Tapi tidaklah sampai tahap bertekak. Yelah, bak kata mak, kalau tarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak, rambut jangan putus.
Saya dah berjanji dengan suami untuk bertegas. Kami dah pening kepala melayan macam-macam alasan sampai punyalah susah nak tidur malam tadi. Lepas subuh saya baru boleh tidur (elok gak tu kan sebab solat di awal waktu).
Kemudian, Shiraz pulak yang cakap dengan saya. Berkali-kali dia minta maaf. Katanya ini semua salah dia sebab tidak beritahu Roomana awal-awal apa yang dia dah janjikan pada kami. Sambil tergelak, saya bagitau yang kami tak nak fikir perkara ni dalam dua tiga hari ni. Kawan saya dari Malaysia nak sampai esok. Kalau dia bernasib baik mungkin kami akan bertukar fikiran minggu depan. Buat masa ni, inilah keputusan kami, akan terus tinggal di rumah sekarang sehingga akhir April. Akhirnya si Shiraz mengalah dan sentiasa mengharapkan jawapan positif dari kami.
Dengan senyum sampai telinga, saya rasa saya dah menang. Tak kira lah saya akan ambil rumah tu atau tidak. Sebabnya saya berjaya bertahan sampai ke akhirnya. Tak mengalah malahan jual mahal lagi. Satu pencapaian yang memang membanggakan. Dah tu rezeki kami dapat 3 tawaran yang memang dasyat dari mereka. Fuh...
SALAM RAMADHAN 1440H
5 years ago
1 comments:
woowww good... maz pon ingin gak ada strength to say NO camtuh, but salu je mengalah in the end...
Post a Comment