BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Summer. Show all posts
Showing posts with label Summer. Show all posts

Thursday, 11 June 2009

Mengisi masa lapang

Bila summer ni, baru la anak-anak saya puas hati main kat garden belakang. Tapi tu la... nama je summer, selalunya berangin. Nak main kat luar pun rumah kena pakai coat or jumper. Saya pun seronok juga. Bukan apa, selalu berangan dari dulu sampai sekarang untuk mempunyai rumah yang ada tanam bunga ros. Masa kecik-kecik selalu layan abah tanam orkid. Memang siap ada satu pondok yang dibina khas untuk orkid. Menjadi sungguh. Mak pulak masa balik dari US tujuh lapan tahun lepas, sempat aje Mak bawa balik batang bunga ros. Bila tanam pun menjadi. Saya pun suka lah kononnya nak ada bunga ros kat laman rumah. Bila dah ada rumah sendiri...ehmmm...harap. Pokok pisang ngan daun pandan je ada. Sebabnya malas nak jaga. Yang tang pokok bunga kertas tu pun sebab ibu mertuaku yang bagi... Nak harap pokok bunga lain, lagilah takde harapan.

Syukurnya kat sini saya dapat rumah yang ada banyak pokok bunga ros. Kiranya angan-anganku menjadi and taklah musnah. Dapatlah saya letak atas meja, atas almari, dalam bilik. Kalau tak dipotong nanti, pokok tu susah nak membesar and bunga yang bakal terhasil pun tak cantik.


Seronok budak-budak ni main kat luar. Habis semua barang dapur derang bawa keluar. Suka hatilah korang...
 Masa ni kami berpicnic di luar rumah. Makan keropok, kuih, cookies, pisang, minum coffee


 Si Sumayyah and Abbas macam biasa dok menghabiskan kertas A4 Mama dia.








 Tengoklah cik abangku, rajin woo...

 Sebelum menjadi hiasan meja...
 Wah.. bangun je tido terus ngadap bunga... Semangat member. Anak-anak buah jangan marah ha tengok seluar I Love sleep tu. Sampai London seluar tu pergi...
Sebelum menjadi hiasan meja...


Inilah dia hasil tangan cik abangku. Dia yang rajin melayan bunga-bunga ni. Saya pandai minta tolong je... hehehe.. (Bukan suruh tau...minta tolong.....)

Tuesday, 9 June 2009

Oh... Sabar je la...

Dah berapa hari ni, kerja kami berlawan dengan kawan-kawan baik ni. Sebenarnya masa dua minggu pertama stay di rumah baru ni, saya perasan bunyi mencicit di atas siling kat master bedroom. Pastu saya perasan juga ada stain kat siling tu. Tiba-tiba teringat peristiwa ngeri masa menyewa di Rasah dulu. Masa tu, ada Sumayyah je. Memang perasan ada bunyi kawan baik kat siling. Mak suruh panggil kawan baik sebab member tu kan susah nak dihalau. So, kena la panggil kawan baik supaya mereka tu tak buat kacau yang keterlaluan. Tengok je lah cerita Tom & Jerry tu...

Balik semula cerita tadi. Satu hari bila balik dari somewhere, kami terbau bau busuk. cari satu rumah tapi tak jumpa. So kita anggap, bau tu datang dari belakang rumah sebab atap rumah tu ada sekawan merpati yang stay. Tapi dalam beberapa hari, bau tu makin kuat. Cari dok cari, tak juga jumpa punca bau tu. At last, bila balik kerja satu hari tu, saya pun menjerit besar bila nampak cacing sampah dok mengerumut kat bilik sebelah (bukan bilik tidur kami). Bersepah-sepah. Tang bau takyah cakap la kan. Rupa-rupanya, si kawan baik tu mati and terjatuh dari atas siling. Memang ada lubang kecik kat siling tu. Badan dia penuh ngan ulat siap dah nak takde isi dah. Hancur. Ya Allah, gelinya takyah cakap la... Na'uzubillah. Masa typing ni pun, bulu roma dok berdiri-diri. Geli geleman.

Bila ngingat balik tu memang ngeri. Tu yang tak nak jadi cenggitu lagi. Last week, si kawan baik tu dah mula mengekas sampah. Tong sampah tu saya letak kat bawah sinki. Wah, bukan main seronok lagi la depa. Sekali dua ok lagi, tapi bila dah start buat sepah, maknanya depa dah pandai tarik sampah tu keluar dari bin. Bersepah-sepah pulak jadinya. So, cik abangku bertungkus lumus dok menampal lubang bawah sinki tu. Esoknya bila bangun, selamba je kain yang disumbat tu dah jatuh and sampah bersepah juga. Kali ni, cik abangku tampal guna kayu and marmar. Sampah pulak saya siap-siap letak kat tong sampah besar sebelum keluar rumah Ahad petang tu. Balik rumah, cik abangku memang dah plan nak buat Mee Bandung. Bila saya ambik tepung nak bancuh untuk kasi likat, geram sangat saya tengok tepung bertebuk. Saya terus belek satu-satu barang. Habis semua bertebuk; tepung pulut (paling saya geram sebab mahal - satu bungkus kecil kurang dari half kilo £1.69), tepung beras, tepung naik sendiri, spaghetti, cili kering (mesti tersilap tebuk sebab lubang tak la besar sangat). Yang 2 tin santan tak nak pulak depa cuba. Ishh...

Pastu kerja berganda lah malam tu. Semua bekas plastik and sudu yang ada dalam satu almari tu saya kena basuh. Memang hangin....

Friday, 27 February 2009

Rumahku Syurgaku...

Wah, sekarang ni pukul 4 pagi burung-burung dah mula berkicauan. Mula tu ingatkan kami lambat bangun. Tengok jam baru empat pagi. Rupa-rupanya itulah antara petanda spring nak masuk. Inipun otai yang bagitau. Harapkan kami, inilah pertama kali merasa empat musim. Sebelum ni, setakat duduk negara orang dua tiga minggu adalah. Memang takde experience langsung. Dapat main snow tu pun, kira dah bersyukur sangat.

Tapi si Sumayyah pulak sibuk tanya bila nak summer. Tu yang tengah sibuk cari rumah baru tu. At least ada garden, small pun takpe. Bukan nak menanam (tangan saya ni keras sikit.. tanam daun pandan boleh lah), tapi dapat anak-anak saya bermain waktu summer nanti pun dah alhamdulillah. Duduk flat pun ok tapi mesti ada private garden. Bukan apa, orang sini biasalah gayat sikit. Kawasan kat luar flat tu bukan main cantik lagi. Semuanya untuk dipandang je. Budak-budak bukannya boleh main. Nanti tak pasal-pasal, polis dari community support datang nak saman kita sebab buat bising. Setakat saman, ok lah. Kalau diangkut ke balai polis lagi lah payah.

Cerita pasal cari rumah sewa ni pun kekadang mendebarkan. Macam kami hari tu, dah jumpa dua rumah yang memang berkenan. Satu dekat dengan Hillingdon Hospital dan satu lagi dekat dengan universiti. Dua-dua ada taman dan yang bestnya, rumah yang dekat universiti tu rumah setingkat. Ish, memanglah susah nak dapat rumah setingkat ni. Alih-alih, dua-dua dah kena ambil. Bukan apa, takkan lah kami nak ambil rumah tu sedangkan current home ni tamat contract (6 bulan) akhir bulan empat nanti. Tidaklah kami mempunyai lebihan duit untuk membayar dua rumah sewa dalam sebulan. Makanya, kenalah kami cari dan mencari lagi.

Agen yang sekarang ni pun, sibuk juga carikan rumah untuk kami. Itu kata dia, taktau lah yang sebenarnya. Biasalah bangsa mereka tu walaupun agamanya Islam. Tapi, kira kami pun dah pandai juga demand. Dah ada list of criterias yang perlu agen fulfill. Inipun belajar dengan otai jugak yang berlagak tu penting sebab pada mereka customer is always win.

Walaubagaimanapun, memanglah kami berharap dapat rumah yang elok sebelum summer. Tak lama lagi siang akan lama. Kesian juga pada anak-anak. Kalau ada garden, dapat juga mereka main kat luar. Sekarang ni pun matahari pun dah mula terbit cepat. Pagi tadi, saya pun terkejut sebab matahari dah mencanak naik padahal baru pukul 7.30 pagi... Yelah, kami ni kan baru merasa, gayat lah sikit jadinya.