BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 9 June 2009

Oh... Sabar je la...

Dah berapa hari ni, kerja kami berlawan dengan kawan-kawan baik ni. Sebenarnya masa dua minggu pertama stay di rumah baru ni, saya perasan bunyi mencicit di atas siling kat master bedroom. Pastu saya perasan juga ada stain kat siling tu. Tiba-tiba teringat peristiwa ngeri masa menyewa di Rasah dulu. Masa tu, ada Sumayyah je. Memang perasan ada bunyi kawan baik kat siling. Mak suruh panggil kawan baik sebab member tu kan susah nak dihalau. So, kena la panggil kawan baik supaya mereka tu tak buat kacau yang keterlaluan. Tengok je lah cerita Tom & Jerry tu...

Balik semula cerita tadi. Satu hari bila balik dari somewhere, kami terbau bau busuk. cari satu rumah tapi tak jumpa. So kita anggap, bau tu datang dari belakang rumah sebab atap rumah tu ada sekawan merpati yang stay. Tapi dalam beberapa hari, bau tu makin kuat. Cari dok cari, tak juga jumpa punca bau tu. At last, bila balik kerja satu hari tu, saya pun menjerit besar bila nampak cacing sampah dok mengerumut kat bilik sebelah (bukan bilik tidur kami). Bersepah-sepah. Tang bau takyah cakap la kan. Rupa-rupanya, si kawan baik tu mati and terjatuh dari atas siling. Memang ada lubang kecik kat siling tu. Badan dia penuh ngan ulat siap dah nak takde isi dah. Hancur. Ya Allah, gelinya takyah cakap la... Na'uzubillah. Masa typing ni pun, bulu roma dok berdiri-diri. Geli geleman.

Bila ngingat balik tu memang ngeri. Tu yang tak nak jadi cenggitu lagi. Last week, si kawan baik tu dah mula mengekas sampah. Tong sampah tu saya letak kat bawah sinki. Wah, bukan main seronok lagi la depa. Sekali dua ok lagi, tapi bila dah start buat sepah, maknanya depa dah pandai tarik sampah tu keluar dari bin. Bersepah-sepah pulak jadinya. So, cik abangku bertungkus lumus dok menampal lubang bawah sinki tu. Esoknya bila bangun, selamba je kain yang disumbat tu dah jatuh and sampah bersepah juga. Kali ni, cik abangku tampal guna kayu and marmar. Sampah pulak saya siap-siap letak kat tong sampah besar sebelum keluar rumah Ahad petang tu. Balik rumah, cik abangku memang dah plan nak buat Mee Bandung. Bila saya ambik tepung nak bancuh untuk kasi likat, geram sangat saya tengok tepung bertebuk. Saya terus belek satu-satu barang. Habis semua bertebuk; tepung pulut (paling saya geram sebab mahal - satu bungkus kecil kurang dari half kilo £1.69), tepung beras, tepung naik sendiri, spaghetti, cili kering (mesti tersilap tebuk sebab lubang tak la besar sangat). Yang 2 tin santan tak nak pulak depa cuba. Ishh...

Pastu kerja berganda lah malam tu. Semua bekas plastik and sudu yang ada dalam satu almari tu saya kena basuh. Memang hangin....

2 comments:

nana said...

eei,geli toi ngn member tuh..kalo pagi2 nmpak member tu dlm perangkap tikos,st hari happy gle..

Anonymous said...

skang ni landlord dah letak racun isnin hari tu.
so lum dengar lagi member tu berjalan2
tak tau la dah ko ke lum