BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 28 May 2009

Meehoon Ladna: Kids love it

Bila boring2 nak masak, saya selalu minta bantuan cik abe tercinta. Dia ni macam gifted je dalam bab masak memasak ni. Maybe darah pakar memasak ibunya dok mengalir kat badan dia kot. So, saya just nak share the very easy recipe from him. Sebenarnya tak tahu nak bagi tajuk apa. Main letak je nama ladna tu. Best makan masa dinner. Yang paling best sebab anak2 suka makan terutama sayur2nya. Yummiee....
1. Tumis bawang putih and bawang merah dalam ratio 1:2 sampai naik bau.
2. Masuk ayam (potong kecil) and udang. Kemudian masukkan air selepas ayam udang tu separuh masak. Air tu terserah. Kalau rasa nak basah2, letak le takat setengah kuali tu. Kami memang suka letak banyak air sebab budak2 suka hirup.
3. Bila dah masak, masukkan sayur2an. Cadangan: brokoli, kobis bunga and carrot. Semua potong kecil2. Bukan apa, kita nak kasi budak kecil makan kan. So, kena la presentable and attract them to take sayur. Jangan lupa garam. Kalau nak cantik, letak sikit cili potong dalam sebiji.
4. Bancuh tepung jagung/gandum dalam sesudu besar dengan air dalam tiga suku cawan and curahkan dalam masakan tu. Kacau sehingga masak.
5. Dalam bekas lain, kacau bihun yang dah direndam dengan telur. Selalunya kalau sebungkus bihun, kami guna 3 biji telur. Kira macam bagi bihun tu melekat each other dengan pertolongan encik telur tu la.
6. Kemudian goreng dengan minyak pada kadar biasa (macam nak goreng telur dadar tu la). Jangan lupa terbalikkan.
7. Bila telur tu dah masak kekuningan, angkat and letak terus dalam pinggan/mangkuk besar. Biasanya bihun akan kuning-kuning sikit.
8. Then, curahkan masakan tadi diatas bihun tu and tabur pepper.
9. Jangan lupa cili api potong kecil dengan kicap. Bukan apa, bihun ni memang la tak pedas. Kita kan nak bagi budak2 makan. So, sapa yang suka pedas, makan la dengan cili potong tu, baru terangkat.

Ini le rupanya. Masa ni, kita tak pakai udang pun. But still best.


Lupa pulak, pakai kuetiaw pun best jugak. Kalau saya memang lagi prefer kuetiaw. Yang ni masa kami guna kuetiaw. Selamat mencuba.


1 comments:

fazidah said...

Nk try. Slu sy goreng meehoon tu sj. Td dah terrendam so yr resepi is a saviour.