33 tahun dah umur saya. Dah tua dah... Ceh... ini kes nak cover line la ni padahal ilmu belum cukup di dada. Phd pun belum habis. Maknanya perjalanan hidup ni masih jauh lagi. Banyak lagi yang perlu kita lalui dan jelajahi. Pada saya, setakat umur yang telah dikurniakan Allah ni amat-amat lah saya syukuri. Dengan suami yang penyayang, 3 anak comel yang cerdik, kesihatan yang cemerlang, pekerjaan yang ok, keluarga yang supportive, rakan-rakan yang ramai... semualah. Saya menadah tangan mengucap kesyukuran teramat sangat. Semoga keadaan hari ini menjadi bertambah baik dengan rahmat dan kurniaanNya yang berpanjangan. Amin ya rabbal alamin.
SALAM RAMADHAN 1440H
5 years ago
0 comments:
Post a Comment