BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 24 January 2014

Jumaat... I like Jumaat. Why?


Hari ini saya pakai baju kurung Pahang warna orange and gray. I like this baju very much because my husband liked it. So saya pakai hari ini sebab hari ini adalah our dating day. Apa tu? Oleh kerana hari ni waktu rehatnya lama (12:15 until 14:45), makanya kami mewajibkan diri masing2 untuk lunch bersama.

Eh..your husband tak gi solat Jumaat ke? Pergi, me answered. Then, how about you? Are you join the pray? No lah my dear friend. Segan weh..kita dok diam2 la dalam keta. Tak pun, kalu kat Masjid Jenderam tu, ada kedai kan kat luar tu, so me lepak la kat situ. But most of the time, kita lepaking dalam keta and tido heehehhe...

Ada juga yang kata ruginya ina tak gi shopping2 ngan kawan2 pompuan. Entah lah, kita dah biasa kot shopping dgn Cik Abe ku tu. Kalu tak, rasa tak pandai nak memilih.

Actually, askar2 ku itu ramai. So waktu kerja lah adalah waktu kami berdua. Itupun waktu ke tempat kerja yang 40 minit itu dan waktu balik kerja. Selepas hantar anak2 ke sekolah sehingga sampai rumah semula sebelah petangnya tu lah waktu kami berdua. So, kenalah cari waktu bersama. Tu yang kami mencipta hari Jumaat is our date.

So, carilah hari2 yang sesuai untuk kita bersama. Hanya kita dan pasangan. Pasangan sah tau...bukan yang gitu2.

Thursday 23 January 2014

Berpantang Selepas Bersalin Siri 1

Tadi masa g lunch kat Mama World, Seremban 2 terpandang satu couple ni. Of course sebab orang rumah dia pakai baju cantik. Rupanya dia preggy mum. Alololo sweetnya pakai baju labuh coklat and tudung pink. Sesuai pulak tu. Soo suka I tau. Cik Abe ku tanya, "Suka baju ke suka nak pregnant?"

Err.. entah lah. Macam suka je nak mengandung lagi. Tapi bila mengingatkan tang 44 hari tu kan... kus semangat rasanya.

Apa tu 44 hari?

Haiya.. ini olang ha. Manyak susah wo.. Confinement le. Berpantang cik wok.

Berpantang ni ada yang 44 hari, ada yang 60 hari, ada juga 100 hari. Terserah lah masing-masing. Semua ikut nawaitu. Bagi ku seperti yang diajar oleh Mak-yang-macam-ibu-tiri-masa-jaga-pantang tu kan, "44 hari tu kita jaga elok2. Jaga rapi2. Insya-Allah sempurnalah pantang tu." Yang selepas2 tu, kita kasi PM je lah. Nak menulis ni pun biar betul dan kene gaya. Tak perlu le elaborate lebih. Sok kang menjawab pulak ku di 'sana' dengan saham2 dek sebab menulis in details.

Banyak perkara yang perlu dititik beratkan semasa berpantang. Semua itu untuk kepentingan sendiri juga. Mak selalu ingatkan supaya bersabar ketika berpantang. Ingat, katanya. Badan nak pakai lama. Kesian kat anak2. Kalau mamanya asyik la sakit2 badan, camne nak jaga anak2. Terutama yang anak berderet2 tu (Eh..tunjuk mana tu? Oo..yang 4 jari lagi tu tunjuk diri sendiri le. hehehe...). Kalau masuk bab rakan kongsi bantal pulak camne? Mak kata, sok jangan badan jadi macam 'ayam berak kapur' je. Layu je kan...

Kita suka nak senaraikan. Sambil senarai sambil cerita. Kita buat mana ingat, then buat post lain plak. Bab 2 gitu.

1. Tutup badan
Apa tu? Pakai long sleeve dan berstokin.
Tak panas ke? Cari la kain tak tebal. Yang penting, kita cover skin with something. Supaya angin tak mudah menerobos masuk terutama di minggu2 awal selepas bersalin. Kita nak make sure our body in full recover mode. Dalam minggu ketiga dan seterusnya, kita membantu tubuh berada dalam keadaan panas sekaligus meningkatkan pengeluaran peluh.

2. Bertungku
Bab panas lagi. Apa boleh buat. Dah nama pun berpantang kan. Sebaiknya, bertungku lah dengan istiqamah sehingga 40 hari sekurang-kurangnya. Tapi kejap... Camne kira 40 hari? Adakah kira satu2 hari sehingga 40 hari atau berturut2 40 hari tu? Kiralah 40 hari tu dari hari pertama bersalin. Ini bermakna, ada masa kita tak sempat bertungku macam hari pertama, kedua sebab kat hospital kan. Boleh lah dimaafkan. That's why kena buat bertungku tu lebih2 hari sikit.

3. Makan nasi
Ye betul. Makan nasi. Nasi kan sumber karbohidrat tinggi. Apabila makan nasi, badan mampu menyimpan banyak tenaga untuk digunakan sepanjang hari. Bayangkan, si kecil kita tu. Mesti nak menyusu kan. Dah tu kalau meragam malam, nak berjaga lagi. Pastu, dengan acara rutin dalam berpantang yang sentiasa kena berpanas tu kan. Of course nasi lah jawabnya. Makan pula dengan ayam masak sesame oil dengan sayur pegaga. Serius berselera. Err...satu pinggan je tau. If selera over tu, sila tunda selera itu, untuk waktu makan satu lagi.

4. Banyakkan berzikir
Selalu berzikir dengan bacaan seperti 'Ya Allah', 'Subhanallah', 'Allahuakbar' dan lain-lain yang indah-indah. Ini mampu mengisi rohani kita dari dok berfikir perkara lain yang bukan2. Lagipun, kita kan berada di dalam nifas. Syaitan sentiasa mencari kesempatan mengganggu hamba Allah yang leka dan lupa kepada-Nya. Pasangkan ayat2 suci Al-Quran di rumah supaya kita sentiasa tenang terutamanya bila si kecil tu meragam. Ini juga membantu menjauhkan kita dari postnatal blues.

5. Berbengkung
Berbengkung sekarang ada banyak jenis. Ada yang ready-made, tinggal nak ikat je. Ada pulak yang lekap2. Tapi bagi saya, yang tradisional juga yang best iaitu kain panjang 10 meter tu. Apa kepentingannya? Banyak weh. *Membantu pembentukan semula tubuh. *Menaikkan peranakan. *Membantu menyingkir lemak2 di kawasan peha, pinggang dan perut. *Membantu perempuan yang rajin2 tu menghadkan pergerakan. Dan banyak lagi.

Aha. Suka pulak kita stop kat nombor 5. Sebenarnya banyak lagi. Tapi kita buat lah satu2. Santai2. Supaya tak stress nak baca banyak2 kan.

Buat anak2ku, baca ini nanti ye. Bukan le sekarang. Kamu kecik pun lagi.

Much love.

    

Monday 20 January 2014

Andai ku diciptakan

Andai ku diciptakan sebagai gadis buta
Akan ku tutup semua nista
Dengan budi dan baik kata

Andai ku dicipta menjadi gadis bisu
Ku sulam bicara pandangan lesu
Dengan tangan tanpa kaku

Andai ku diciptakan tanpa mendengar
Akan ku puji ciptaan-Mu walau tanpa hingar

Ya Allah,
Kurniakan aku syukur pada-Mu
Kurniakan aku rahmat-Mu
Kurniakan aku inayah-Mu
Agar aku bisa menjadi siapa sahaja kehendak-Mu

Ya Allah,
Engkaulah Tuhanku
Engkaulah Yang Maha Agung
Engkaulah Pemberi Petunjuk

Ku tadahkan tangan ini kepada-Mu
Memohon anugerah-Mu
Andai aku diciptakan...

RB


Tuesday 14 January 2014

Perempuan itu Indah

Tiba-tiba rasa nak menulis pasal perempuan. Bukan pasal cinta bukan pasal hati bukan bukan... Ini mengenai perempuan. Eh, tetiba la pulak kan. Bukan apa, terpandang anak perempuan yang sedang tidur ni membuatkan tetiba je nak tulis pasal perempuan. (Pastu tengok anak lelaki cerita pulak pasal lelaki... hihihi. Mana tau kan. Idea dah ada dah ni.. :) ).

Nak share experience sebenarnya. Banyak sangat. Pengalaman sendiri ada, mak berleter ada, kakak bising ada, dok baca selalu ada. Semua la kan. Hopefully panjang umur kita ni, boleh lah kita kongsi apa patut. Selagi mampu kita tulis, Insya-Allah kita tulis. Anak dara dah besar sok, kita suh je buka blog mama. Kita pun tak terlupa.

1. Daily food intake
Makanan yang kita ambil daily tu sangat2 lah penting. My sister tu, kurang minum susu masa muda even masa mengandung menyebabkan dia terpaksa menjalani fisioterapi pada usia baru 50 tahun. Ibuku yang dah masuk 76 tahun ni baru je mula sakit2 lutut. Sesuai la kan dengan umur yang banyak. Please, sekurang-kurangnya minum nescafe susu ka teh susu ka (err...ku tak bertanggungjawab terhadap caffeine and tannin itu ya) dalam sehari kalau tak suka sangat susu putih (saya la tu hihihi).

Ambil nasi at least sekali sehari (ramai marah statement ni weh). But believe me... Why you should avoid nasi if it will give you lots of energy? Control yang atas nasi tu la beb.. Itulah yang dok menimbunkan pemandangan yang tidak perlu di tubuh mu itu dear. When you take nasi, Insya-Allah you will keep your metabolism at a high rate, simpanan energy pun tinggi, then takyah merapu2 makan junk food. But please.. this statement is exclusively for person with borderline BMI ideal group and below. Yang dah terlepas tu kan.. Insya-Allah banyak jalannya.

Breakfast ambik tak? Percaya tak ramai yang tak ambik breakfast, either tak sempat or tak biasa. Breakfast sangat penting you. Ambil lah walaupun segelas Milo. Your body akan stuck dengan low energy di waktu pagi dan terpaksa mengharungi hari tanpa energy baru sehingga lunch time. Sian weh. Sian la kat badan sendiri. Lama kelamaan, your body metabolisme rate akan turun. Makan terlebih sikit je, berat akan bertambah.

2. Exercise
Boring kan? Asyik suh bersenam je. Gini, ada cara senang. Every time you jalan, gunakan corak pernafasan yang betul. Tarik nafas perlahan, hold your breath 5 secs dan lepaskan perlahan juga dengan kiraan 5. Buat selalu. Naik tangga turun tangga, guna cara tip toe. Macam biasa, tarik nafas perlahan, start melangkah sambil berjengket, hold your breath sampai atas or 5 secs at least dan lepaskan perlahan.

Cara paling best, if dapat buat short exercise after wake up from bed every morning. Actually, bukan la every morning. Kita set setiap Isnin to do that. Begitu juga hari Selasa. Sometime semangat turun sikit hari Rabu, if tak buat pun takpe sebab you dah buat 2 kali dah (Isnin and Selasa). Then sambung balik hari Jumaat sebab nak celebrate cuti dan weekend of course sebab cuti...yeayyy. Detail senaman yang kita boleh suggest kat next post la... panjang bona lak post ni kang.

3. Do not squat
Betul ke ni? Betul la weh.. Satu, sebab tak lawa langsung kalau perempuan mencangkuk. Yang kat dalam bilik kecik tu tak pe le. Takde orang nampak. Dua, bila mencangkuk kita meletakkan sepenuh beban badan kat si cutie itu. Sian kan. Ketiga, antara punca prolapse ye. So please beware.

Eh.. tapi kan ada senaman ala2 squatting. Itu lain sebab ada elemen tarik nafas dan lepas nafas yang betul. Yang mana tujuannya antara lain untuk menjaga peranakan. Tapi saya tak pernah pun buat senaman itu. Agak fobia...

4. Kaki rapat badan tegak
Bila berjalan atau duduk especially, rapatkan kaki. Kan comel dan bersopan santun. Di samping itu, kita sebenarnya sedang bersenam. Kita mengajar otot-otot untuk sentiasa berada dalam keadaan badan tegak, otot perut ditarik ke dalam dengan kaki rapat kedua belahnya. Sekurang-kurangnya, kita membantu tubuh terbentuk dengan cantiknya.

5. Keep on smiling
Senyum itu sedekah. Islam dah cakap dah. Sometime kita susah sangat nak senyum even dengan orang satu office. Bila orang masam dengan kita pandai pulak kita komplen. Tapi jaga kot senyuman itu. Yang lain jantina dan tidak berkenaan, simpanlah senyuman tu. Senyum je dengan orang yang kenal. Senyum dengan perempuan yang lain walaupun tak kenal. Senyum dengan orang kedai. Senyum dengan guard yang dok jaga umah kita. Senyum dengan maid. Senyum dengan customer.

Dah kot buat masa ni. Nanti kita cite lagi. Buat anak2 ku, ini lah yang mama selalu buat. Nanti you buat juga tau.

Much love.