BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 14 January 2014

Perempuan itu Indah

Tiba-tiba rasa nak menulis pasal perempuan. Bukan pasal cinta bukan pasal hati bukan bukan... Ini mengenai perempuan. Eh, tetiba la pulak kan. Bukan apa, terpandang anak perempuan yang sedang tidur ni membuatkan tetiba je nak tulis pasal perempuan. (Pastu tengok anak lelaki cerita pulak pasal lelaki... hihihi. Mana tau kan. Idea dah ada dah ni.. :) ).

Nak share experience sebenarnya. Banyak sangat. Pengalaman sendiri ada, mak berleter ada, kakak bising ada, dok baca selalu ada. Semua la kan. Hopefully panjang umur kita ni, boleh lah kita kongsi apa patut. Selagi mampu kita tulis, Insya-Allah kita tulis. Anak dara dah besar sok, kita suh je buka blog mama. Kita pun tak terlupa.

1. Daily food intake
Makanan yang kita ambil daily tu sangat2 lah penting. My sister tu, kurang minum susu masa muda even masa mengandung menyebabkan dia terpaksa menjalani fisioterapi pada usia baru 50 tahun. Ibuku yang dah masuk 76 tahun ni baru je mula sakit2 lutut. Sesuai la kan dengan umur yang banyak. Please, sekurang-kurangnya minum nescafe susu ka teh susu ka (err...ku tak bertanggungjawab terhadap caffeine and tannin itu ya) dalam sehari kalau tak suka sangat susu putih (saya la tu hihihi).

Ambil nasi at least sekali sehari (ramai marah statement ni weh). But believe me... Why you should avoid nasi if it will give you lots of energy? Control yang atas nasi tu la beb.. Itulah yang dok menimbunkan pemandangan yang tidak perlu di tubuh mu itu dear. When you take nasi, Insya-Allah you will keep your metabolism at a high rate, simpanan energy pun tinggi, then takyah merapu2 makan junk food. But please.. this statement is exclusively for person with borderline BMI ideal group and below. Yang dah terlepas tu kan.. Insya-Allah banyak jalannya.

Breakfast ambik tak? Percaya tak ramai yang tak ambik breakfast, either tak sempat or tak biasa. Breakfast sangat penting you. Ambil lah walaupun segelas Milo. Your body akan stuck dengan low energy di waktu pagi dan terpaksa mengharungi hari tanpa energy baru sehingga lunch time. Sian weh. Sian la kat badan sendiri. Lama kelamaan, your body metabolisme rate akan turun. Makan terlebih sikit je, berat akan bertambah.

2. Exercise
Boring kan? Asyik suh bersenam je. Gini, ada cara senang. Every time you jalan, gunakan corak pernafasan yang betul. Tarik nafas perlahan, hold your breath 5 secs dan lepaskan perlahan juga dengan kiraan 5. Buat selalu. Naik tangga turun tangga, guna cara tip toe. Macam biasa, tarik nafas perlahan, start melangkah sambil berjengket, hold your breath sampai atas or 5 secs at least dan lepaskan perlahan.

Cara paling best, if dapat buat short exercise after wake up from bed every morning. Actually, bukan la every morning. Kita set setiap Isnin to do that. Begitu juga hari Selasa. Sometime semangat turun sikit hari Rabu, if tak buat pun takpe sebab you dah buat 2 kali dah (Isnin and Selasa). Then sambung balik hari Jumaat sebab nak celebrate cuti dan weekend of course sebab cuti...yeayyy. Detail senaman yang kita boleh suggest kat next post la... panjang bona lak post ni kang.

3. Do not squat
Betul ke ni? Betul la weh.. Satu, sebab tak lawa langsung kalau perempuan mencangkuk. Yang kat dalam bilik kecik tu tak pe le. Takde orang nampak. Dua, bila mencangkuk kita meletakkan sepenuh beban badan kat si cutie itu. Sian kan. Ketiga, antara punca prolapse ye. So please beware.

Eh.. tapi kan ada senaman ala2 squatting. Itu lain sebab ada elemen tarik nafas dan lepas nafas yang betul. Yang mana tujuannya antara lain untuk menjaga peranakan. Tapi saya tak pernah pun buat senaman itu. Agak fobia...

4. Kaki rapat badan tegak
Bila berjalan atau duduk especially, rapatkan kaki. Kan comel dan bersopan santun. Di samping itu, kita sebenarnya sedang bersenam. Kita mengajar otot-otot untuk sentiasa berada dalam keadaan badan tegak, otot perut ditarik ke dalam dengan kaki rapat kedua belahnya. Sekurang-kurangnya, kita membantu tubuh terbentuk dengan cantiknya.

5. Keep on smiling
Senyum itu sedekah. Islam dah cakap dah. Sometime kita susah sangat nak senyum even dengan orang satu office. Bila orang masam dengan kita pandai pulak kita komplen. Tapi jaga kot senyuman itu. Yang lain jantina dan tidak berkenaan, simpanlah senyuman tu. Senyum je dengan orang yang kenal. Senyum dengan perempuan yang lain walaupun tak kenal. Senyum dengan orang kedai. Senyum dengan guard yang dok jaga umah kita. Senyum dengan maid. Senyum dengan customer.

Dah kot buat masa ni. Nanti kita cite lagi. Buat anak2 ku, ini lah yang mama selalu buat. Nanti you buat juga tau.

Much love.               

0 comments: