Bismillahirrahmanirrahim.
Malam tu, ku tidur rasanya tak sampai dua jam. Aku hanya boleh berdiri, berjalan dan duduk sambil bongkok. Nak baring memang tak boleh. Kalau penat berjalan, ku akan membongkok di tepi katil. Penat membongkok ku berjalan semula. Dalam jam dua pagi, mungkin kerana penat sangat dapat juga terlelap dengan keadaan mengiring yang ntah camne ntah. Sedar semula jam 3 bila Ubai kejut nak susu. Then ku cuba PU lagi. Dapat lah beberapa titis.
Selepas menghantar anak ke sekolah ku bergegas ke klinik. Ada MGTT test and memang akan ku ngadu lagi pasal hal ni. Bila nurse try nak usik perut, dia terus hantar aku jumpa doctor. Bladder dah full giler. Bila doctor scan, dia tak nampak fetus. Allah...berderau mendengarnya. Dia panggil member doctor lain. Pun tak nampak. Ku pasrah je lah.
Doctor berlari buat call ke O&G HTJ. Letak je phone, dia terus bawa aku ke out patient clinic untuk letak CBD. Catheter tu le. Ku dah tak rasa apa dah. Belasah je lah asalkan selesai. Sabar je adik nurse tu buatkan, dapat pulak Doctor tu yang memang suh buat on the spot. Rasa cam gesa nak bersalin pun ada juga. Punyalah berdebar. Tapi, lepas 5 minit...pergh leganya. Syukur alhamdulillah. Lebih kurang 15 minit, settle rasa. Banyaknya tak yah cakap lah..full beg 2L tu..nearly 1.8 L. Doctor siap amik gambar beg tu. Sambil tu dia membebel-bebel sebab kenapa masa ku gi outpatient semalam, doctor tu tak nak observe aku, pegang perut aku. Terus dia tulis report dalam buku merah.
Bila dia scan sekali lagi, then doctor menjerit suka. Ada ada..fetus ada. Heart beat semua OK. Allahu akbar... alhamdulillah. Doctor terus bagi MC satu hari. Kesian dia tengok aku keletihan tak boleh PU. Esok pagi, dia minta aku hantar sampel urin untuk test apa tah. Antibiotic dah bagi tapi takleh makan selagi tak hantar sampel. Yang penting dia kata, if second episode appears then kene gi emergency immediately.
Fuh, tragis gila ku rasa. Bayangkan tak boleh PU (past urine). Kemudahan yang Allah bagi tu dah kene tarik. Terasa kerdil sungguh diri. Sesungguhnya nikmat Allah itu tak terkira banyaknya. Pada tubuh ni sahaja, ada pelbagai. Syukur lah wahai ina. Syukur lah.
Wasalam.
Monday, 9 March 2015
Dugaan Demi Dugaan II
Posted by Ina & Beib 0 comments
Labels: Masalah Ketika Mengandung, My story, Wanita
Friday, 6 March 2015
Dugaan demi dugaan
Bismillahirrahmanirahim.
Dalam kelegaan selepas mengharungi first trimester yang begitu sukar nak digambarkan itu, ku perasan sesuatu. Ku dah mula asyik PU je. Eh..ini keadaan bila kandungan dah mula menurun sepatutnya. Pastu terus ku teringat masa Ubai dulu. Satu hari lebih juga ku tak boleh PU. Selepas minum air banyak specially barli then baru lah boleh PU. So ku kira this time boleh jadi macam tu juga la kot.
Hari demi hari, ku semakin bersemangat bekerja. Tak kisah la kalu asyik ke toilet pun. Tak jadi masalah sebab memang ku minum banyak air. Sampai la pada hari Selasa pagi semasa on the way ke PICC untuk Majlis Amanat Menteri, ku rasa nak PU sangat-sangat sedangkan ku dah PU sejam yang lepas. Sampai saja di PICC, ku terus mencari toilet. Alhamdulillah toilet tak full. Sambil menarik nafas lega ku masuk di antara pintu-pintu rumah kecil tu. Namun ku mula cuak, takde apa yang keluar. Allahu... ku cuba lagi sambil menafas panjang. Tapi tiada apa-apa. Lima enam kali juga ku mencuba, namun sia-sia. Apa yang ku jangka kini telah bermula.
Ku perkemaskan diri dan terus masuk ke dewan mencari tempat. Alhamdulillah ada sahabat se office yang boleh ku borak. Lantas ku ceritakan keadaan ku dengan menjangkakan akibat dari kencing kotor yang menjadikan kencing tidak lawas. Sahabat tadi terus menyarankan untuk mengambil ubat Ural yang boleh dibeli di famasi selain dari pergi ke klinik.
Selesai acara, ku bergegas ke farmasi dan ambil lunch sebelum minum air bancuhan Ural. Dalam kesabaran menanti gesaan, ku pulang ke office untuk memaklumkan yang ku akan ke klinik sebelah petang sambil menyinggah ke toilet. Namun memang tiada apa yang keluar. Aduh...sabar la wahai diri.
Sebelum ke klinik, ku bawa sekali Sumayyah and Soffiya. Sumayyah sakit mata and Soffiya sakit gigi. Sekali jalan..sonang. Doktor minta sample urin tapi camne nak bagi dah memang takde. Ku teguk sebotol kecik air mineral...pun tak boleh. Senak tak yah cakap lah. Yelah...dari last PU kul 7 pagi sehingga jam 3 petang ni, ku dah teguk 4 gelas macam2 jenis air. Sabo yo lah. Then doktor bagi ubat lawas Potassium Citrate tu. Dia nak bagi antibiotic tapi since no urine sample then tak boleh lah prescribe.
Balik je rumah, ku terus duduk bilik kecil sambil berusaha untuk PU. Berpeluh2. Badan dah sengal2 menahan. Ku nak Zuhor tapi rasa nak PU terus menguasai diri. Waktu dah makin pendek. Hampir setengah jam, ku keluar toilet dan zolat. Kali pertama ku rasa begitu payah nak solat, Allahu akbar. Menangis nangis sambil solat. Menangis menahan sakit nak PU. Selesai saja terus masuk toilet semula dengan harapan boleh PU. Tapi macam biasa..tak boleh juga. Selesai asar ku melutut di tepi katil. Kesian ku lihat anak2. Mereka risau sangat sambil keluar masuk bilik mama mereka ni. Cik abeku lagi lah...duduk bangun duduk bangun control risau.
Sambil minum air barli yang bibik buatkan, ku call Mak. Sambil menahan nangis ku cerita apa yang berlaku. Mak minta segera balik Paroi untuk mengambil daun pokok yang memang boleh membantu membuat kencing lawas. Segera ku ke sana walaupun mengambil masa hampir sejam. Yelah..peak hour kan. Dapat minum segelas air ubat yang rasanya tak tau nak describe then ku berdoa akan keadaan ku menjadi sedia kala. Sugar nak digambarkan. Perjalanan pulang yang dua puluh minit rasa macam dua jam. Langsung tak boleh bersandar. Terpaksa berbongkok sepanjang perjalanan pergi balik. Tak tau la apa nak jadi dengan bladder ni..
Kita sambung lagi ye ina..next post.
Wasalam.
Posted by Ina & Beib 0 comments
Labels: Masalah Ketika Mengandung, My story, Wanita
Wednesday, 4 March 2015
Berita Gumbira
Bismillahirrahmanirahim.
Minggu ni kira tepat kandungan ni masuk minggu ke 15. Syukur alhamdulillah walaupun terkejut bila buat pregnancy test hari tu. Rasa cam tak percaya..terfikir2 kat mana, bila... Aduiyai. Itu la biasanya dua soalan yang ku suka cari bila berlaku cenggini. Actually masa Soffiya and Ubai pun camtu juga hihihi... Walau camna cun pun kita atur, tapi kalu dah Allah kata 'kun fa yakun' maka memang la jadinya... Rezeki Allah kan.
Dapat je tahu dah berisi, ku mula la morning sickness. Tak kira pagi, petang, malam, tengah malam, mana dan nak muntah, memang akan ku muntah. Kat office ke, kat tengah jalan ke, kat rumah orang ke..suka hati je muntah. Muka ni takyah cakap la.. bak kata member office, muka you memang tak boleh blah. Semua kat office takut nak tegur sebab masing-masing tak tahu yang perut ni berisi. Yelah, selalunya tak duduk diam. Tiba-tiba muka cam kene simbah dengan cuka selori. Dalam 5 minggu juga ku jadi tak keruan. Pergi meeting, pergi seminar, jumpa customer, audit, semua kuturutkan tapi Allah saja yang tahu macam mana isi perut ni bergelodak menahan muntah.
Alhamdulillah selepas itu, ku dah mula boleh pakai mosturizer, dah boleh bau orang menggoreng, dah boleh tengok buku anak2, masak pun dah boleh. Bersyukur sangat. Masa awal-awal dulu, cik abe pernah kata yang orang perempuan ni, bila tahu je mengandung terus mabuk kan. Macam dibuat-buat aje. My dear, ini semua kerja hormon hCG tu. Dah hormon hCG tu memang diatur Allah untuk dirembeskan setelah persenyawaan berlaku kan. Itu pun ada lah tugasnya untuk membantu rahim agar pertumbuhan fetus tak terganggu. (Ceh...cam pandai je kot ku cakap...hikhikhik). Yang penting tak kuasa de makcik nak buat-buat muntah. Kalu muntah tu best, ok juga la kan. Ini kang leganya 5 minit je. pastu bersambung balik.
Ku pun mulalah menyusun strategi buat kerja office. Ini supaya mudah kerja-kerja dapat dibereskan selari dengan permintaan pelanggan. Bila deal dengan customer, apa yang mereka pinta tu lah yang perlu diutamakan. Mereka tak perlu tahu kepayahan mak buyong ni pun. Yang penting barang mereka siap proses and sijil mereka siap evaluated. So sekurang-kurangnya audit dah settle; IQA and ISO9001 by SIRIM, sijil ISO13485 dah dapat yang puas ku kejar dari oktober last year, plan in-house training untuk staff sementara perut masih tak memboyot. Ku ambil juga student praktikal. Dalam masa yang sama, ku tengah tunggu email dari boss untuk deal dgn BKJ bagi membina pest-free area sebelum USDA datang audit untuk irradiate mangga.
Sambil-sambil tu ku mencari training untuk bakal pengganti QA. Dia akan bersalin bila-bila je masa nanti. So at least, habis je cuti bersalin dia dah boleh gi training. Dalam masa yang sama, ku dalam proses mengumpul isu-isu audit sepanjang tiga tahun. Ada keperluan untuk memastikan sebarang teguran tidak lagi diulangi dalam jangka masa lima tahun. So, apabila student ku sampai nanti, boleh dia terlibat dalam projek ni kan.
Ok lah. Need to stop. Jumpa lagi Ina. Wasalam.
Posted by Ina & Beib 0 comments
Tuesday, 3 March 2015
Berpantang Selepas Bersalin Siri 2
Apa lagi ya cerita berpantang ni?
1. Hadkan pergerakan
Pernah tak dengar orang tua berleter suh dok diam masa kita tengah berpantang? Ha...ikut yo lah cakap tu. Memang betul. Urat2 kita semua tengah berada dalam recovery mode. So beri peluang kepada badan tu untuk relax dan kembali pulih. Bak kata mak, 'Biar sampai ular melingkar bawah katil'. Ganas kan statement tu. Tak de la sampai tahap itu. Perumpamaan itu nak menunjukkan bahawa kita tak yah lah buat kerja-kerja rumah terutama menyapu. Menyapu kan mesti sampai bawah katil. Tu la jadi perumpamaan tu.
Sebenarnya, jika ada peluang untuk meminta bantuan orang lain, mintalah. Jangan sekali2 segan. Maksud kita dalam bab2 mengendalikan hal ehwal rumah; menyapu, basuh kain (tang tenyeh button washing machine tu lain yo), basuh pinggan, ke hulu hilir mengejar anak etc. Kita buatlah keje lembut2; lipat kain, memasak (yang mudah2 la...jangan la korang merendang pulak), siapkan baju anak etc.
Namun ramai juga yang memang takde sapa menolong. Jika begitu, elok ikat elok2 bengkung kat badan tu and buatlah kerja. Tapi bataskan mana yang perlu terutama menyapu dan basuh pinggan. Mintalah sokongan dan bantuan suami untuk buat kerja2 ni. Nanti tangan cepat lenguh, pinggang sakit, jari2 mudah kebas. Banyak risikonya.
2. Buat stok susu
Ramai lupa bab ni. Dok sibuk nak jaga badan, lupa lak deh kat susu badan. Nasi kurang, air kurang, so mana nak datang air susu. Banyakkan ambil air susu, sayur pegaga, sayur bayam, makan nasi, makan kurma, kismis. Sayur pegaga tu buat kan rendang dengan daging. Bukan kita je makan, orang lain pun selera tau.
Dalam waktu berpantang ni lah, susu insya-Allah melimpah ruah. Allah memang bagi rezeki itu semasa dalam waktu pantang. Allah nak permudahkan kerja kita. Waktu tu kan nak urus diri and si comel juga. So dengan adanya susu badan kita dah tak payah susah2 nak buat susu. Yang paling penting, bonding time dengan si comel kita.
Macam mana nak buat? Dapatkan small container untuk 3 hari pertama. Yang untuk buat dadih tu pun OK. Selalunya waktu tu hanya keluar kolostrum susu yang pekat warna emas tu. Yang itu, jangan buang weh walaupun hanya sesudu. Sangatlah berharga. Bila susu dah mula banyak, gunakan botol2 susu yang saiz kecik tu. Ada brand tu jual sekali 3 botol. Yang penting adalah labeling dan tempat simpan. Tulis date memerah tu pun cukup dah. Simpan pula dalam freezer. Nanti kita cuba cari recommendation storage untuk susu.
Nak perah camno? Lain post la beb.
3. Bertungku
Setuju tak kalau kita kata bertungku ni juga membantu pengeluaran susu yang banyak? Bukan itu sahaja, bertungku juga boleh memecahkan ketul-ketul darah yang banyak dalam rahim tu terutama untuk 7 hari pertama kelahiran. Gunakan tungku besi yang bentuknya macam paha ayam tu. Boleh lah kan. Kita pun tak tahu nak cari persamaannya. At least boleh faham hehehe.
Dengan bertungku kita banyak membantu tubuh untuk pulih. Batu2 tungku atau tungku moden tu kita letakkan kat bawah kaki, bawah peha, bawah lutut, bawah pinggang, belakang badan. Fuh...best. Lemak2 yang dok bersengkanyut kat badan sepanjang kita mengandung tu pun boleh cair tau. Jangan lupa letak kat celah ketiak. Kat situ ada urat untuk susu badan. Insya-Allah, lancar susu mengalir malahan banyak jadinya.
Bertungku ni seeloknya sekali sehari sepanjang 44 hari. 'Seeloknya'... kena quote beb. Sebab selalunya tak jadi macam tu kalau tak berdisplin. Kalau guna batu boleh lah rasa malas atau rasa tak kuasa nak buat. Sekarang ni dah adakan yang moden, gunakan aje. Even tilam panas pun dah ada dah kan. Kita sampai sekarang selalu guna hot plat untuk mana2 part yang sakit. Berguna...
4. Jangan menjerit
Hihihi...gelak dulu. Ini ditujukan especially for mum with kids. Waktu tu lah, sorang terkencing dalam seluar, yang sorang lagi tuang susu sebab nak makan cereal tapi tertumpah. Ha apalagi, jadi tarzan lah kita kan. So, tarik nafas and relax. Dah jadi kebiasaan sebenarnya kita suka jadi tarzan. So, bila tengah berpantang pun kita nak juga buat macam tu.
Suara kita actually berada pada tahap normal. Kita je sometime rasa suara kita tak cukup kuat. Actually keseimbangan dalam telinga ada sedikit terganggu semasa proses bersalin. Tidaklah besar dan tidaklah merbahaya. Cuma kita akan rasa suara kita tak cukup kuat. Tu yang dok terjerit terjerau tu.
Jadinya, be cool. Cakap dengan kadar yang biasa. Penggunaan suara melampau macam menjerit tu banyak mengganggu urat2 especially di perut. Kan kata suara dari perut kan.
5. Tidak membiarkan kaki berjuntai
Apabila duduk di katil ka di kerusi ka, biasakan ada bangku kecil untuk kita letakkan kaki. Kotak kasut pun OK. Yang penting, kaki tak berjuntai. Ini adalah untuk mengelakkan semua beban berat badan ditanggung oleh kaki. Kesian kat kaki kita kan.
Haaaa...ngantuknya. Kita sambung lagi.
Much love. Wasalam.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Berpantang Selepas Bersalin, My story, Tips, Wanita
Thursday, 23 January 2014
Berpantang Selepas Bersalin Siri 1
Tadi masa g lunch kat Mama World, Seremban 2 terpandang satu couple ni. Of course sebab orang rumah dia pakai baju cantik. Rupanya dia preggy mum. Alololo sweetnya pakai baju labuh coklat and tudung pink. Sesuai pulak tu. Soo suka I tau. Cik Abe ku tanya, "Suka baju ke suka nak pregnant?"
Err.. entah lah. Macam suka je nak mengandung lagi. Tapi bila mengingatkan tang 44 hari tu kan... kus semangat rasanya.
Apa tu 44 hari?
Haiya.. ini olang ha. Manyak susah wo.. Confinement le. Berpantang cik wok.
Berpantang ni ada yang 44 hari, ada yang 60 hari, ada juga 100 hari. Terserah lah masing-masing. Semua ikut nawaitu. Bagi ku seperti yang diajar oleh Mak-yang-macam-ibu-tiri-masa-jaga-pantang tu kan, "44 hari tu kita jaga elok2. Jaga rapi2. Insya-Allah sempurnalah pantang tu." Yang selepas2 tu, kita kasi PM je lah. Nak menulis ni pun biar betul dan kene gaya. Tak perlu le elaborate lebih. Sok kang menjawab pulak ku di 'sana' dengan saham2 dek sebab menulis in details.
Banyak perkara yang perlu dititik beratkan semasa berpantang. Semua itu untuk kepentingan sendiri juga. Mak selalu ingatkan supaya bersabar ketika berpantang. Ingat, katanya. Badan nak pakai lama. Kesian kat anak2. Kalau mamanya asyik la sakit2 badan, camne nak jaga anak2. Terutama yang anak berderet2 tu (Eh..tunjuk mana tu? Oo..yang 4 jari lagi tu tunjuk diri sendiri le. hehehe...). Kalau masuk bab rakan kongsi bantal pulak camne? Mak kata, sok jangan badan jadi macam 'ayam berak kapur' je. Layu je kan...
Kita suka nak senaraikan. Sambil senarai sambil cerita. Kita buat mana ingat, then buat post lain plak. Bab 2 gitu.
1. Tutup badan
Apa tu? Pakai long sleeve dan berstokin.
Tak panas ke? Cari la kain tak tebal. Yang penting, kita cover skin with something. Supaya angin tak mudah menerobos masuk terutama di minggu2 awal selepas bersalin. Kita nak make sure our body in full recover mode. Dalam minggu ketiga dan seterusnya, kita membantu tubuh berada dalam keadaan panas sekaligus meningkatkan pengeluaran peluh.
2. Bertungku
Bab panas lagi. Apa boleh buat. Dah nama pun berpantang kan. Sebaiknya, bertungku lah dengan istiqamah sehingga 40 hari sekurang-kurangnya. Tapi kejap... Camne kira 40 hari? Adakah kira satu2 hari sehingga 40 hari atau berturut2 40 hari tu? Kiralah 40 hari tu dari hari pertama bersalin. Ini bermakna, ada masa kita tak sempat bertungku macam hari pertama, kedua sebab kat hospital kan. Boleh lah dimaafkan. That's why kena buat bertungku tu lebih2 hari sikit.
3. Makan nasi
Ye betul. Makan nasi. Nasi kan sumber karbohidrat tinggi. Apabila makan nasi, badan mampu menyimpan banyak tenaga untuk digunakan sepanjang hari. Bayangkan, si kecil kita tu. Mesti nak menyusu kan. Dah tu kalau meragam malam, nak berjaga lagi. Pastu, dengan acara rutin dalam berpantang yang sentiasa kena berpanas tu kan. Of course nasi lah jawabnya. Makan pula dengan ayam masak sesame oil dengan sayur pegaga. Serius berselera. Err...satu pinggan je tau. If selera over tu, sila tunda selera itu, untuk waktu makan satu lagi.
4. Banyakkan berzikir
Selalu berzikir dengan bacaan seperti 'Ya Allah', 'Subhanallah', 'Allahuakbar' dan lain-lain yang indah-indah. Ini mampu mengisi rohani kita dari dok berfikir perkara lain yang bukan2. Lagipun, kita kan berada di dalam nifas. Syaitan sentiasa mencari kesempatan mengganggu hamba Allah yang leka dan lupa kepada-Nya. Pasangkan ayat2 suci Al-Quran di rumah supaya kita sentiasa tenang terutamanya bila si kecil tu meragam. Ini juga membantu menjauhkan kita dari postnatal blues.
5. Berbengkung
Berbengkung sekarang ada banyak jenis. Ada yang ready-made, tinggal nak ikat je. Ada pulak yang lekap2. Tapi bagi saya, yang tradisional juga yang best iaitu kain panjang 10 meter tu. Apa kepentingannya? Banyak weh. *Membantu pembentukan semula tubuh. *Menaikkan peranakan. *Membantu menyingkir lemak2 di kawasan peha, pinggang dan perut. *Membantu perempuan yang rajin2 tu menghadkan pergerakan. Dan banyak lagi.
Aha. Suka pulak kita stop kat nombor 5. Sebenarnya banyak lagi. Tapi kita buat lah satu2. Santai2. Supaya tak stress nak baca banyak2 kan.
Buat anak2ku, baca ini nanti ye. Bukan le sekarang. Kamu kecik pun lagi.
Much love.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Berpantang Selepas Bersalin, My story, Tips, Wanita
Monday, 20 January 2014
Andai ku diciptakan
Andai ku diciptakan sebagai gadis buta
Akan ku tutup semua nista
Dengan budi dan baik kata
Andai ku dicipta menjadi gadis bisu
Ku sulam bicara pandangan lesu
Dengan tangan tanpa kaku
Andai ku diciptakan tanpa mendengar
Akan ku puji ciptaan-Mu walau tanpa hingar
Ya Allah,
Kurniakan aku syukur pada-Mu
Kurniakan aku rahmat-Mu
Kurniakan aku inayah-Mu
Agar aku bisa menjadi siapa sahaja kehendak-Mu
Ya Allah,
Engkaulah Tuhanku
Engkaulah Yang Maha Agung
Engkaulah Pemberi Petunjuk
Ku tadahkan tangan ini kepada-Mu
Memohon anugerah-Mu
Andai aku diciptakan...
RB
Posted by Ina & Beib 1 comments
Tuesday, 14 January 2014
Perempuan itu Indah
Tiba-tiba rasa nak menulis pasal perempuan. Bukan pasal cinta bukan pasal hati bukan bukan... Ini mengenai perempuan. Eh, tetiba la pulak kan. Bukan apa, terpandang anak perempuan yang sedang tidur ni membuatkan tetiba je nak tulis pasal perempuan. (Pastu tengok anak lelaki cerita pulak pasal lelaki... hihihi. Mana tau kan. Idea dah ada dah ni.. :) ).
Nak share experience sebenarnya. Banyak sangat. Pengalaman sendiri ada, mak berleter ada, kakak bising ada, dok baca selalu ada. Semua la kan. Hopefully panjang umur kita ni, boleh lah kita kongsi apa patut. Selagi mampu kita tulis, Insya-Allah kita tulis. Anak dara dah besar sok, kita suh je buka blog mama. Kita pun tak terlupa.
1. Daily food intake
Makanan yang kita ambil daily tu sangat2 lah penting. My sister tu, kurang minum susu masa muda even masa mengandung menyebabkan dia terpaksa menjalani fisioterapi pada usia baru 50 tahun. Ibuku yang dah masuk 76 tahun ni baru je mula sakit2 lutut. Sesuai la kan dengan umur yang banyak. Please, sekurang-kurangnya minum nescafe susu ka teh susu ka (err...ku tak bertanggungjawab terhadap caffeine and tannin itu ya) dalam sehari kalau tak suka sangat susu putih (saya la tu hihihi).
Ambil nasi at least sekali sehari (ramai marah statement ni weh). But believe me... Why you should avoid nasi if it will give you lots of energy? Control yang atas nasi tu la beb.. Itulah yang dok menimbunkan pemandangan yang tidak perlu di tubuh mu itu dear. When you take nasi, Insya-Allah you will keep your metabolism at a high rate, simpanan energy pun tinggi, then takyah merapu2 makan junk food. But please.. this statement is exclusively for person with borderline BMI ideal group and below. Yang dah terlepas tu kan.. Insya-Allah banyak jalannya.
Breakfast ambik tak? Percaya tak ramai yang tak ambik breakfast, either tak sempat or tak biasa. Breakfast sangat penting you. Ambil lah walaupun segelas Milo. Your body akan stuck dengan low energy di waktu pagi dan terpaksa mengharungi hari tanpa energy baru sehingga lunch time. Sian weh. Sian la kat badan sendiri. Lama kelamaan, your body metabolisme rate akan turun. Makan terlebih sikit je, berat akan bertambah.
2. Exercise
Boring kan? Asyik suh bersenam je. Gini, ada cara senang. Every time you jalan, gunakan corak pernafasan yang betul. Tarik nafas perlahan, hold your breath 5 secs dan lepaskan perlahan juga dengan kiraan 5. Buat selalu. Naik tangga turun tangga, guna cara tip toe. Macam biasa, tarik nafas perlahan, start melangkah sambil berjengket, hold your breath sampai atas or 5 secs at least dan lepaskan perlahan.
Cara paling best, if dapat buat short exercise after wake up from bed every morning. Actually, bukan la every morning. Kita set setiap Isnin to do that. Begitu juga hari Selasa. Sometime semangat turun sikit hari Rabu, if tak buat pun takpe sebab you dah buat 2 kali dah (Isnin and Selasa). Then sambung balik hari Jumaat sebab nak celebrate cuti dan weekend of course sebab cuti...yeayyy. Detail senaman yang kita boleh suggest kat next post la... panjang bona lak post ni kang.
3. Do not squat
Betul ke ni? Betul la weh.. Satu, sebab tak lawa langsung kalau perempuan mencangkuk. Yang kat dalam bilik kecik tu tak pe le. Takde orang nampak. Dua, bila mencangkuk kita meletakkan sepenuh beban badan kat si cutie itu. Sian kan. Ketiga, antara punca prolapse ye. So please beware.
Eh.. tapi kan ada senaman ala2 squatting. Itu lain sebab ada elemen tarik nafas dan lepas nafas yang betul. Yang mana tujuannya antara lain untuk menjaga peranakan. Tapi saya tak pernah pun buat senaman itu. Agak fobia...
4. Kaki rapat badan tegak
Bila berjalan atau duduk especially, rapatkan kaki. Kan comel dan bersopan santun. Di samping itu, kita sebenarnya sedang bersenam. Kita mengajar otot-otot untuk sentiasa berada dalam keadaan badan tegak, otot perut ditarik ke dalam dengan kaki rapat kedua belahnya. Sekurang-kurangnya, kita membantu tubuh terbentuk dengan cantiknya.
5. Keep on smiling
Senyum itu sedekah. Islam dah cakap dah. Sometime kita susah sangat nak senyum even dengan orang satu office. Bila orang masam dengan kita pandai pulak kita komplen. Tapi jaga kot senyuman itu. Yang lain jantina dan tidak berkenaan, simpanlah senyuman tu. Senyum je dengan orang yang kenal. Senyum dengan perempuan yang lain walaupun tak kenal. Senyum dengan orang kedai. Senyum dengan guard yang dok jaga umah kita. Senyum dengan maid. Senyum dengan customer.
Dah kot buat masa ni. Nanti kita cite lagi. Buat anak2 ku, ini lah yang mama selalu buat. Nanti you buat juga tau.
Much love.
Posted by Ina & Beib 0 comments
Thursday, 16 May 2013
I'm back!!
Bismillahirrahmanirrahim.
Lebih dua tahun tangan ni tak mencakar my own blog. My own blog ...ish ish ish..rugi rasanya...dua tahun my own blog leaved abundantly. Tapi ada sebabnya. Nanti akan kuceritakan satu persatu. Semoga menjadi ingatan kepada diri sendiri dan keluarga terutama untuk my beloved children. Mereka bersama-sama mengharungi kehidupan penuh warna ini. Mereka perlu terima credit. Mereka turut bersusah payah..sama-sama. Mum loves you so much dear...
Hmm...mana nak start? Part tak siap or part tak best or part interesting? Haa...kita buat part seronok la dulu..yang tak best kita buat selang seli. Mana boleh yang best je.. Hidup penuh warna kan..
Sometime you need to choose plain color even though it is not your true color. Do not afraid to mix one black dot if it will change your life to wonderful colors
....Oh hoooo.... I love that phrase....Camna boleh terkeluar pun tak tau....once in a blue moon..heheheh...
Oh dear need to stop. Waktu kerja dah dekat. Will continue after work. Tangan dah start menggatal nak nulis...
Wasalam.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: My story
Friday, 18 March 2011
Lamanya...
Lamanya lah sangat saya tak ke udara ni. Actually memang busy tahap gaban. Dari start berisi, mabuk sakan sampai dah bersalin and la ni, memang la busy kalu tak cari waktu sengang. Betul tak? Tapi kali ni takleh nak letak cite panjang2 sebab sedang memasuki ambang waktu panas. APA TU? Tahun 3 ni weh...time menulis dah sampai. Tapi secupik Chapter pun belum ada. Nak minta extension pun derang tanya gak dah tulis tahap mana. Masalahnya sikit pun takde lagi. Yo hai...so marilah kita bersemangat menulis ya kawan2. Jangan malas2. Sesama lah kita mengingat antara satu sama lain.
Buat anak2ku...mama luv you always. Takde apa yang menyusahkan pengajian mama dari u all. Anak2 mamalah pembakar semangat mama untuk cepat habis belajar.
Buat baby baru mama, Ahmad Umar Al Farouq...bagi mama kesempatan buat keje ya dear. Umar dok elok2 tengok mama wat keje tau.
Buat suamiku...terima kasih sayang sebab sudi menemani Ina di sini. Doakan Ina cepat habis.
Buat ibu and ibu mertuakku...doakan kejayaan Ina tau mak. Ina sayang bangat kat mak berdua. Ina dan semuanya akan cepat2 balik. Jangan risau, kami pasti balik.
Buat keluargaku, doakan kejayaan Ina ya. amin
Posted by Ina & Beib 0 comments
Labels: My story
Thursday, 22 April 2010
Day 3: Cordoba & Granada
Perjalanan seterusnya kami menuju ke Cordoba. Di sana terdapat masjid terkenal, Mezquita Catedral de Córdoba. Ini pula addressnya Calle de Torrijos, 10, 14004 Córdoba, Spain. Untuk keterangan lanjut, visit blog cik abeku, Al Mursi. Dulu masjid tapi kini telah menjadi muzium. Bagi menghilangkan elemen pembinaan Islamik, mereka menutup pintu utama yang berbentuk kubah. Dari itu, akan wujud suasana suram seperti yang selalu ada dalam gereja. Bukan setakat itu, di siling-siling mereka pasti akan tambah ukiran-ukiran melambangkan kristianiti. Tapi dah namanya Islam kan... macam mana pun, kesenian milik Islam itu tetap ada. Selain itu ada juga tempat bersejarah lain, Medina Azahara (14005 Cordova, Andalusia, Spain). Hanya hampir 30mins dari masjid. Yang sedihnya kami tak sempat nak ke sana sebab nak mengejar masuk ke Alhambra.
Posted by Ina & Beib 2 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Wednesday, 7 April 2010
Cambridge...as proud as the name
Belum pun habis cerita pasal Spain, saya dah buat entry jalan-jalan ke Cambridge. Bukan apa, takut terlupa. At least for Spain, Jap and hubbyku dah siap buat dah. Pagi Sabtu semalam, saya and hubby tercari-cari tempat nak meluangkan masa cuti. Ingat nak naik Portsmouth tapi tak jadi. Hubbyku teringat yang next month kita nak turun ke The South. Of course kita akan ke Portsmouth juga. Saya tetiba teringat punting at Cambridge. Hubbyku terus call his friend, Sofi yang akan ke Cambridge juga. So, kami pun mengikutlah Sofi and family ke Cambridge. Dia dah ke sana tiga kali. Makanya insyaAllah tiada masalah untuk mencari tempat berjalan.
Dari rumah kami ke Cambridge mengambil masa sejam 34 minit. Kami ikut poskod Saint Andrews Street CB2 3BQ instead of CB2 3BJ yang Sofi bagi. Dalam Tomtom kami, poskod yang Sofi bagi tu takde. Kami memulakan perjalanan dalam jam 12 tengahari setelah membeli chicken burger and nasi briyani di Burger Boys. Memang kami budget nak lunch di car park aje before berjalan di Cambridge nanti. Kami menggunakan M25 dan menyusur masuk ke M11 melalui Junction 27. Di M11 kami bertembung dengan Sofi. Dia stay di Travelodge area London. Kami exit di Junction 11 towards Cambridge(S)/Harston. Dari simpang tu ke tempat parking Grand Arcade tu mengambil lebih kurang 3.5 miles. Means tidak berapa jauh sangat lagi.
Lebih kurang lagi 2 miles nak sampai, kereta dah mula bersusun. Hari Sabtu kan, pastu plak shiny day. Tu agaknya semua orang pakat keluar. Tapi sejuk tetap sejuk lah kan. Bak kata hubbyku, This is London. Tu yang sejuk sepanjang tahun tu..hehehe. Kami agak berpusing juga sebab nak cari parking. Parking di Grand Arcade tu kira yang paling convenient sebab terletak di tengah-tengah kawasan wajib visit di Cambridge. Tu yang kami tak kisah walaupun kena queue agak panjang sebelum dapat naik ke multi-storey parking lot tu. Boleh juga visit website dia at http://www.grandarcade.co.uk/.
Selesai kami lunch di car park tu, baru kami memulakan perjalanan. Turun ke level 0, kemi menyusuri kedai-kedai besar yang biasa di High Street sebelum ke Market Square di tengah-tengah dataran. Dari situ kami menuju ke King's College Cambridge. Ingat nak masuk tapi tutup pulak. Rupanya tutup at 12.30 pm on Saturday. Masuk kena bayaran juga, adult £5 and bawah 12 free if datang dengan family. Dalam tu art centre, exhibition dan bangunan-bangunan yang memang class. Kami mampu tengok dari luar je. Yang terlintas di fikiran saya is bagaimana mereka menggunakan bangunan-bangunan bersejarah tu dan menarik pelancong mengunjungi tempat tu. Pada masa yang sama mereka dapat mengumpul fund untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaa. King's College sama je macam Kolej-kolej kediaman universiti. Bezanya bangunan-bangunan mereka yang memang gothic and bersejarah. Next entry saya akan upload pics pulak.
Next visit kami ke The Fitzwilliam Museum. Perjalanan ke sana mengambil 10 mins berjalan kaki dengan menyusuri beberapa lagi kolej. Kolej-kolej yang ini tidak dikenakan bayaran. Mungkin nilai sejarahnya agak kurang berbanding King's College. Muzium mengumpul kerja arts yang berharga berjuta-juta pound dan sangat artistik. Banyak juga lukisan dan kerja arts yang saya tak faham maksudnya. Sebenarnya banyak lagi muzium yang boleh dilawati tetapi semuanya kena bayar daa. Muzium ni aje yang free.
Kemudian kami berpatah balik ke King's College tadi untuk menuju ke Punting place. MasyaAllah punyalah cantik. So, kat sini saya letak sikit2 gambo2 nye ya..
Posted by Ina & Beib 4 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Tuesday, 16 March 2010
Day 2: Gibrabtar & Espona
Posted by Ina & Beib 2 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Wednesday, 3 March 2010
Welcome to Spain!!!
Alhamdulillah we arrived Malaga Airport without any delay. My son, Abbas made a funny statement when we just about to take out our hand luggage from the baggage area. 'Mama, kita dah sampai Malaysia ke?' Ayo, anakku ini. Means he missed Malaysia very much. Kalau harga tiket ke Malaysia is same like to Spain, tiap2 tahun kita balik Malaysia Abbas, told me silently.
Without any custom check but of course with immigration control check, we started to look for Marbesol representative. We booked our car with them from www.doyouspain.com. I did compare with other companies and that is the cheapest one and the only website that we can booked without any deposit. Yang lain (within my searches...about 5 websites) need the credit card details.
Dah jumpa Marbesol representative, they brought us to their office about less than 5 mins from the airport. Tunggu punya tunggu (ada 2 customers lain) we got our car. Jep dapat Ford Focus 5 doors n we got Cordoba Seat saloon car. Yang best, masing-masing berdebar-debar to drive a left-hand drive car. My husband surrendered. Dia migrain (mabuk kapal terbang le..hehehe). So, Jep lead the way to our Apartment in Marbella.
Tu dia...dengan malam (around 10pm we started our journey), hujan lebat, kabus tebal and left-hand-drive-first-experience, masing-masing dah macam nak nangis. Aduh...co-pilot pun sama berdebar-debar. Alhamdulillah Tom-tom Jep berfungsi dengan baik. Our Garmin kalah. We just followed. So to others, please make sure your arrival time is before night. Otherwise you will face the same experiences.
Posted by Ina & Beib 0 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Monday, 1 March 2010
Our starting point to Spain
Do you know that you can save a lot of money and your friend's time by park your car at long stay parking at Stansted Airport? We only need to pay £24 for 5 days (11am, 15 Feb until 11pm, 19 Feb). You can choose your own time and date and they will give the rate. But please add another half an hour to your two-hours-before-departure-time since the transfer time between parking area and the airport is about 15 mins. Thanks to Jap for his concern on all these remeh2 matters. He even read thoroughly all the T&Cs applied on the receipt and agreement. Sometime I’m good doing this but not at most of the time….hehehe.
Our departure time was 16:00 and arrived there at 13:40 after bus ride. Then we moved to the punggah memunggah area just to make sure the check in bag is below than 15 kg and also to make sure the hand luggage bag is within the permitted size. Otherwise you will gigit jari to pay more or need to sedekah the excess items to the bin like Areej did (betul kan Areej?).
We did online check-in one week earlier. So at counter, they only check either we provide the right document (passport la kan) or not and tally with our details on boarding pass. We also drop our check in bag there and alhamdulillah the weight is 15.0 kg precisely. The next step was entering the security check-in. Kat sini yang mendebarkan. At the first post, everything was ok. Beg tak nampak gemuk and besar means tak payah timbang. Then, it was a very long queue towards scan area. Any bulky steel items semua kena removed. Coat apatah lagilah. My first daughter sangkut kat scan including me. The security women did thoroughly check-up on Sumayyah and did twice on me. Hemm…kena raba pastu kena scan lagi with metal detector scanner. Dah lepas, then my husband’s hand luggage pulakyang sangkut. He forgot to remove his camera and laptop from the bag. Laptop pun kena scan lagi. Pening diode, cathode, transistor dalam tu. Asyik kena scan je.
Dalam masa yang ada, we moved to the gate stated on the screen. Not on our boarding pass ok...so kena more alert otherwise you will be late. Macam saya lah kan. I told others that we should wait because on screen stated like that. Sib baik ada Jep, dia yang push kita gi ke gate. Sampai sana orang dah start beratur. Alhamdulillah tak panjang mana. And again, they check our hand luggage. Everybody must bring only one bag in hand. So yang mana ada tersangkut-sangkut kiri kanan tangan, kenalah letak in one bag.
All of us sit in one place. Alhamdulillah taklah berpisah-pisah. Dapat kami share our foods. Then, bermulalah perjalanan kami towards Spain. Eh lupa...sebelum naik kapal terbang, pakatlah beli air kat cafe and letak dalam beg (jangan lak dok pamer la kan). If not you need to pay £2.50 only for a bottle of small bottle of mineral water!
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Monday, 22 February 2010
Holiday to Andalucia, Spain
Sempena cuti sekolah anak-anak kali ini, kami terbang ke Andalucia, Spain. Berkobar-kobar juga rasanya nak ke sana sebab rasanya dah lama sangat tak naik kapal terbang. Hehehe...macam budak kecik pulak rasanya. Bermula dari Stansted Airport (15 Feb) ke Malaga Airport hingga ke tempat penginapan kami di La Reserve Apartment di Marbella dan pulang semula ke Stansted Airport pada 19 Feb. Memang terharu dan sangat best walaupun memang tak cukup masa.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Thursday, 11 February 2010
PTK TK3
Tengah malam tadi dapat email bagitau yang saya dapat sit for kursus PTK TK3. Tarikhnya April ni dalam masa 5 hari. Makk aikk..tak lama lagi tu. Tiket for sure la takde yang murah. Pastu nak minta kebenaran Prof pun satu hal lagi. Tengok calon pulak kebanyakannya calon favorite. Macam ada semangat je nak confirm yes. Bila scroll ke bawah sikit, ada lemah sikit semangat. Semua perbelanjaan (tambang perjalanan, makan dan penginapan sepanjang kursus) bagi kakitangan yang sedang sambung belajar hendaklah ditanggung sendiri. JPA, MOSTI, Nuklear Malaysia, tidak akan melayan sebarang tuntutan. Fuh...berfeluh saya membacanya.
Kalau macam tu takpelah, kita bagilah laluan kepada mereka itu. Duduk sini sampai dapat PhD. Mesti dapatkan PhD itu. Mesti mesti... Takkan lari gunung dikejarkan. InsyaAllah adalah rezeki Allah itu...
Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: My story
Thursday, 10 December 2009
Oh..my comel moley fingers
Sedang dok menjawab email supervisor, tetiba terperasan yang jari kelingking (jari paling kecik ) tu membengkak. Sebenarnya I did realized something wong happened with my cutest finger ni since last week. Masa tu terperasan ada seekor serangga (species? entah...) terbang from my table. So bila terpandang jari yang membengkak tu, ingatkan sang serangga tu lah yang menggigit. Tapi bila belek2 balik jari ni that's no sign of bite or sting. Ke jari ni pun dah kena penyakit macam kat kaki tu? Adoiyai..macam2 hal. But as my dearest hubby said, jauh dari nyawa tu... So I will do continue checking my comel moley fingers ni. If there is any doubtful sign, makanya kita akan kita fikirkan kemudian...hehehe.
Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: My story
Wednesday, 2 December 2009
Aduh...sakitnya
Malam tadi sebelum tidur saya gosok gigi macam biasa. Tapi ibu jari kaki rasa sakit macam kena gigit semut. Ingat memang betul dah semut gigit, tapi bila check takde la pulak. Lagipun sepanjang setahun dok kat sini, saya siap rindu dah dengan semut. Nak hilang rindu kat semut, saya gi lah intai2 kat satu rumah kakak ni (ampun kak y...mempublisitikan rumah akak). Habis gosok gigi terasa lagi... Aiikk, ni pehal lak ni. Sakit apa la pulak. Teringat pesan mak and kawan, biar rasa sakit tu sebab kena gigit bukan sakit dari dalam. Betul jugak tu, kalau kena gigit binatang at least kita tahulah sakitnya datang dari mana. Ni kalau datang dari dalam dah tentulah sakit kat nerve. Yang mana, semua ini jika tidak diambil pusing memang bakal membawa masalah di kemudian hari... cehh..
Bila dah siap baring bawah dua lapis selimut (satu selimut tebal, satu duvet 13.5tog...tebal kan...sejuk oii), terasa sakit lagi. Kali ni siap macam kena current electric dua tiga kali. Isshhh...ni memang nak kena tanya doctor-to-be kat cyberjaya sorang kat mansourah sorang ni... Cepat my nieces. Need your words. Nanti MakTeh tanya juga Doktor Pakar kita kat Paroi nuu...Itu pakar urat tu. hehehe...
Tapi Mimi, MakTeh rasa ada sikit besar la itu barang. Bila picit pun makin sakit lah. MakTeh tanya PakTeh , dia diam je tapi dia tolong gak picit kan. Ishhh...apa2 pun biarlah habis study ni dulu kan. Rasanya takde apa2 cuma sakit2 di musim sejuk kot..
Posted by Ina & Beib 5 comments
Labels: My story
Monday, 30 November 2009
Eid-Adh at 35 The Brambles
Abbas minta maaf..
Baba...opiya kan kan...
Sayang, maafkan segala kesalahan Ina...
Luv u Mak Teh
Luv u Mama...
Adik beradik di perantauan
Keluarga besarku di AidilAdha 2009
Posted by Ina & Beib 5 comments