BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 7 April 2010

Cambridge...as proud as the name

Belum pun habis cerita pasal Spain, saya dah buat entry jalan-jalan ke Cambridge. Bukan apa, takut terlupa. At least for Spain, Jap and hubbyku dah siap buat dah. Pagi Sabtu semalam, saya and hubby tercari-cari tempat nak meluangkan masa cuti. Ingat nak naik Portsmouth tapi tak jadi. Hubbyku teringat yang next month kita nak turun ke The South. Of course kita akan ke Portsmouth juga. Saya tetiba teringat punting at Cambridge. Hubbyku terus call his friend, Sofi yang akan ke Cambridge juga. So, kami pun mengikutlah Sofi and family ke Cambridge. Dia dah ke sana tiga kali. Makanya insyaAllah tiada masalah untuk mencari tempat berjalan.

Dari rumah kami ke Cambridge mengambil masa sejam 34 minit. Kami ikut poskod Saint Andrews Street CB2 3BQ instead of CB2 3BJ yang Sofi bagi. Dalam Tomtom kami, poskod yang Sofi bagi tu takde. Kami memulakan perjalanan dalam jam 12 tengahari setelah membeli chicken burger and nasi briyani di Burger Boys. Memang kami budget nak lunch di car park aje before berjalan di Cambridge nanti. Kami menggunakan M25 dan menyusur masuk ke M11 melalui Junction 27. Di M11 kami bertembung dengan Sofi. Dia stay di Travelodge area London. Kami exit di Junction 11 towards Cambridge(S)/Harston. Dari simpang tu ke tempat parking Grand Arcade tu mengambil lebih kurang 3.5 miles. Means tidak berapa jauh sangat lagi.

Lebih kurang lagi 2 miles nak sampai, kereta dah mula bersusun. Hari Sabtu kan, pastu plak shiny day. Tu agaknya semua orang pakat keluar. Tapi sejuk tetap sejuk lah kan. Bak kata hubbyku, This is London. Tu yang sejuk sepanjang tahun tu..hehehe. Kami agak berpusing juga sebab nak cari parking. Parking di Grand Arcade tu kira yang paling convenient sebab terletak di tengah-tengah kawasan wajib visit di Cambridge. Tu yang kami tak kisah walaupun kena queue agak panjang sebelum dapat naik ke multi-storey parking lot tu. Boleh juga visit website dia at http://www.grandarcade.co.uk/.

Selesai kami lunch di car park tu, baru kami memulakan perjalanan. Turun ke level 0, kemi menyusuri kedai-kedai besar yang biasa di High Street sebelum ke Market Square di tengah-tengah dataran. Dari situ kami menuju ke King's College Cambridge. Ingat nak masuk tapi tutup pulak. Rupanya tutup at 12.30 pm on Saturday. Masuk kena bayaran juga, adult £5 and bawah 12 free if datang dengan family. Dalam tu art centre, exhibition dan bangunan-bangunan yang memang class. Kami mampu tengok dari luar je. Yang terlintas di fikiran saya is bagaimana mereka menggunakan bangunan-bangunan bersejarah tu dan menarik pelancong mengunjungi tempat tu. Pada masa yang sama mereka dapat mengumpul fund untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaa. King's College sama je macam Kolej-kolej kediaman universiti. Bezanya bangunan-bangunan mereka yang memang gothic and bersejarah. Next entry saya akan upload pics pulak.

Next visit kami ke The Fitzwilliam Museum. Perjalanan ke sana mengambil 10 mins berjalan kaki dengan menyusuri beberapa lagi kolej. Kolej-kolej yang ini tidak dikenakan bayaran. Mungkin nilai sejarahnya agak kurang berbanding King's College. Muzium mengumpul kerja arts yang berharga berjuta-juta pound dan sangat artistik. Banyak juga lukisan dan kerja arts yang saya tak faham maksudnya. Sebenarnya banyak lagi muzium yang boleh dilawati tetapi semuanya kena bayar daa. Muzium ni aje yang free.

Kemudian kami berpatah balik ke King's College tadi untuk menuju ke Punting place. MasyaAllah punyalah cantik. So, kat sini saya letak sikit2 gambo2 nye ya..

4 comments:

Areej Torla said...

kak ina, burger boys tu kt ne??? nk try...hehe...pikir makan je sy ni :D

Anonymous said...

makteh...ghapo nye pic sume kechik...xnmpk pe pon.....

-mim's

Ina & Beib said...

La Areej...nmpak benar kak ina dah lama tak masuk blog sendiri wink wink..minta maaf bebanyak. lain kali call/text je le kak ina ni...
btw, makan jangan tak makan...ini lah masanya...

Ina & Beib said...

mimi, gambo tu curik dari FB pakteh ...tu yg kocik...heheheheh