BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 22 April 2010

Day 3: Cordoba & Granada

Perjalanan seterusnya kami menuju ke Cordoba. Di sana terdapat masjid terkenal, Mezquita Catedral de Córdoba. Ini pula addressnya Calle de Torrijos, 10, 14004 Córdoba, Spain. Untuk keterangan lanjut, visit blog cik abeku, Al Mursi. Dulu masjid tapi kini telah menjadi muzium. Bagi menghilangkan elemen pembinaan Islamik, mereka menutup pintu utama yang berbentuk kubah. Dari itu, akan wujud suasana suram seperti yang selalu ada dalam gereja. Bukan setakat itu, di siling-siling mereka pasti akan tambah ukiran-ukiran melambangkan kristianiti. Tapi dah namanya Islam kan... macam mana pun, kesenian milik Islam itu tetap ada.  Selain itu ada juga tempat bersejarah lain, Medina Azahara (14005 Cordova, Andalusia, Spain). Hanya hampir 30mins dari masjid. Yang sedihnya kami tak sempat nak ke sana sebab nak mengejar masuk ke Alhambra.

Berjalan-jalan di sekitar Mezquita Catedral.

Antara kubah yang di ubah


Kemudian kami menuju Granada. Sedihnya kami terpisah. Jep ikut jalan lain, kami ikut jalan lain. Jep ikut highway yang agak jauh tapi cepat sampai. Kami ikut jalan kampung yang dekat tapi dijangka lambat sampai. Masalahnya cik abeku memandu macam nak rak. Berdesup-desup. Yang bestnya kami melalui beberapa pekan kecik dan yang peliknya semuanya sunyi. Macam takde orang. Then saya baru teringat di Spain, waktu tengahari memang semua kedai (except shopping mall) dan office akan ditutup dan dibuka semula pada 4 petang. Patutlah...

Kejar punya kejar, akhirnya tak berjaya kami untuk masuk ke dalam palace tu. Hanya boleh jalan2 di taman. Tapi itupun, kakiku sudah mau tercabut berjalan. Ini addressnya  - The Alhambra (Palacio de Carlos V, Granada, Spain). Ticket pula 13euro dari http://www.servicaixa.com/nav/landings/en/mucho_mas/alhambra/alhambra.html?loce=en-home-center-3-1-LAALHAMBRA.

Pemandangan bandar Granada dari Alhambra. Sungguh melaut pandangan. Patutlah, bandar Granada adalah bandar terakhir yang jatuh ke tangan Kerajaan Kristian. Memang kagum, MasyaAllah.

Rakan seperjalanan

Istana Alhambra dari taman

Oh...berkenannya daku dengan minah Morocco ni. Zah..ambik aura ya..

2 comments:

Anonymous said...

aaaaaaaaaaa,best nyee :( -nana-

Hadi Hazman said...

bagus melawat tempat2 bersejarah ni... menambahkan ilmu dan pemahaman...
--Hanaffi--