Kiranya minggu ni la baru best sikit bekerja sebagai invigilator. Baru ada feel sebab jaga ramai student. Dalam 37 orang satu kelas. Itupun sepatutnya 40 orang tapi 3 orang tak tunjuk muka. Apa la diaorang ni, baru undergraduate dah tak datang ambik periksa. Dah tu 2 dari 3 student tu adalah Islam. Macam mana ni...
Seronok jaga exam ni sebab tengok kerenah masing-masing. Ada tu, bila kita kata dah boleh mula menulis, dalam ramai-ramai ada sorang budak tu duduk tegak je. Yang lain kira cam kusyuk la menulis atau membelek kertas soalan ataupun buat-buat tunduk tanda kusyuk. Lebih kurang lima minit jugak la si mamat punk tu duk tegak cam rambut dia. Sian gak kat dia. Kira cam ala-ala blur dan terpempan bila melihat soalan. Ala.. kita kan pernah rasa gak cam gitu dolu dolu..
Ada sorang mamat sikh tu, dari awal exam sampai ke minit minit terakhir, sibuk dok mengintai 'gadis ayu' kat sebelah dia tu. Rasanya meniru dah tu. Takkan nengok bende lain kot tapi tak tau la kan. Dia orang ni kan bukan boleh percaya sangat. Main bedal je semua orang... Caranya macam mana tau, dia cover dahi dia seolah-olah macam tengah pecah kepala dok memikir nak menjawab soalan. Pastu mata dia meleret sampai ke tepi dan cuba untuk memfokuskan retinanya mencari kertas jawapan minah negro tu. Memang power mata dia. Kalau masuk pertandingan jelingan mata paling leret, kira cam boleh menang tu. Tak caya? Tanya la saya sebab saya yang nampak.
Tapi yang bestnyer, saya tidak lah menggunakan kuasa veto ku untuk menegur dia. Kesian la. Kita pun dulu ada gak nak cuba buat tapi tak berani. Tapi memangbetul la, saya ni memang tak berani nak meniru dalam exam. Serius tak berani. Ada kawan saya tu, perempuan, tut tut nama dia. Berani betul. Habis tapak tangan sampai ke lengan penuh dengan formula. Selamba badak je dia meniru. Tak pernah kantoi pun... Tapi itu exam final la... Kalau setakat test monthly atau mid term tu, siap kertas jawapan mana-mana mamat yang terror tu berpusing satu kelas. Lecturers pun maleh nak layan. Yelah, berapa sangat lah marks nyer. Paling banyak pun 10%. Thats whay lecturers suka budak-budak buat assignment. Dah tentu kena lain-lain cara menjawab.
Saya ni kira bagus juga bila invigilate exam. Kita faham la kan student bila nak jawab soalan. Kalau kita dok berpusing satu kelas tanpa henti mesti la depa irritating kan... Tapi officer exam tu, memang betul rajin la. Sikit pun dia tak berhenti berpusing. Nasib baik la dia stay setakat setengah jam. Kalau tak sian budak-budak tu. Yang saya ni, dah officer dok berjalan, saya pun kena lah berjalan. Penat sungguh. Rasa cam nak tercabut kaki.
Esoknya saya kena invigilate budak special need. Mamat ni kena guna computer bila menjawab sebabnya dia tak boleh menulis laju. Dia hanya boleh menaip laju. Member lain buat 3 jam, dia buat 3 jam 45 mins. Best betul. Tapi memang betul lah. Masa saya tengok dia menjawab, memang keyboard tu cam mainan dia je. Laju gila menaip. Lupa pulak nak ambik timing. Bila kena buat graph or table, baru dia guna kertas jawapan. Mamat ni nampak cam terror sebab sikit pun dia tak keluar toilet, memang dok sibuk menjawab soalan je. Tapi bila lagi 20 mins nak habih, baru le dia sibuk minta clarify soalan. Saya kalut la cari lecturer dia... Dah habis masa baru ada sorang mamat ni datang bagitau kehendak soalan tu. So, dia dapat lah tambahan lagi 20 mins. Memang betul berpeluh saya hari tu jaga exam. Bayangkanlah berperap selama 4 jam 30 mins dalam bilik tu.. Fuhhh... Dan minggu depan sekali lagi kena jaga budak special needs..... sighs.
SALAM RAMADHAN 1440H
5 years ago
1 comments:
best nye!!bes nye..haha
kat mesia xde org yg wat exam cmtu ke?
exam gne laptop..
kan best..xde r nak teleng2 pale tulis jwpan atas paper..pemadam plak syik jatuh je..haha
Post a Comment