BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 6 March 2009

Kotornya lah London ni

Saya dok telek lah jari jemari ku. Masya Allah, buruknya. Serius... Rasanya setiap pagi saya menyalutkan losen ke seluruh badan, setiap kali naik bas saya akan sapu losen tangan, setiap kali sampai office saya sapu lagi, setiap kali keluar tandas saya sapu lagi, kiranya setiap kali lah.. Tapi kering juga. Kesian sungguh saya tengok kat jari sendiri.

Ini semua kesan udara sejuk. Kat sini udaranya sejuk dan kelembapan rendah. Nampak sahaja matahari mencanak tapi sejuknya sampai ke tulang. Sampaikan kami suka lagi hujan sebab selepas hujan, udara tidak akan menjadi terlalu sejuk. Mungkin haba panas yang dibawa oleh hujan membantu mengurangkan udara sejuk tu. Tapinya kalau hujan pula bahaya sebab jalan licin. Terutama kalau hujan ais lagilah. Tapi yang pastinya udara kat sini memang kotor. Cubalah sikat rambut tu tak kira lah bertudung atau yang lelaki. Mesti banyak habuk. Suami saya memang selalu membebel sebab rambut berhabuk. Hari-hari kena sikat. Semalam sepupu kami dari New Castle datang. Dia kata selalunya kalau balik dari London nanti, perkara pertama dia buat adalah korek hidung. Dan kus semangatnya tengok sisa-sisa hidung yang berwarna hitam tu.

Kat London ni memang kotor. Kalau kita berada di luar, memang kita takkan nampak kotor. Mungkin ini kesan kelembapan yang rendah. Masa sampai dulu, saya ingatkan bersih sangat lah kat sini. Yelah, rasa macam segar je. Tapi lama-lama saya perasan. Kalau asap kenderaan tu cepat sahaja akan dissolve dalam udara. Tu la pasal kita tak nampak udara kotor tu. Cumanya kat sini orang jarang buang sampah merata-rata. Tapi kalau buang puntung rokok merata memang dasyhat. Sebab kat sini peratus penghisap rokok memang tinggi. Ada makcik yang kerja kat Hospice di bawah rumah ni, dah tua betul masih lagi dok menghisap rokok. Yang kat dalam rumah ni pulak ... ish ish ish.

3 comments:

MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA said...

Yang kat dalam rumah tu tak leh nak didik lagi tu. Nanti tunggu bulan puasa nanti. berhentilah tu.ish ish ishhhhh

Ina & Beib said...

eee... terasa nampak..

Anonymous said...

ngeh2..hai pakteh!
st cabaran tu...badan da kurus,da cun da tu..x kan nak tggu bulan pose kot br nak cun kan yg lagi st tu...huhu~