BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 24 March 2009

The Letting Agents

Cerita pasal agen rumah ni memang rasa nak marah je. Dah rezeki kami dapat agen yang hampeh. So, saya sekarang tengah kumpul nama-nama agen beserta pro and cons nya. Jadi senang kawan-kawan kita dari Malaysia yang nak datang sini bersedia dengan sejumlah wang yang cukup dan berhadapan dengan perangai mereka yang macam-macam. Buat masa ni, maklumat yang saya ada cuma tiga agen. Satu agen kami, 1st Choice Properties dan dua lagi, Campsie dan James & Company.

1st Choice Properties
1. Agen ni Islam dan keluarga dia berasal dari Pakistan. Mereka ni memang cepat respond. Saya dapat contact dia dari Malaysia lagi. Bila sampai sini, saya terus call dia dan beberapa agen lain. Dia sahaja yang reply immediately. Yang lain, semuanya setelah dua tiga hari.
2. Dia ni ada unsur memaksa. Susah dia nak melayan untuk tengok lebih dari dua rumah.
3. Marketing memang power. Kira kalau Shiraz ni bercakap, memang kita akan termakan.
4. Bayaran yang kita perlu bayar semasa sign contract:
i. Upfront rental fee - sebulan
ii. Deposit sebulan (akan dipulangkan dalam masa sebulan dari tarikh kita keluar dan berdasarkan tahap kerosakan yang telah kita buat sepanjang tinggal di property tu)
iii. Charges (ini la yg paling mahal)- references (75 per adult) + guarantor 50 + admin 100 + inventory 100 + contract 50 = 450 pound selalunya sebab dua adult kan

Campsie
1. Ini agen mat saleh. Kira macam banyak tanya sikit lah.
2. Rajin juga update new property dengan kita.
3. The best thing is mereka tak memaksa. Kira macam Customer always win.
4. Tapi ada juga yang mengalami keadaan di mana mereka minta 7000 pound sebagai deposit. Kiranya mereka susah nak defend kita bila dapat landlord yang banyak songeh. Di sini pentingnya Financial Afidavit letter dari scholar tu. Pastikan scholar letak jumlah yang paling maksimum bagi membantu melicinkan urusan. Surat tu penting terutama bila buat visa, bagi kat universiti, bila nak buka akaun dan untuk urusan menyewa. Tak perlu buat breakdown jumlah yang kita dapat.
5. Bayaran yang kita perlu bayar semasa sign contract:
i. Upfront rental fee - sebulan
ii. Deposit rumah - 5 weeks
iii. Admin fees - 125 per adult

James & Company
1. Buat masa ni, saya rasa agent ni yang OK, ikut kata kawan-kawan.
2. Agent ni dah ada good experience dengan student Malaysia. That's why mereka happy nak terima kita.
3. Bayaran yang kita perlu bayar semasa sign contract:
i. Upfront rental fee - sebulan
ii. Deposit rumah - sebulan
iii. Admin fees - 189 atau 198. Tak ingat pulak

Nanti saya akan update lagi. Kalau kawan-kawan ada maklumat, sila maklum kat saya ya. Boleh juga kita bantu membantu antara satu sama lain.

0 comments: