Rasa bersyukur sangat malam ni. Dah boleh bangun, dah boleh main dengan Soffiya, dah boleh buat air sendiri and dah boleh pegang laptop. Lega rasa, alhamdulillah. Dah lama sebenarnya tak demam teruk ni. Rasa-rasa semenjak datang sini, inilah kali pertama demam teruk sampai tak boleh bangun. Selalunya biasa-biasa saja. Setakat pening, migraine tu .. kira macam takde hal lah. Sebab musabab tak sihat ni, tak tau lah. Agaknya penat sangat kot. Asyik berjalan je. Dah tu kerja kat rumah lagi. Campur pulak kerja rutin kat school. Tu yang akhirnya badan minta rehat kot.
Bukan setakat tu aje. Next week nak pindah rumah. Maknanya akan penat mengemas pulak. And next week juga ada meeting dengan supervisor (sebenarnya Khamis ni, tapi siapa lah yang nak cari nahas gi jumpa supervisor kalau takde apa-apa yang nak ditunjukkan). Maknanya kenalah ngadap laptop, data and jurnal yang melambak tu. Oppsss....lagi satu, next week juga hari mengadap muka agent yang akan buat inventory checking before moving out. Isshhh.... panas panas.
But the best part when abang zainal masakkan kami ikan terubuk masak asam pedas. Meleleh air liur. Jangan jealous yang lain naa.. Untung kak Linda. Tapi sebenarnya ada lagi yang paling best (ayat bahasa juga yang best..even the best means the best, tapi dengan guna bahasa paling best means the best and ever the best... hehehe.... marah orang bahasa nanti). Bila nak makan terus dapat, bila nak air terus dapat, bila nak apa-apa terus dapat. Best kan?
SALAM RAMADHAN 1440H
5 years ago
1 comments:
ala kesiannya... dah sihat dah ke? overwork kot na, tu yang takleh nak bangun... jaga diri tau...
Post a Comment