Pagi-pagi lagi kami check-out dok nak mengejar jejalan kat Edinburgh. Bandar yang paling kami nak nengok sebab semua kata Edinburgh tu cantik. Tu yang tak sabar tu...
Dalam perjalanan, kami singgah di Bamburgh Castle. Sebenarnya teringin nak g Alnwick Castle, antara tempat pengambaran Harry Potter. Tapi disebabkan kena bayar masuk and kalau nak tengok dari luar pun tak nampak, makanya kami g lah castle lain.

Barmburgh Castle dari bawah bukit. Bila sampai atas, view nya Masya-Allah memang magnificient. Atas bukit overlooking the North Sea. Nak masuk pun kena bayar. So, setakat ambil gambar kat luar je lah.

Macam biasa... sampai border England-Scotland, mesti kena stop juga. Takde beza pun, cuma yang kami perasan, scenary dah mula bertukar. Pemandangan hijau, berbukit, bergunung dah bertambah and cantik.

"Kat belakang tu padi huma England la Mak," Cik Abeku selalu je ngusik mak mertua dia sampai naik percaya Mak. Memang cantik betul ladang gandum ni, warna keemasan tu.
1 comments:
cntik betul!saujana mata memandang,bilo la lak sapai!
Post a Comment