BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 30 December 2008

Tuhan dia putih...

Satu hari tu, sedang kami menonton TV, anak sulung saya berbunyi, "Ma, tadi mayyah nampak tuhan kristian." Glup. Tak tertelan rasanya air liur bila mendengar seorang kanak-kanak berumur 5 tahun bercakap macam tu. "Tuhan dia putih, ma."

Apa la tindakan kita kalau kejadian tu berlaku di Malaysia. Mungkin kita akan melenting dan meminta supaya jangan memikirkan perkara tersebut. Sedangkan sekarang di bumi orang yang nyata mempunyai aliran agama yang jauh menyimpang dari Islam. Saya jadi terkelu lantas meminta bantuan suami.

"Sumayyah nampak Tuhan dia macam mana?".

"Tuhan dia macam orang, macam kita lah tapi putih sangat."
"Mayyah masuk gereja ya tadi?"
"Ha lah pastu kena nyanyi"

Suami memandang saya sambil menggeleng. Saya terdiam lagi.

"Baba, Allah tu macam mana?" Masya Allah, seawal 5 tahun kami terpaksa dan nampaknya wajib menerangkan isu ketuhanan kepada anak.

"Sumayyah, Allah tu tiada tandingan. Maha Besar. Maha Berkuasa."
"Macam Power Rangers ya Ba," anak kami yang nombor dua, Abbas pulak menyampuk.
"Pun bukan. Dia lagi Besar. Bukan macam manusia, bukan macam Power Rangers. Sebabnya, Dia lah yang menjadikan kita semua, kucing, anjing, laut, semua lah. Kalau Allah macam kita, macam mana Allah nak jadikan manusia." Panjang lebar jugak suami saya bercerita. Entah faham entah tidak lah anak kami tu.

"Patutlah Allah duduk kat awan kan Baba sebab Allah tu besar. Kalau kecil macam mana Dia nak tengok kita semua kan." Tarik nafas lega saya. Sekurang-kurangnya dia faham walaupun mungkin tidak sepenuhnya.

Sememangnya bersekolah di sini, hakikat mempelajari unsur-unsur ketuhanan Kristian terpaksa di terima. Di sekolah manapun, itulah yang budak-budak perlu belajar. Tahap permulaan adalah melalui lagu-lagu. Sampaikan Cikgu Sumayyah menulis nota kepada ibu bapa meminta anak masing-masing supaya lancarkan lagu-lagu tu. Sumayyah selalu juga menyanyikan lagu-lagu tersebut. Mula-mula tak terang sangat sebutan nyanyian tersebut. Tapi bila dah berulang kali, saya menangkap maksud lagu-lagu tersebut. Saya lantas meneliti bait-bait lagu mereka. Semuanya memuja baby jesus dan Bethleim. Saya terpaksa bertegas dengan Sumayyah.

"Lagu-lagu tu Sumayyah boleh nyanyi kat sekolah saja tau."
"Tapi Mayyah suka lagu baby jesus tu."
"Ingat, kita orang Islam. Lagu-lagu tu hanya untuk orang Kristian. Berdosa kalau orang Islam suka kat lagu tu."

Sejak dari tu, Sumayyah selalu bertanya pada saya lagu mana yang dia patut nyanyi. Ada la dua buah lagu dari sepuluh yang nampaknya tiada kaitan dengan ketuhanan. Ada juga suatu hari tu, Sumayyah menyanyikan lagu yang terkandung perkataan The Maker. Cepat-cepat saya bertanya, apa maksud The Maker? The Maker tu Allah lah, Sumayyah menjawab. Syukur Alhamdulillah. Anak saya telah mula mendalaminya.

Memang benar cakap beberapa senior. Selalunya kita akan merasai kepayahan di awal kehidupan dan persekolahan. Terpaksa menerangkan halal haram terutama mengenai makanan, mengenai ketuhanan, siapa Tuhan kita dan siapa tuhan kristian, mengenai bangsa dan bahasa. Hanya kita yang mampu membimbing mereka. Cuma perlu bersabar dan menerangkan yang nyata dan benar.

Anak adalah harta paling berharga. Walau setinggi mana ibu bapanya menuntut ilmu, jika terlalai dalam mendidik anak, tiada ertinya. Mereka amanah Allah.

Wednesday, 17 December 2008

Mrs Debbie & Mrs Gupta

Hari ini dalam sejarah... Memang sejarah. Buat pertama kalinya dalam hidup, saya kehilangan dompet duit. Sememangnya saya yang bersalah. Cuai... cuai... cuai... Tiada perkataan lain.

14 Disember 2008, Paddington Station - Sedang kami dengan selesanya mendapat tempat duduk, tiba-tiba seorang perempuan India (saya sebenarnya tidak pasti keturunan beliau, apatah lagi di tengah bandar London) datang kepada kami dan memaklumkan bahawa dompet duit hitam milik saya telah diambil orang. Dalam dua saat, saya terpana. Bagaimana boleh... Ya Allah, purse aku. Cepat-cepat saya ikut perempuan tadi ke tempat pertama yang kami kononnya nak duduk. Dia hanya menuding jari ke belakang, ke arah tempat duduk awal itu dan berbisik, "That woman put your black purse inside her luggage. Go and ask her." Allah, apa yang dah berlaku ni. Aku terus menuju ke perempuan tua tu dan bertanya dengan sopan, "Did you see the black purse with this size in here?" Perempuan kulit hitam yang agaknya tidak sampai seminit duduk berdepan dengan kerusi itu agak terpempan. Aku terpaksalah meminta maaf sebab seolah-olah terpaksa meletakkan dia di dalam situasi tersebut.

Perempuan tua tu (dia ke yang mencuri? macam tak percaya je..) dengan juga penuh sopan santun juga berkata yang dia tidak nampak. Saya berkata dengan lembut yang ada orang nampak bahawa dia telah meletakkan dompet saya tu ke dalam beg dia. "Oh no dear. I would not do that. You could see in here (sambil membuka zip beg dan membelek barang-barang dia), there's only my things." Sambil tu, aku senyum kat cucu dia. Cantik. Budak perempuan bermata biru, lebih kurang sebaya dengan anak saya. Bagaimana saya nak buat ni?

Saya berjumpa semula dengan perempuan India tadi. "You should find the policeman." Macam kan pak turut, saya ikut je cakap perempuan India tu. Saya terus dapatkan pemandu keretapi dan menceritakan apa yang berlaku. Beliau terus membuat panggilan ke polis yang bertugas, tapi talian terputus. Saya sempat bagi nama sahaja.

Pemandu keretapi tu kata dia tiada hak untuk membuka beg perempuan itu dan mencari dompet saya. Hanya polis yang boleh. Jadi dia minta saya buat laporan polis sebaik sahaja turun di Stesen West Drayton. Lagipun, keretapi akan bergerak dalam masa dua minit lagi. Saya terpaksa akur dan terus ke tempat perempuan tua tu. Dengan baik saya duduk di depan dia dan tidak menghiraukan langsung tangisan Soffiya yang mencari ibunya. Perempuan tua tu dengan lembut berkata, "I know how do you feel young lady. Not me to take your purse.. not me (sambil memeluk cucu dia). You should try to find out at the bin or toilet. Usually, the pick pocket only takes the things he or she wants and throw the purse away." Ada mat saleh yang berdiri di sebelah kami mengangguk dan mengiyakan cakap perempuan tua tu.

Saya jadi serba salah mendengar kata-kata dia. Kan macam baik tu... Saya dah tak tahu nak cakap apa. Lagi menjadikan saya serba salah bila perempuan tu memberikan nombot telefon dia dan memperkenalkan bahawa dia adalah Mrs Debbie. "Please do call me if you need anything. I am willingly to help you." Saya terpaku.

Sambil berjalan balik ke tempat duduk saya, perempuan India tu memegang saya dan berbisik lagi, "99% your purse is inside her bag. I saw it." Saya jadi tak tentu arah. Apa nak cakap lagi dengan perempuan tua tu. Saya berpatah balik dan memberitahu perempuan tua bahawa dia jangan risau sebab polis akan datang ke stesen keretapi di West Drayton (lebih kurang stesen ke lima atau keenam dari Paddington) untuk membuat siasatan (tiba-tiba je idea tu datang...). Perempuan tua tu nampak relaks dan mengatakan itulah yang sebaiknya. Saya bertanya lagi di station mana yang dia akan turun. "The first station, young lady."....

Dengan longlai saya menapak ke tempat duduk. Sambil tu, saya ternampak perempuan India tadi berjumpa dengan pemandu keretapi tadi. Apa lagi la perempuan ni, hati saya berdetik. Suami memandang saya. Saya tidak dapat nak tafsirkan samada pandangan tu pandangan marah atau simpati. Sambil memeluk dia, saya meminta maaf. Dia membalas pelukan dan tersenyum, "Ina memang cuai. Cepat call CIMB dan HSBC. Cancell kad kredit." Alhamdulillah tak marah sebab dia selalu tegur saya supaya berhati-hati dengan barang berharga.

Tiba-tiba pemandu keretapi tadi datang kepada kami. Dia minta kami terus buat laporan di Uxbridge sebab ada saksi yang nampak kejadian tu (sahlah perempuan India tu). Dia memberikan nama, no. pass dan rujukan perjalanan keretapi untuk diberikan kepada polis semasa membuat laporan nanti. Lagipun pemeriksaan melalui CCTV akan dibuat apabila ada laporan polis.

Saya terus mendapatkan perempuan India tadi dan mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan sokongan dia. Tidak lupa, saya mengambil nombor telefon beliau. (tapi rupanya saya lupa tekan butang save menyebabkan saya tidak dapat nak berhubungan dengan beliau... cuai lagi). Dimana agaknya Mrs Gupta ya?

Turun sahaja keretapi, kami terus mencari balai polis untuk buat laporan. Satu hal lagi, dimanakah balai polis? Hampir sejam juga mencari. Dalam pada masa yang sama, Alhamdulillah saya dapat membatalkan dua kad kredit tersebut dengan bantuan rakan HSBC Malaysia dan Kak Lang (Thanks to both of you). Sampai sahaja rumah, kad debit HSBC UK pula dapat dibatalkan. Syukur lagi sekali.

Entahlah...pengalaman ngeri atau berharga. Bagi saya kedua-duanya sekali. Antara Mrs Debbie dan Mrs Gupta. Dua karakter berbeza...

Sunday, 14 December 2008

First Try

Ini percubaan saya yang pertama. Tak tau la apa jadi... yang penting try. If not, tak tau how to blog. Asyik baca org punye je.. mesti nak ada sendiri kan...
First of all, do not ask why Nothing to Declare. Sebab memang takde apa pun. Tak tau lagi nak cerita pasal apa. But hopefully, by the time goes by, I would get a good idea or good story to tell about.
In my thinking is about anything. My life, my kids, my study or even about eating. Apa-apa la kan... Asalkan ada cerita. I don't care. Belasah je tulis.

Actually tulis menulis ni memang susah. In any language. Jangan kata in English susah la, Arabic payah la..Nak tulis dalam bahasa kebangsaan pun payah. Tengok la tulisan saya.. campur marba. Mengamuk orang bahasa.. Ya, I have to admit that our culture in Malaysia is moving that way. Bukan bahasa je.. orang talk in English pun camtu. Thats why ada English-lah...

Oh ya.. saya teringat pesanan dan azimat my big boss sebelum sambung belajar. Dia galakkan saya supaya mengajar anak untuk menulis jurnal/diari semasa pergi bercuti. "You should buy your kids book for journal or diary for them to write or scetch or draw anything they saw during the vacation. This is how you help the imagination and make them more creative on their ways. And the best thing is your create the ability or interest in writing". How brilliant that idea isn't it?