Sempena cuti sekolah anak-anak kali ini, kami terbang ke Andalucia, Spain. Berkobar-kobar juga rasanya nak ke sana sebab rasanya dah lama sangat tak naik kapal terbang. Hehehe...macam budak kecik pulak rasanya. Bermula dari Stansted Airport (15 Feb) ke Malaga Airport hingga ke tempat penginapan kami di La Reserve Apartment di Marbella dan pulang semula ke Stansted Airport pada 19 Feb. Memang terharu dan sangat best walaupun memang tak cukup masa.
Monday, 22 February 2010
Holiday to Andalucia, Spain
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Thursday, 11 February 2010
PTK TK3
Tengah malam tadi dapat email bagitau yang saya dapat sit for kursus PTK TK3. Tarikhnya April ni dalam masa 5 hari. Makk aikk..tak lama lagi tu. Tiket for sure la takde yang murah. Pastu nak minta kebenaran Prof pun satu hal lagi. Tengok calon pulak kebanyakannya calon favorite. Macam ada semangat je nak confirm yes. Bila scroll ke bawah sikit, ada lemah sikit semangat. Semua perbelanjaan (tambang perjalanan, makan dan penginapan sepanjang kursus) bagi kakitangan yang sedang sambung belajar hendaklah ditanggung sendiri. JPA, MOSTI, Nuklear Malaysia, tidak akan melayan sebarang tuntutan. Fuh...berfeluh saya membacanya.
Kalau macam tu takpelah, kita bagilah laluan kepada mereka itu. Duduk sini sampai dapat PhD. Mesti dapatkan PhD itu. Mesti mesti... Takkan lari gunung dikejarkan. InsyaAllah adalah rezeki Allah itu...
Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: My story
Wednesday, 10 February 2010
Oh...My milk bottle
Baru kata yang Soffiya dah tak ingat botolnya kan. Tapi malam tadi entah macam saya tercerita pasal botol susu dia on the way balik dari rumah Kak Norbayah. Lepas tu dia terus bad mood. Muka muncung and mencebek. Mula2 saya tak perasan. Bila budak2 semua dah tidur, baru husband saya cakap yang Soffiya tunjuk perasaan. Masa dia nak tidurkan Soffiya, Soffiya minta botol perlahan-lahan. Mungkin tak nak bagi saya dengar. Husband saya pujuk dia, buatkan milo dan terus pujuk sampai dia terlelap.
Gelak saya bila dengar husband saya cerita. Pandai sungguh dia tunjuk perasaan. Patut masa masuk rumah tu, dia tunjuk ragam. Saya malas nak layan sebab nak tengok yang dua orang lagi tu masuk tidur. Rupa2nya dia rindu dengan botol susu tu. Tu lah saya, sapa suruh saya cerita pasal botol susu tu lagi. Kan dia dah teringat balik dah...
Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: My kids
Monday, 8 February 2010
No more bottle...
Kiranya hari ni hampir seminggu Soffiya tidak berjumpa dengan milk bottlenya. Memang dah lama dah usaha kami untuk menghapuskan kegemarannya menghisap botol susu. Bermula dari memotong sikit puting botol susu tu sampai la kepada mencairkan susu tu. Tapi semuanya ala-ala gagal gitu. Bila dia hisap yang puting botol yang dah terluka tu, sian pulak nengok susu tu mengalir kat leher dia masa tidur. Dah tu seksa pulak saya asyik menukar sarung bantal. Pastu, kita cairkan pulak susu tu. Selalunya memang fresh milk penuh satu botol susu 9 ml tu. Then, dikurangkan pulak kpd ratio 70% susu: 30% air sampai kepada ratio 10% susu: 90% air. Yang paling akhir adalah beberapa titik susu sahaja. Semuanya dia telan je. Tapi paling parah, bila dia gonggong je botol tu bila dia rasa air tu tak sedap.
Yang menguatkan hati saya untuk memisahkan botol kesayangannya tu bila saya perasan gigi depan dia dah mula pendek sebelah. Tu yang dia makin sedap letak puting botol tu kat gigi yang separuh pendek tu. Ala, takut pulak gigi dia jadi macam gigi abang dia si Abbas tu. Saya pernah dan selalu letak susu yang sama dalam cawan sedut tu dan bagi dia. Selamba je dia buat muka macam nak muntah. Seolah-olah macam minum air basi. Geram betul rasanya. Maknanya dia memang nakkan puting tu je.
Bila malam pulak, dia akan minum paling kurang pun dua botol semalam. Ada sekali dua tu sampai lima botol satu malam. Mak aii..yang jenuhnya sayalah. Dok bangun tidur bangun tidur bagi dia botol susu. Tang siang pulak, kami dah bolehlah control dia dari menyusu. Dari pagi dia minta botol susu, tapi dalam jam 6 pm baru dia dapat.
Yang bestnya last week, Selasa. Dia telah menghilangkan botol susunya sendiri. Then malam tu, kami naik central London. Macam biasa dia dah mula mengantuk dalam kereta and minta botol. Saya tanya dia balik, mana botol susu tu. Soffiya jatuhkan and hilang. Mana dia... Dia terus je merengek dalam 5 mins. Lepas tu terus terlelap. Bila sampai rumah, puas kami mencari then terjumpa kat tepi sofa. Dapatlah dia minum susuu malam tu. Esoknya sekali lagi botol dia hilang. Saya hangin la kan. Saya biarkan je dia merengek. Sambil tu saya teruskan tanya dia balik, mana botol susu. Mama tak tahu Soffiya letak mana. Soffiya yang hilangkan. Dia cebek je and terus minta milo (fresh milk + chocolate flavour).
Bila malam, berdebar jugak kami menantikannya. Memang malam pertama and kedua tu sungguh mencabarlah. Saya terpaksa menepuk dia dan memujuk dalam 15 mins setiap tepukan. Lebih kurang 3 kali dia terbangun minta susu. Saya cakap bende yang sama dan dia terus minta milo. Esoknya saya jumpa balik botol tu tapi terus saya sorokkan.
Sekarang ni alhamdulillah sangat, dia dah tak minta botol susu. During breakfast, dia akan minum satu mug milo. Petang satu cawan sedut milo, sebelum tidur secawan lagi dan waktu tidur jam 4-5 am secawan lagi. Tapi kekadang tak bangun langsung. Makan tak payah cakaplah. Makin bertambah2 lah selera makannya. Oh lupa.. ada satu malam tu, dia bangun minta makan choco crunch (cereal) with milk. Tu memang sah lapar lah tu...
Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: My kids