Setelah penat dok melayan si Shiraz, kami mengambil keputusan untuk terus stay kat 92 Albert Rd until the end of April. Payah pulak melayan ragam mereka ni. Sebenarnya kami tahu apa tujuan utama mereka buat macam tu. Rasanya gini. Mereka akan dapatkan tenant untuk menggantikan kami di Albert Rd tu dan kami pula pindah ke Bentick Rd. Maknanya mereka dah jimat masa dan tenaga dengan mendapat dua sekali tenant untuk dua property. Cerdikkan...
Memang la cerdik in term of their munies. Tapi kita lah yang tercekik dan kena cekik. Tak habis-habis kena cekik dari mula datang lagi. So, takkan nak kena gak cekik lagi kot. Kita orang pun malas dah nak berurusan dengan 1st Choice Properties ni. Biarlah mereka kenakan bangsa lain jangan Malaysian lagi.
Tup tup sehari selepas inform Shiraz pasal kami tak moh dah nak pindah-pindah, tiba-tiba bini dia call saya. Dia bagitau ada Malaysian nak stay kat Albert Rd and kami bolehlah pindah ke Bentick Rd. Saya yang memang tak berapa berkenan nak bercakap dengan dia teruslah bagitau pasal communication saya dengan Shiraz semalam tu. Dia terkejut dan kata takkan you nak lepaskan rumah di Bentick Rd tu. Saya terus kata please bagi rumah tu pada Malaysian yang dimaksudkan tu. Kami memang tak kisah dan akan stay until 30 April.
Lagi satu yang menyebabkan kami malas nak bagi Malaysian duduk Albert Rd tu is tingkap rumah tu takde double glazing. Cukuplah kami rasa siksa duduk situ. Bayangkanlah, musim sekarang ni orang dah tak buka heater dah sebab dah spring. Kami ni masih lagi lah pasang heater. Rasanya mat saleh pun tak duduk dah rumah kalu takde double glaze...
Sunday, 26 April 2009
The worst letting agent (Part 3)
Posted by Ina & Beib 0 comments
Labels: Letting agent, My story
Wednesday, 22 April 2009
Here I come my blog...
Rasa bersyukur sangat malam ni. Dah boleh bangun, dah boleh main dengan Soffiya, dah boleh buat air sendiri and dah boleh pegang laptop. Lega rasa, alhamdulillah. Dah lama sebenarnya tak demam teruk ni. Rasa-rasa semenjak datang sini, inilah kali pertama demam teruk sampai tak boleh bangun. Selalunya biasa-biasa saja. Setakat pening, migraine tu .. kira macam takde hal lah. Sebab musabab tak sihat ni, tak tau lah. Agaknya penat sangat kot. Asyik berjalan je. Dah tu kerja kat rumah lagi. Campur pulak kerja rutin kat school. Tu yang akhirnya badan minta rehat kot.
Bukan setakat tu aje. Next week nak pindah rumah. Maknanya akan penat mengemas pulak. And next week juga ada meeting dengan supervisor (sebenarnya Khamis ni, tapi siapa lah yang nak cari nahas gi jumpa supervisor kalau takde apa-apa yang nak ditunjukkan). Maknanya kenalah ngadap laptop, data and jurnal yang melambak tu. Oppsss....lagi satu, next week juga hari mengadap muka agent yang akan buat inventory checking before moving out. Isshhh.... panas panas.
But the best part when abang zainal masakkan kami ikan terubuk masak asam pedas. Meleleh air liur. Jangan jealous yang lain naa.. Untung kak Linda. Tapi sebenarnya ada lagi yang paling best (ayat bahasa juga yang best..even the best means the best, tapi dengan guna bahasa paling best means the best and ever the best... hehehe.... marah orang bahasa nanti). Bila nak makan terus dapat, bila nak air terus dapat, bila nak apa-apa terus dapat. Best kan?
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: My story
Thursday, 2 April 2009
Puding Roti Bakar sesuka hati saya
Akhirnya saya berjaya menyediakan satu resipi yang boleh diingati. Puding roti bakar ni memang saya selalu buat di sini tapi masalahnya tidak pernah sama rasa. Ini kira kes buat kuih tu guna konsep campak buang. Nak tergelak pun ada sebenarnya. Bukan apa, macam orang pro la konon. Bila orang tanya, saya akan kata senang je, campak buang je. Tapi memang senang pun. Ini dianggap paling basic. Kalau nak tambah flavour, nak top up benda-benda lain mesti best punya.
Mula-mula ambil blender. Pecahkan 4 biji telur kat dalam blender. Masukkan 5 sudu makan gula. Seeloknya letak 4 sudu dulu. Dah blend dalam sesaat dua, then rasa. Tak cukup manis, baru tambah lagi. Masukkan pula double cream (medium size). Kalau di Malaysia, guna je setin susu cair. Dah masuk double cream, tambahkan air kat dalam bekas double cream dalam takat hampir penuh. Kira takde membazir la ceritanya. Dah tu sesudu kecil vanilla kalau suka. Kemudian, blend dalam lima enam saat. Tak perlu lama sebab kita bukan nak buat kek cuma cukup nak bagi sebati.
Bekas adunan untuk dibakar tu, kita atur roti. Saya selalu gunakan depan dan belakang roti buku Hovis tu. Kerat empat atau enam. Dalam dua keping dah cukup. Jangan guna bahagian tengah sebab nipis, tak best. Sebaiknya roti keras macam roti Perancis tu. Kemudian saya tuangkan semua adunan dari blender tu dan tabur kismis. Saya kira masa persediaan sehingga tahap ni tak sampai pun sepuluh minit, lebih kurang enam minit je.
Kemudian bakar puding tu dalam sejam setengah berdasarkan kekuatan api oven. Yang penting kita nampak bahagian atas dan kelilingnya akan jadi coklat keemasan. Lagi satu, kasi goyang-goyang sikit bekas tu. Kalau adunan tu still bergoyang, makanya belum la masak lagi.
Kadang kadang saya suka juga tambah apa patut macam pisang dan chocolate chips. Ada sekali tu saya letak kek marble bentuk jejari. Kiranya letak je apa yang patut, mesti ok punya. Kalau dah buat, kasi la komen. Boleh buat penambahbaikan. Selamat mencuba terutama kat Nadia. Nak tumpang masak kat rumah pun ok je. Hihihi...
Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: Resipi