BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 27 October 2009

No more halal food at Southall McD

Habis keje kat school around 5.30pm tadi, cik abeku menjemput saya. Sekarang ni malam dah cepat. Maghrib masuk jam 4.45pm and Isyak jam 6.35pm. Tu yang tak berani nak balik sendiri. Gelap.

Masuk kereta, anak-anak bising kata nak makan McD. Rupa-rupanya memang baba diaorang dah bagitau awal yang we will have dinner at McD. Cik abeku dah lapar tahap gaban. Dia tak amik lunch sebab kenyang belasah karipap Jep. Saya pun tumpang gak happy nak makan luar walaupun kepala serabut pikir pasal Monte Carlo simulation.

Dalam perjalanan towards Southall memanglah menyakitkan. Sesak gila jalan. Tapi padanlah muka sebab waktu tu memang waktu orang balik kerja kan. Sepanjang Uxbridge Road di Hayes sampailah Southall, naik bengkak telinga ni dok dengar cik abeku membebel. Ish...dah lah jalan jammed, cik abeku pulak bising..adusss. Yang budak-budak kat belakang pulak lagi lah... Bila nak sampai Ma? Kenapa lama sangat Ma? Abbas dah lapar ni... Sabar je lah.

Bila dah nampak riak-riak McD tu memang makin menjerit la budak-budak ni terutama Soffiya. Sebab dah lama tak bawa diaorang ke situ. Masuk je kedai, saya terus ke port biasa. Tunggu cik abe masuk nak tanya dia nak makan apa. Alih-alih cik abeku sampai kat meja dengan muka cuak sambil memuncungkan mulut dia kat kaunter. Apahal? Saya terus ke sana dan dengan hampa ada sign kat situ : Halal food trial period is ended. Aduss...

Monday, 19 October 2009

Selamat berjuang Ruzalina

Kiranya bulan depan saya akan memasuki fasa kedua dalam hidup sebagai PhD student. Do I am happy? Do I am satisfied wih my own progress? Hemm... fikiran pun dah start nak berkecamuk dah. Bukan apa.. I did quite a number of experiments and analysis. Memang well done lah to myself. Tapinya, saya tak reti camne nak relate between my results with the theoretical side. Yelah... selalunya memang dok buat research and direct interprate the data as it is. Tak da nak korek2 dari mana dia mai, tang mana dia masuk. Memang serabut.

Last week saya minta my supervisors to attend his lectures. Itu pun after read through the books suggested by him and try to do online simulation (MC). Haiya.. tak paham lorr.. Dia bagi lagi reference from Particle Data Group (Particle Physic). Saya baca lagi dengan penuh perasaan. Ayoyo... ini apa cite ni? Memang bengang betul bila tak paham. Lagilah saya nak gi class to fresh back my basic knowledge. Lagipun he is an undergraduate lecturer for high energy physics. So, rasanya takde hal lah pun nak join kan. Alih-alih dapat email from him to meet him on Monday (today) to discuss further on this matter.

Bila nak jumpa supervisor, makanya saya kenalah menggeletar lagi. Entahlah, si Prof tu bukan main baik lagi. Tak pernah merendah-rendah kan saya malahan selalu mengatakan yang u can do it. Tapinya, saya tetap gabra. Adoiyai... Prepare la saya seadanya dengan penuh kemalasan pada Ahad malam Isnin. Abang Zainal yang baru sampai pun macam kagum je nengok adik dia bertungkus lumus mengadap buku-buku tebal kat atas meja beserta kertas2 jurnal yang melambak. Tergelak kat diri sendiri. Pastu padan muka pun iye gak sebab kerja last minute. But that's me maa... I am doing very good work when it gonna come to the end. My mind will give very good critical thinking at that time. And the results...tadaa... 85% berjaya. Maknyanya if I did started the works from the beginning, it gonna reach 99% or even 100%. Habih camno.. dah selalunya gitu. Dari SPM sampai UM sampai PTK and sampai la ni... Bila mau ubah pun tak tau...

Bila jumpa tadi, seperti biasa my Prof membuka bicara dengan How is it Ruzalina (pronouce it as Ruzlina)? Hemm...itu ayat pertama saya dengan tangan membuka nota-nota saya malam tadi. Ok Ruzalina... electrons and photons are very good.... blah blah blah... But Prof, I love to do all the practical things. It mess me when it come to the theoretical side. How do I relate... blah blah blah.... Ruzalina, remember you are not expected to be master in all this matters. You should focus... blah blah blah... Lepas setengah jam.... Ok Prof. I agree with that and will try. I will get David's help (my second supervisor) for this.

Huhh... tak berjaya juga saya nak masuk kelas dia. Kenalah saya belajar sendiri sambil mengagak-agak apa yang patut. David pun siap offer macam biasa. Dia memanglah dah selalu kena kejar dengan saya. Prof selalu takde. Alhamdulillah, dia tinggalkan David untuk saya. Kalau tak lagi serabut lah saya jadinya. Makanya dari hari ini, saya kena bekerja lagi kuat untuk memaham mende-mende yang serabut tu untuk memastikan tidak menjadi serabut. Ok Ruzalina... you can do it...

Tuesday, 13 October 2009

Rendang Raya... Lemang Raya... Kuih Raya...

Tak sabar betul menunggu 26 September yang lalu. Memang hari-hari menghitung hari. Dah dekat-dekat tu, menghitung jam la pulak. Resah je rasa. Kenapa erk?

Sebabnya menunggu Kak Hajah Norbayah bawa kiriman raya dari Seremban... Ya Allah, seronoknya tak terkira. Saat-saat bahagia tu memang mendebarkan. Pukul 3 petang, cik abeku dah bertolak ke Stansted Airport. Flite kakak tiba jam 4.30pm. Lagi pun, memang cik abeku dah biasa ambil orang kat sana. Dia dah pandai budget masa tapi dengan harapan M25 tak jammed. Otherwise, si penumpang kena melangot menunggu. But so far, alhamdulillah... belum ada masalah lagi.

Yang saya kat rumah, berdebar-debar. Satu, debar gembira sebab 90% barangan kiriman selamat akak bawa. Sempat Mimi berFB dengan saya selepas dia hantar barang kiriman tu kat kakak. Satu lagi, berdebar takut tak lepas la pulak. Ish ish ish... memang tak senang duduk jadinya saya.

Lepas cik abeku jemput kakak, kami terus ke rumah Kak Fiza and Abang Zul. Kononnya menolong memotong sayur-sayur untuk masak londeh. Esoknya ada Majlis Hari Raya Malaysian Brunel. So, barang-barang tu kami tak sempat tengok pun lagi.

Habis je urusan kat rumah Kak Fiza, rasa tak sabar nak sampai rumah. Saya memang nak kejar kuih raya la apa lagi. Cik abeku nak tengok lemang Kak Lang. Yang anak-anaku, tak tau apa-apa... sampai rumah terus tidur.

Memang seronok sakan saya tengok kuih raya. Tiba-tiba penuh satu meja. Rasanya raya kat Malaysia pun tak banyak cenggini. Best sungguh. Tiba-tiba rasa disayangi, rasa dicintai, rasa tidak dilupai. Memang cayalah kat U all. Sayang kat semua. To Mimi, thanks for all your efforts. To Mak, rendang Mak memng syahdu dan class la. Yang muruku and empeyek sekejap je dah habis. Nanti Mak buat lagi erk...hehehe. To Kak Lang, lomang Kak Lang memang tiada tandingan. To Uda, kuih-kuih and kerepek-kerepek, memang best. Kad raya from anak-anak Uda also. You all memang best lah. Tak pernah lupa kita orang kan. To Juli, thanks for tart, almond london, samperit, kek lapis Sarawak yang memang kami tunggu. Perkara pertama kami buat bila dapat barang was makan kek lapis lah... Memang class. To Achik, walaupun Achik bagi biskut mazola satu tin susu besar dengan sebalang kuih, tetap tak cukup. Your mazola is the best. Soffiya siap makan dengan sudu je habuk kuih tu. To ibu mertuaku, cookies chef wan tu best la mak. Ina lupa nak ambik resipi tu. Next year ada lagi tak? hehehe...

Last but not least, thanks and hugs and kisses to all our family; Seremban 2, Taman Bukti, Paroi, Nilai, Rasah, Kampung Bemban, KL. You're the best....muahhmuahhmuahhh.

Thursday, 1 October 2009

Setelah sekian lama...

Dah lebih sebulan saya tidak menulis apa-apa untuk blog sendiri. No good story to share or maybe no idea to write on. Lagi pun memang bulan puasa hari tu agak mencabar bagi saya. Dah lah terpaksa berpuasa sehingga 17 jam, pastu jauh pulak dari keluarga tercinta. Memang mencabar dan tercabar. Kami berusaha juga untuk memeriahkan anak-anak dengan memanggil kawan-kawan untuk berbuka bersama-sama di rumah kami. Dapat juga anak-anak saya bermain dengan kawan-kawan seMalaysia. Mungkin jiran sebelah naik pening dok dengar suara budak-budak dengan bunyi turun naik tangga masa derang bermain. Tapi, kalau jiran saya bising, alamatnya dia pun nak kenalah juga sebab anjing-anjing kesayangan dia dok memekak gak tak kira waktu.

Dalam bulan puasa tu, saya pun agak menghadkan pergerakan ke school. Lebih kurang dalam 2, 3 kali seminggu je saya ke school. Terasa betul badan lesu. Tapi alhamdulillah, masuk minggu kedua Ramadhan, jumlah jam berpuasa semakin berkurang dan lebih kurang seminggu sebelum raya, waktu berbuka dah seperti waktu berbuka di Malaysia.

Bila tiba malam raya, terasa begitu berdebar. Selalunya saya akan sibuk membantu mak mertua dan mak menyiapkan juadah untuk malam takbir. Secara rutinnya, dua hari sebelum raya, saya akan membuat rendang dengan mak mertua dalam lebih 10 kilo daging. Saya selalu akan buat sekali untuk keluarga Mak di Paroi dalam 3 - 5 kilo daging. Pada hari mantai (sehari sebelum raya), saya tinggalkan pembantu di rumah Mak mertua untuk bantu siapkan juadah takbir raya di Rasah. Yang saya pulak, akan bantu Mak di Paroi bersama adik-beradik lain, juga untuk juadah takbir. Syukur juga, kami di berkahwin dengan keluarga sendiri dan mertua yang dekat antara satu sama lain. Rumah sendiri pun memang area Seremban juga. So, memang takde masalah balik kampung apatah lagi jalan sesak. Kira selamat sikit la.

Bagi nak menghilangkan sedih, kami menjemput beberapa rakan rapat untuk bersama-sama bertakbir dan bertahlil. Sekurang-kurangnya anak-anak tidak kehilangan suasana takbir tu walaupun jauh dari Malaysia. Tapi memang sedihlah. Dapat pulak bersama rakan-rakan senasib...lagilah.

Pagi-pagi raya, bersemangat sungguh budak-budak bangun nak pakai baju raya walaupun mereka tahu yang baju-baju tu adalah baju raya tahun lepas. Sayu sungguh rasa. Faham benar mereka bila cakap kita bukan kat Malaysia. Bukannya tak boleh nak pos, tapi adik beradik sedara mara kat Malaysia nun dah banyak dah berkorban dan berbelanja untuk kami pasal bab-bab makan kami kat sini. Sebut je orang Malaysia nak mai London, memang ada je kiriman untuk kami. Tak perlu pos pun so far.

Yang kesiannya, Soffiya takde baju kurung. Baju tahun lepas, tailor tersilap buat kain. Tang baju je boleh pakai. Yang syukurnya, di pagi raya ada juga orang Malaysia yang mai London. Anak Dr Wan Manshol, Wan Syaza. Dia perlu daftar di Kent University on 19-20 Sept. Apa lagi, rezeki Soffiya lah berbaju kurung baru. Awal-awal lagi Mak Yang buatkan 2 pasang baju kurung untuk dia. Abbas pun dapat songkok baru dari Dr Wan setelah saya pesan. Lain-lain dapatlah kuih tart, coklat cookies, bahulu and cakar ayam from both my senior officers, Dr Wan and Dr Zul. Thanks to both of them.

Dah ambik Syaza, kami bergerak ke Malaysian High Comm di Knightsbridge untuk solat raya. Alhamdulillah sempat. Imam dah angkat takbir. Lagi satu alhamdulillah raya di hari Ahad. Kalu raya Isnin, solat di Brunel je lah nampaknya. Tak pasal lah kami nak bayar 8 pound for congestion charges. Dari sana kami terus ke rumah Abang Khir and Kak Lily. Mereka buat open house untuk adik-adik mereka ni. Abang Khir ni kira Tok Penghulu Malaysian di Brunel la. Then, kami ke rumah Loko and the gang. Rajin sungguh budak-budak bujang ni buat open house. Siap ada sate lagi. Selesai solat jamak qasar di rumah Loko, kami bergerak ke Kent untuk hantar Syaza. Ingat di hati nak gi rumah TYT, pun open house until 5pm. Tapi badan dah tak larat dah. Hantar Syaza and alhamdulillah arrived home around 7.30 pm. Penuh aktiviti kami di Hari Raya pertama. Walaupun penat tapi puas. Anak-anak pun tak merengek nak pergi beraya. Alhamdulillah...


Kawan-kawan senasib di Malam Raya


Suasana di dalam High Comm


Di luar High Comm. Memng ramai orang sampai makanan pun tak cukup. Sambutan di luar jangkaan.


Di rumah Abang Khir and Kak Lily. Di hujung kiri tu anak Dr Wan, Wan Syaza.


Kami di Canterbury Park setelah menghantar Syaza.