Thursday, 28 May 2009
Meehoon Ladna: Kids love it
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Resipi
Wednesday, 27 May 2009
Today is my birthday...
33 tahun dah umur saya. Dah tua dah... Ceh... ini kes nak cover line la ni padahal ilmu belum cukup di dada. Phd pun belum habis. Maknanya perjalanan hidup ni masih jauh lagi. Banyak lagi yang perlu kita lalui dan jelajahi. Pada saya, setakat umur yang telah dikurniakan Allah ni amat-amat lah saya syukuri. Dengan suami yang penyayang, 3 anak comel yang cerdik, kesihatan yang cemerlang, pekerjaan yang ok, keluarga yang supportive, rakan-rakan yang ramai... semualah. Saya menadah tangan mengucap kesyukuran teramat sangat. Semoga keadaan hari ini menjadi bertambah baik dengan rahmat dan kurniaanNya yang berpanjangan. Amin ya rabbal alamin.
Posted by Ina & Beib 0 comments
Labels: My story
Sunday, 17 May 2009
0 degree at Greenwich
Cik Abeku... berebut tu nak amik gambo kat situ...
Mencecahkan kaki di 0 degree...
Pemandangan dari atas 0 degree tu.. in the middle tu is Queen's House. Kami tak masuk pun sebab dah lapar. Yang sebelah kiri tu is National Maritime Museum.
Ini lah the best part...
Di dalam National Maritime Museum
Keluarga Malaysia di depan National Maritime Museum
Queen's House
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Jalan-jalan
Friday, 15 May 2009
Just to share...
Sebenarnya kepala tengah sakit dok buat graph ni. Problemnya how do you want to manipulate the data and make it presentable without give the audience an headache to understand the graph? So, dalam dok pening-pening ni baik saya upload gambar anak-anak kesayanganku ni. Moga-moga lepas ni dapat lah idea. Amin.
Gaduh kat dalam train nak berebut duduk sebelah mama.
Ha..duduk elok-elok cam gitu kan ok... Muka tak puas hati sebab Soffiya and baba yang dapat duduk ngan mama.
Anak dara saya yang dah besar dah.
Budak baik, Soffiya di Portobello Road.
Sementara tunggu makanan sampai di Restoran Melati, Chinatown.
Di Chinatown
Posted by Ina & Beib 0 comments
Labels: My kids
Thursday, 14 May 2009
Inivigilator cemerlang gemilang and terbilang
Kiranya minggu ni la baru best sikit bekerja sebagai invigilator. Baru ada feel sebab jaga ramai student. Dalam 37 orang satu kelas. Itupun sepatutnya 40 orang tapi 3 orang tak tunjuk muka. Apa la diaorang ni, baru undergraduate dah tak datang ambik periksa. Dah tu 2 dari 3 student tu adalah Islam. Macam mana ni...
Seronok jaga exam ni sebab tengok kerenah masing-masing. Ada tu, bila kita kata dah boleh mula menulis, dalam ramai-ramai ada sorang budak tu duduk tegak je. Yang lain kira cam kusyuk la menulis atau membelek kertas soalan ataupun buat-buat tunduk tanda kusyuk. Lebih kurang lima minit jugak la si mamat punk tu duk tegak cam rambut dia. Sian gak kat dia. Kira cam ala-ala blur dan terpempan bila melihat soalan. Ala.. kita kan pernah rasa gak cam gitu dolu dolu..
Ada sorang mamat sikh tu, dari awal exam sampai ke minit minit terakhir, sibuk dok mengintai 'gadis ayu' kat sebelah dia tu. Rasanya meniru dah tu. Takkan nengok bende lain kot tapi tak tau la kan. Dia orang ni kan bukan boleh percaya sangat. Main bedal je semua orang... Caranya macam mana tau, dia cover dahi dia seolah-olah macam tengah pecah kepala dok memikir nak menjawab soalan. Pastu mata dia meleret sampai ke tepi dan cuba untuk memfokuskan retinanya mencari kertas jawapan minah negro tu. Memang power mata dia. Kalau masuk pertandingan jelingan mata paling leret, kira cam boleh menang tu. Tak caya? Tanya la saya sebab saya yang nampak.
Tapi yang bestnyer, saya tidak lah menggunakan kuasa veto ku untuk menegur dia. Kesian la. Kita pun dulu ada gak nak cuba buat tapi tak berani. Tapi memangbetul la, saya ni memang tak berani nak meniru dalam exam. Serius tak berani. Ada kawan saya tu, perempuan, tut tut nama dia. Berani betul. Habis tapak tangan sampai ke lengan penuh dengan formula. Selamba badak je dia meniru. Tak pernah kantoi pun... Tapi itu exam final la... Kalau setakat test monthly atau mid term tu, siap kertas jawapan mana-mana mamat yang terror tu berpusing satu kelas. Lecturers pun maleh nak layan. Yelah, berapa sangat lah marks nyer. Paling banyak pun 10%. Thats whay lecturers suka budak-budak buat assignment. Dah tentu kena lain-lain cara menjawab.
Saya ni kira bagus juga bila invigilate exam. Kita faham la kan student bila nak jawab soalan. Kalau kita dok berpusing satu kelas tanpa henti mesti la depa irritating kan... Tapi officer exam tu, memang betul rajin la. Sikit pun dia tak berhenti berpusing. Nasib baik la dia stay setakat setengah jam. Kalau tak sian budak-budak tu. Yang saya ni, dah officer dok berjalan, saya pun kena lah berjalan. Penat sungguh. Rasa cam nak tercabut kaki.
Esoknya saya kena invigilate budak special need. Mamat ni kena guna computer bila menjawab sebabnya dia tak boleh menulis laju. Dia hanya boleh menaip laju. Member lain buat 3 jam, dia buat 3 jam 45 mins. Best betul. Tapi memang betul lah. Masa saya tengok dia menjawab, memang keyboard tu cam mainan dia je. Laju gila menaip. Lupa pulak nak ambik timing. Bila kena buat graph or table, baru dia guna kertas jawapan. Mamat ni nampak cam terror sebab sikit pun dia tak keluar toilet, memang dok sibuk menjawab soalan je. Tapi bila lagi 20 mins nak habih, baru le dia sibuk minta clarify soalan. Saya kalut la cari lecturer dia... Dah habis masa baru ada sorang mamat ni datang bagitau kehendak soalan tu. So, dia dapat lah tambahan lagi 20 mins. Memang betul berpeluh saya hari tu jaga exam. Bayangkanlah berperap selama 4 jam 30 mins dalam bilik tu.. Fuhhh... Dan minggu depan sekali lagi kena jaga budak special needs..... sighs.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: My Brunel University, My story
Wednesday, 6 May 2009
Pekerjaan pertamaku di UK
Seronoknya bila baca tajuk tu... tapi memang seronok pun kerjanya. Dalam masa sebulan setengah ni, saya menjadi invigilator dan buat script checking for undergraduate and master student di Brunel ni. So, semalam lah hari pertamanya bekerja sebagai invigilator. Pukul 5 dah report duty dengan organizer exam untuk exam jam 5.30 pm. Saya pelik juga kenapa exam diaorang ni petang. Rupanya exam petang ni untuk mereka yang ada special need. Macam saya, kena jaga seorang student yang perlu buat strecthing in every 15 minutes. Dia diberi tambahan masa 25% dari actual duration time. Makanya, exam yang sepatutnya habis jam 7.30 pm (2 hrs) akan berakhir jam 8.00 pm la. Berdebar gak saya dengar sebab kena balik malam. Sian pulak kat cik abangku menjaga si cilik si cilik yang tersangat baik tu.
Tunggu punya tunggu, akhirnya student tu (rasanya nama dia Philip Praseeden) tak show up pun. Apa da.. kita punya la semangatnya nak menjaga dia, dia pulak tak datang. Si Lesley (organizer) minta la saya tunggu till 6.30 pm. So, saya lepak bodoh lah sambil makan epal dan minum kopi. Eh.. tak lepak bodoh tau, baca jurnal lagi.. hihihi.
Lebih kurang jam 6.35 pm, Lesley datang. Dia minta maaf sebab student tu tak datang. Saya tak kisah pun sebabnya saya still dibayar untuk membuat kerja menunggu sambil suka hati nak buat apa2 kerja. Yang paling best bila dapat daily time sheet. Lesley letak saya jaga exam dua jam. So, dapatlah saya rezeki untuk minggu ini sebanyak £26 (£13 per hr). Alhamdulillah syukur...
Posted by Ina & Beib 2 comments
Labels: My Brunel University, My story