Perjalanan seterusnya kami menuju ke Cordoba. Di sana terdapat masjid terkenal, Mezquita Catedral de Córdoba. Ini pula addressnya Calle de Torrijos, 10, 14004 Córdoba, Spain. Untuk keterangan lanjut, visit blog cik abeku, Al Mursi. Dulu masjid tapi kini telah menjadi muzium. Bagi menghilangkan elemen pembinaan Islamik, mereka menutup pintu utama yang berbentuk kubah. Dari itu, akan wujud suasana suram seperti yang selalu ada dalam gereja. Bukan setakat itu, di siling-siling mereka pasti akan tambah ukiran-ukiran melambangkan kristianiti. Tapi dah namanya Islam kan... macam mana pun, kesenian milik Islam itu tetap ada. Selain itu ada juga tempat bersejarah lain, Medina Azahara (14005 Cordova, Andalusia, Spain). Hanya hampir 30mins dari masjid. Yang sedihnya kami tak sempat nak ke sana sebab nak mengejar masuk ke Alhambra.
Thursday, 22 April 2010
Day 3: Cordoba & Granada
Posted by Ina & Beib 2 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Wednesday, 7 April 2010
Cambridge...as proud as the name
Belum pun habis cerita pasal Spain, saya dah buat entry jalan-jalan ke Cambridge. Bukan apa, takut terlupa. At least for Spain, Jap and hubbyku dah siap buat dah. Pagi Sabtu semalam, saya and hubby tercari-cari tempat nak meluangkan masa cuti. Ingat nak naik Portsmouth tapi tak jadi. Hubbyku teringat yang next month kita nak turun ke The South. Of course kita akan ke Portsmouth juga. Saya tetiba teringat punting at Cambridge. Hubbyku terus call his friend, Sofi yang akan ke Cambridge juga. So, kami pun mengikutlah Sofi and family ke Cambridge. Dia dah ke sana tiga kali. Makanya insyaAllah tiada masalah untuk mencari tempat berjalan.
Dari rumah kami ke Cambridge mengambil masa sejam 34 minit. Kami ikut poskod Saint Andrews Street CB2 3BQ instead of CB2 3BJ yang Sofi bagi. Dalam Tomtom kami, poskod yang Sofi bagi tu takde. Kami memulakan perjalanan dalam jam 12 tengahari setelah membeli chicken burger and nasi briyani di Burger Boys. Memang kami budget nak lunch di car park aje before berjalan di Cambridge nanti. Kami menggunakan M25 dan menyusur masuk ke M11 melalui Junction 27. Di M11 kami bertembung dengan Sofi. Dia stay di Travelodge area London. Kami exit di Junction 11 towards Cambridge(S)/Harston. Dari simpang tu ke tempat parking Grand Arcade tu mengambil lebih kurang 3.5 miles. Means tidak berapa jauh sangat lagi.
Lebih kurang lagi 2 miles nak sampai, kereta dah mula bersusun. Hari Sabtu kan, pastu plak shiny day. Tu agaknya semua orang pakat keluar. Tapi sejuk tetap sejuk lah kan. Bak kata hubbyku, This is London. Tu yang sejuk sepanjang tahun tu..hehehe. Kami agak berpusing juga sebab nak cari parking. Parking di Grand Arcade tu kira yang paling convenient sebab terletak di tengah-tengah kawasan wajib visit di Cambridge. Tu yang kami tak kisah walaupun kena queue agak panjang sebelum dapat naik ke multi-storey parking lot tu. Boleh juga visit website dia at http://www.grandarcade.co.uk/.
Selesai kami lunch di car park tu, baru kami memulakan perjalanan. Turun ke level 0, kemi menyusuri kedai-kedai besar yang biasa di High Street sebelum ke Market Square di tengah-tengah dataran. Dari situ kami menuju ke King's College Cambridge. Ingat nak masuk tapi tutup pulak. Rupanya tutup at 12.30 pm on Saturday. Masuk kena bayaran juga, adult £5 and bawah 12 free if datang dengan family. Dalam tu art centre, exhibition dan bangunan-bangunan yang memang class. Kami mampu tengok dari luar je. Yang terlintas di fikiran saya is bagaimana mereka menggunakan bangunan-bangunan bersejarah tu dan menarik pelancong mengunjungi tempat tu. Pada masa yang sama mereka dapat mengumpul fund untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaa. King's College sama je macam Kolej-kolej kediaman universiti. Bezanya bangunan-bangunan mereka yang memang gothic and bersejarah. Next entry saya akan upload pics pulak.
Next visit kami ke The Fitzwilliam Museum. Perjalanan ke sana mengambil 10 mins berjalan kaki dengan menyusuri beberapa lagi kolej. Kolej-kolej yang ini tidak dikenakan bayaran. Mungkin nilai sejarahnya agak kurang berbanding King's College. Muzium mengumpul kerja arts yang berharga berjuta-juta pound dan sangat artistik. Banyak juga lukisan dan kerja arts yang saya tak faham maksudnya. Sebenarnya banyak lagi muzium yang boleh dilawati tetapi semuanya kena bayar daa. Muzium ni aje yang free.
Kemudian kami berpatah balik ke King's College tadi untuk menuju ke Punting place. MasyaAllah punyalah cantik. So, kat sini saya letak sikit2 gambo2 nye ya..
Posted by Ina & Beib 4 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Tuesday, 16 March 2010
Day 2: Gibrabtar & Espona
Posted by Ina & Beib 2 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Wednesday, 3 March 2010
Welcome to Spain!!!
Alhamdulillah we arrived Malaga Airport without any delay. My son, Abbas made a funny statement when we just about to take out our hand luggage from the baggage area. 'Mama, kita dah sampai Malaysia ke?' Ayo, anakku ini. Means he missed Malaysia very much. Kalau harga tiket ke Malaysia is same like to Spain, tiap2 tahun kita balik Malaysia Abbas, told me silently.
Without any custom check but of course with immigration control check, we started to look for Marbesol representative. We booked our car with them from www.doyouspain.com. I did compare with other companies and that is the cheapest one and the only website that we can booked without any deposit. Yang lain (within my searches...about 5 websites) need the credit card details.
Dah jumpa Marbesol representative, they brought us to their office about less than 5 mins from the airport. Tunggu punya tunggu (ada 2 customers lain) we got our car. Jep dapat Ford Focus 5 doors n we got Cordoba Seat saloon car. Yang best, masing-masing berdebar-debar to drive a left-hand drive car. My husband surrendered. Dia migrain (mabuk kapal terbang le..hehehe). So, Jep lead the way to our Apartment in Marbella.
Tu dia...dengan malam (around 10pm we started our journey), hujan lebat, kabus tebal and left-hand-drive-first-experience, masing-masing dah macam nak nangis. Aduh...co-pilot pun sama berdebar-debar. Alhamdulillah Tom-tom Jep berfungsi dengan baik. Our Garmin kalah. We just followed. So to others, please make sure your arrival time is before night. Otherwise you will face the same experiences.
Posted by Ina & Beib 0 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Monday, 1 March 2010
Our starting point to Spain
Do you know that you can save a lot of money and your friend's time by park your car at long stay parking at Stansted Airport? We only need to pay £24 for 5 days (11am, 15 Feb until 11pm, 19 Feb). You can choose your own time and date and they will give the rate. But please add another half an hour to your two-hours-before-departure-time since the transfer time between parking area and the airport is about 15 mins. Thanks to Jap for his concern on all these remeh2 matters. He even read thoroughly all the T&Cs applied on the receipt and agreement. Sometime I’m good doing this but not at most of the time….hehehe.
Our departure time was 16:00 and arrived there at 13:40 after bus ride. Then we moved to the punggah memunggah area just to make sure the check in bag is below than 15 kg and also to make sure the hand luggage bag is within the permitted size. Otherwise you will gigit jari to pay more or need to sedekah the excess items to the bin like Areej did (betul kan Areej?).
We did online check-in one week earlier. So at counter, they only check either we provide the right document (passport la kan) or not and tally with our details on boarding pass. We also drop our check in bag there and alhamdulillah the weight is 15.0 kg precisely. The next step was entering the security check-in. Kat sini yang mendebarkan. At the first post, everything was ok. Beg tak nampak gemuk and besar means tak payah timbang. Then, it was a very long queue towards scan area. Any bulky steel items semua kena removed. Coat apatah lagilah. My first daughter sangkut kat scan including me. The security women did thoroughly check-up on Sumayyah and did twice on me. Hemm…kena raba pastu kena scan lagi with metal detector scanner. Dah lepas, then my husband’s hand luggage pulakyang sangkut. He forgot to remove his camera and laptop from the bag. Laptop pun kena scan lagi. Pening diode, cathode, transistor dalam tu. Asyik kena scan je.
Dalam masa yang ada, we moved to the gate stated on the screen. Not on our boarding pass ok...so kena more alert otherwise you will be late. Macam saya lah kan. I told others that we should wait because on screen stated like that. Sib baik ada Jep, dia yang push kita gi ke gate. Sampai sana orang dah start beratur. Alhamdulillah tak panjang mana. And again, they check our hand luggage. Everybody must bring only one bag in hand. So yang mana ada tersangkut-sangkut kiri kanan tangan, kenalah letak in one bag.
All of us sit in one place. Alhamdulillah taklah berpisah-pisah. Dapat kami share our foods. Then, bermulalah perjalanan kami towards Spain. Eh lupa...sebelum naik kapal terbang, pakatlah beli air kat cafe and letak dalam beg (jangan lak dok pamer la kan). If not you need to pay £2.50 only for a bottle of small bottle of mineral water!
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Monday, 22 February 2010
Holiday to Andalucia, Spain
Sempena cuti sekolah anak-anak kali ini, kami terbang ke Andalucia, Spain. Berkobar-kobar juga rasanya nak ke sana sebab rasanya dah lama sangat tak naik kapal terbang. Hehehe...macam budak kecik pulak rasanya. Bermula dari Stansted Airport (15 Feb) ke Malaga Airport hingga ke tempat penginapan kami di La Reserve Apartment di Marbella dan pulang semula ke Stansted Airport pada 19 Feb. Memang terharu dan sangat best walaupun memang tak cukup masa.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Jalan-jalan, My story
Thursday, 11 February 2010
PTK TK3
Tengah malam tadi dapat email bagitau yang saya dapat sit for kursus PTK TK3. Tarikhnya April ni dalam masa 5 hari. Makk aikk..tak lama lagi tu. Tiket for sure la takde yang murah. Pastu nak minta kebenaran Prof pun satu hal lagi. Tengok calon pulak kebanyakannya calon favorite. Macam ada semangat je nak confirm yes. Bila scroll ke bawah sikit, ada lemah sikit semangat. Semua perbelanjaan (tambang perjalanan, makan dan penginapan sepanjang kursus) bagi kakitangan yang sedang sambung belajar hendaklah ditanggung sendiri. JPA, MOSTI, Nuklear Malaysia, tidak akan melayan sebarang tuntutan. Fuh...berfeluh saya membacanya.
Kalau macam tu takpelah, kita bagilah laluan kepada mereka itu. Duduk sini sampai dapat PhD. Mesti dapatkan PhD itu. Mesti mesti... Takkan lari gunung dikejarkan. InsyaAllah adalah rezeki Allah itu...
Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: My story
Wednesday, 10 February 2010
Oh...My milk bottle
Baru kata yang Soffiya dah tak ingat botolnya kan. Tapi malam tadi entah macam saya tercerita pasal botol susu dia on the way balik dari rumah Kak Norbayah. Lepas tu dia terus bad mood. Muka muncung and mencebek. Mula2 saya tak perasan. Bila budak2 semua dah tidur, baru husband saya cakap yang Soffiya tunjuk perasaan. Masa dia nak tidurkan Soffiya, Soffiya minta botol perlahan-lahan. Mungkin tak nak bagi saya dengar. Husband saya pujuk dia, buatkan milo dan terus pujuk sampai dia terlelap.
Gelak saya bila dengar husband saya cerita. Pandai sungguh dia tunjuk perasaan. Patut masa masuk rumah tu, dia tunjuk ragam. Saya malas nak layan sebab nak tengok yang dua orang lagi tu masuk tidur. Rupa2nya dia rindu dengan botol susu tu. Tu lah saya, sapa suruh saya cerita pasal botol susu tu lagi. Kan dia dah teringat balik dah...
Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: My kids
Monday, 8 February 2010
No more bottle...
Kiranya hari ni hampir seminggu Soffiya tidak berjumpa dengan milk bottlenya. Memang dah lama dah usaha kami untuk menghapuskan kegemarannya menghisap botol susu. Bermula dari memotong sikit puting botol susu tu sampai la kepada mencairkan susu tu. Tapi semuanya ala-ala gagal gitu. Bila dia hisap yang puting botol yang dah terluka tu, sian pulak nengok susu tu mengalir kat leher dia masa tidur. Dah tu seksa pulak saya asyik menukar sarung bantal. Pastu, kita cairkan pulak susu tu. Selalunya memang fresh milk penuh satu botol susu 9 ml tu. Then, dikurangkan pulak kpd ratio 70% susu: 30% air sampai kepada ratio 10% susu: 90% air. Yang paling akhir adalah beberapa titik susu sahaja. Semuanya dia telan je. Tapi paling parah, bila dia gonggong je botol tu bila dia rasa air tu tak sedap.
Yang menguatkan hati saya untuk memisahkan botol kesayangannya tu bila saya perasan gigi depan dia dah mula pendek sebelah. Tu yang dia makin sedap letak puting botol tu kat gigi yang separuh pendek tu. Ala, takut pulak gigi dia jadi macam gigi abang dia si Abbas tu. Saya pernah dan selalu letak susu yang sama dalam cawan sedut tu dan bagi dia. Selamba je dia buat muka macam nak muntah. Seolah-olah macam minum air basi. Geram betul rasanya. Maknanya dia memang nakkan puting tu je.
Bila malam pulak, dia akan minum paling kurang pun dua botol semalam. Ada sekali dua tu sampai lima botol satu malam. Mak aii..yang jenuhnya sayalah. Dok bangun tidur bangun tidur bagi dia botol susu. Tang siang pulak, kami dah bolehlah control dia dari menyusu. Dari pagi dia minta botol susu, tapi dalam jam 6 pm baru dia dapat.
Yang bestnya last week, Selasa. Dia telah menghilangkan botol susunya sendiri. Then malam tu, kami naik central London. Macam biasa dia dah mula mengantuk dalam kereta and minta botol. Saya tanya dia balik, mana botol susu tu. Soffiya jatuhkan and hilang. Mana dia... Dia terus je merengek dalam 5 mins. Lepas tu terus terlelap. Bila sampai rumah, puas kami mencari then terjumpa kat tepi sofa. Dapatlah dia minum susuu malam tu. Esoknya sekali lagi botol dia hilang. Saya hangin la kan. Saya biarkan je dia merengek. Sambil tu saya teruskan tanya dia balik, mana botol susu. Mama tak tahu Soffiya letak mana. Soffiya yang hilangkan. Dia cebek je and terus minta milo (fresh milk + chocolate flavour).
Bila malam, berdebar jugak kami menantikannya. Memang malam pertama and kedua tu sungguh mencabarlah. Saya terpaksa menepuk dia dan memujuk dalam 15 mins setiap tepukan. Lebih kurang 3 kali dia terbangun minta susu. Saya cakap bende yang sama dan dia terus minta milo. Esoknya saya jumpa balik botol tu tapi terus saya sorokkan.
Sekarang ni alhamdulillah sangat, dia dah tak minta botol susu. During breakfast, dia akan minum satu mug milo. Petang satu cawan sedut milo, sebelum tidur secawan lagi dan waktu tidur jam 4-5 am secawan lagi. Tapi kekadang tak bangun langsung. Makan tak payah cakaplah. Makin bertambah2 lah selera makannya. Oh lupa.. ada satu malam tu, dia bangun minta makan choco crunch (cereal) with milk. Tu memang sah lapar lah tu...
Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: My kids