Saturday, 28 February 2009
Friday, 27 February 2009
Rumahku Syurgaku...
Wah, sekarang ni pukul 4 pagi burung-burung dah mula berkicauan. Mula tu ingatkan kami lambat bangun. Tengok jam baru empat pagi. Rupa-rupanya itulah antara petanda spring nak masuk. Inipun otai yang bagitau. Harapkan kami, inilah pertama kali merasa empat musim. Sebelum ni, setakat duduk negara orang dua tiga minggu adalah. Memang takde experience langsung. Dapat main snow tu pun, kira dah bersyukur sangat.
Tapi si Sumayyah pulak sibuk tanya bila nak summer. Tu yang tengah sibuk cari rumah baru tu. At least ada garden, small pun takpe. Bukan nak menanam (tangan saya ni keras sikit.. tanam daun pandan boleh lah), tapi dapat anak-anak saya bermain waktu summer nanti pun dah alhamdulillah. Duduk flat pun ok tapi mesti ada private garden. Bukan apa, orang sini biasalah gayat sikit. Kawasan kat luar flat tu bukan main cantik lagi. Semuanya untuk dipandang je. Budak-budak bukannya boleh main. Nanti tak pasal-pasal, polis dari community support datang nak saman kita sebab buat bising. Setakat saman, ok lah. Kalau diangkut ke balai polis lagi lah payah.
Cerita pasal cari rumah sewa ni pun kekadang mendebarkan. Macam kami hari tu, dah jumpa dua rumah yang memang berkenan. Satu dekat dengan Hillingdon Hospital dan satu lagi dekat dengan universiti. Dua-dua ada taman dan yang bestnya, rumah yang dekat universiti tu rumah setingkat. Ish, memanglah susah nak dapat rumah setingkat ni. Alih-alih, dua-dua dah kena ambil. Bukan apa, takkan lah kami nak ambil rumah tu sedangkan current home ni tamat contract (6 bulan) akhir bulan empat nanti. Tidaklah kami mempunyai lebihan duit untuk membayar dua rumah sewa dalam sebulan. Makanya, kenalah kami cari dan mencari lagi.
Agen yang sekarang ni pun, sibuk juga carikan rumah untuk kami. Itu kata dia, taktau lah yang sebenarnya. Biasalah bangsa mereka tu walaupun agamanya Islam. Tapi, kira kami pun dah pandai juga demand. Dah ada list of criterias yang perlu agen fulfill. Inipun belajar dengan otai jugak yang berlagak tu penting sebab pada mereka customer is always win.
Walaubagaimanapun, memanglah kami berharap dapat rumah yang elok sebelum summer. Tak lama lagi siang akan lama. Kesian juga pada anak-anak. Kalau ada garden, dapat juga mereka main kat luar. Sekarang ni pun matahari pun dah mula terbit cepat. Pagi tadi, saya pun terkejut sebab matahari dah mencanak naik padahal baru pukul 7.30 pagi... Yelah, kami ni kan baru merasa, gayat lah sikit jadinya.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Tuesday, 24 February 2009
How to lose weight...
Rasa macam dah lama tak menulis di blog sendiri. Hati teringin sangat sebenarnya nak menulis tapi selalunya mesti sangkut kat tajuk. Tak tau apa topik nak tulis. Nak cerita pasal research rasanya belum sampai waktunya lagi. Masih menapak lagi. Tunggu la dalam dua tiga bulan lagi, barulah saya berani menulis pasal study. Bukan apa, sekurang-kurangnya boleh juga saya share experience dengan kawan-kawan. Lagipun memang banyak perkara yang boleh dikongsi. Time management, mood menulis, macam mana nak tackle supervisor, bergaul dengan international student as well as home student, macam-macam lah. Best juga tu kan topik tu. Nanti lah saya tulis.
Sekarang ni saya tengah pelik macam mana cik abang saya boleh turun 5 kg dalam masa 3 bulan dan saya pulak naik 2 kg! Masa datang sini akhir Oktober hari tu, berat dia dalam 75 kg dan saya 47 kg. Mula tu, dia yang perasan dulu. Ina, seluar abang dah longgar lah. Saya tak berapa perasan sangat berat badan dia dah mula menyusut. Lagipun macam pelik pula sebab masa winter ni lah ramai orang naik berat badan. Makan berselera, sejuk la katakan.
Balik dari school sebulan yang lalu, saya tengok dah ada weight scale. Beli kat Hospiece, dia kata. Apa lagi, suami saya menayang lah berat badan baru dia, 70 kg. Memang betul lah. Dan saya... 49 kg. Seram betul. Yelah, takut melampaui batas pulak berat tu. Buat masa ni, masih di tahap ideal (BMI - 20.9). Kira boleh berlapang dada la kan. Tapi kena jaga-jaga juga sebabnya saya memang tengah mempunyai selera yang tinggi. Kalau di Malaysia, suami selalu kata, "Alah Ina. Setakat mana la yang Ina makan. Manalah nak gemuk." Tapi kat sini, dia cakap, "Dari tadi isteri Abang ni asyik mengunyah jer." Adusss...
Bila tengok aktiviti harian cik abang saya, memanglah memberi kadar penyusutan yang tinggi. Aktiviti pagi, menghantar Sumayyah ke sekolah. Kiranya lebih separuh kalori minum pagi dah digunakan untuk itu. Kemudian, aktiviti browsing and blogging tanpa kudapan sehinggalah makan tengahari. Sambil tu, menguruskan makan minum Abbas dan Soffiya tanpa had. Soffiya pulak, selalunya memerlukan pengendalian tandas 2 kali sepanjang siang. Termasuk juga dengan aktiviti memasak. Kalau saya balik dari school lambat, sekali lagi ke sekolah untuk mengambil Sumayyah tapi kali ini dengan mengangkut dua orang budak baik tu!
Fuh... memang tak terkata pembuangan kalori untuk sehari tu. Tak cukup dengan kalori yang ada, nampaknya lemak-lemak di badan pun dah mula digunakan. Patutlah cik abang ku boleh susut. Yang saya pulak, sedang seronok makan. Saya tak boleh tengok tortilla chips dengan cookies terutama butter cookies. Waduh.. sedap bangat sih...
Posted by Ina & Beib 2 comments
Labels: My story
Thursday, 19 February 2009
Cikgu oh Cikgu

Sian kat Abbas. Dia pun beriya-iya nak belajar. Oleh kerana Mama dia tengah berasap, dapat baca buku Argos pun cukuplah.
Apa-apa pun saya memang tabik secukupnya kat cikgu ni. Macam mana lah satu cikgu boleh jaga lebih dari 30 murid dalam satu masa. Dapat pulak yang darjah satu. Lagi la pening kepala.
Posted by Ina & Beib 6 comments
Labels: My kids
Friday, 13 February 2009
No for Geert Wilders
Lagi berita yang syok didengar. Wilders datang London semalam untuk menghadiri preview film 17 minutes 'Fitna' yang kecoh satu hari dulu menghina Islam. Cerita tu berkenaan serangan pengganas di New York, Madrid dan London. Dan mereka anggap serangan-serangan yang dibuat ini adalah di atas arahan Al-Quran (Mereka panggil Koran). Mereka kata Koran menggalakkan keganasan, keganasan kepada wanita dan macam-macam penghinaan ke atas Islam.
Dia sempat sampai kat Heathrow sahaja. Dengan selambanya pihak London menghantar balik MP Holland ni balik ke Amsterdam setelah tiga jam disoal siasat oleh pegawai Imigresen di Heathrow. Wilders menganggap PM Britain sebagai coward dan menyifatkan kerajaan British sebagai the biggest bunch of cowards in Europe. Mesti dia hangat sebenarnya sebab dimalukan dengan begitu sekali. Siap dia menggesa kerajaan Netherlands untuk ban the Koran. Semoga Allah menjatuhkan bala bencana pada mamat ni seperti mana yang Ariel Sharon sedang alaminya. Amin.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: My story, This is UK
Dad at 13: What a shock?
Hari ini pertama kali saya beli suratkhabar selama dah berada di West London ni. Kenapa agaknya?
Head news yang membuatkan biji mata saya terbeliak besar. Sekarang berumur 13, Alfie Patten telah menyebabkan makwenya yang berumur 15 tahun mengandung. Suara pun tak pecah lagi. Yang kelakar dan sadisnya bagi orang Islam dan berbangsa Melayu adalah ayat yang digunakan:
"Four-foot Alfie Patten is just 13. He was 12 when his 15-year-old girlfriend Chantelle Steadman conceived after just one night of unprotected sex."
Wah, begitu sekali. Ini bermakna dengan protected sex, semua tu tidak menjadi masalah. Buatlah macam mana pun asalkan menggunakan perancang keluarga. Alhamdulillah di Malaysia masih belum berleluasa walaupun sebenarnya dah ramai yang buat. Tetapi sekurang-kurangnya tidak terbuka seperti di sini. Kiranya, orang-orang tua taklah ramai yang mati kena heart-attack bila dengar berita seperti tu.
Ada juga yang sedihnya, bila budak lelaki yang comel ni beriya-iya untuk menjadi bapa yang baik. Setiap hari dia berada di samping makwenya semasa nak melahirkan baby Maisie tu. Ramai juga yang menyalahkan sex education yang diajar bermula dari umur 14 tahun di sini. Bukan sebab pelajaran tu tidak efektif tapi sebab mereka rasa kena ajar pada umur lagi rendah. Ish.. tak sanggup rasanya kalau anak kita yang baru darjah enam tanya cerita dalam kelambu ni.
Ingatkan ini dah cukup mengejutkan. Rupanya rekod bapa termuda yang dipegang oleh orang British adalah Sean Stewart pada 1998. Dia menjadi bapa semasa berumur 12 tahun dengan makwenya yang berumur 15 tahun dan berpisah enam bulan lepas tu.
Takpelah, asalkan kita jaga zuriat dan keturunan kita, semoga di jauhkan Allah dari perkara-perkara mungkar ni. Sebaiknya konsep menjaga tepi kain orang perlu diteruskan. Sekurang-kurangnya jiran-jiran sekeliling boleh menjadi mata-mata kepada anak-anak. Kalau ada yang tak betul, tegur terus. Ibu bapa pun kena bersifat terbuka. Yang tak betulnya, ada pulak yang backing anak-anak walaupun dah tahu perkara tu salah. Akhirnya lahirlah keturunan yang tidak sah di sisi Islam. Na'uzubillah.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: This is UK
Sunday, 8 February 2009
Minggu yang Bosan
London teruk dilanda salji bermula dari Ahad lepas. Selama 20 tahun, kiranya tahun ini lah paling teruk dan dijangka mengalami winter paling lama. Bagi kami, inilah masanya peluang bermain salji. Kalau tidak, kena naik atas (Midland) atau Scotland. Di tempat saya, Yiewsley, kami berkesempatan bermain salji pada Isnin pagi. Malam sebelum tu salji dah mula turun dan langit pun kelihatan cerah. Terkejut juga bila bangun pagi tengok suasana yang memutih kat luar. Jiran-jiran saya juga tidak ketinggalan turut serta bermain salji. Mereka kata, dah lama sangat tak dapat pegang snow. Selalunya salji turun seperti hujan dan esoknya akan cair. Yang paling happy dah tentu anak-anak. Mereka belajar buat snowman dengan jiran. Sekolah Khaireen tutup 2 hari. Saya pun tak berani nak pergi school. Jalan sangat licin. Lagipun, bas pun takde. Semua public transport suspended.
Mula-mula tu memang la seronok. Masuk hari kedua, saya dah mula bosan. Bukan apa, kami tak boleh nak bergerak ke mana-mana. Sumayyah pun complain juga kenapa kami semua tidak keluar rumah. Selalunya dia tak lah boring. During weekdays, dia ke sekolah and weekend kami mesti akan keluar berjalan-jalan. Alhamdulillah hari Rabu, sekolah dah buka. Tak lah penat kami nak jawab soalan Sumayyah tu. Saya pun baru berkesempatan ke school untuk meeting group dan trial run lab.
Bila dengar berita, mereka predict sepanjang minggu akan snow and wet. Lagilah bertambah boring. Kalau tak boleh ke mana-mana sahaja, saya masih ok lagi. Ini ditambah pula dengan sejuk yang menyengat. Bertambah dasyhat masa snow mula mencair. Kekadang saya boleh menggigil walaupun dah berbaju tebal dan heater on.
Tapi syukurnya, bangun sahaja pagi Sabtu, tiada tanda-tanda salji turun. Sampaikan matahari menyinar sampai perit rasa bila terkena kulit. Elok benar la tu. Saya rasa cukup dah dengan pengalaman satu hari bersama snow yang lebat. Kesan jalan yang licin masih terasa sampai sekarang. Snow di badan kereta saya pun masih tak habis cair.
Posted by Ina & Beib 0 comments
Labels: My story, This is UK
Monday, 2 February 2009
Puteri sulung, Khaireen Sumayyah
Mengandungkan Sumayyah memang mencabar. Pertamanya, tiada pengalaman mengandung. Keduanya, saya morning sickness sepanjang mengandung 9 bulan. Untuk tiga bulan pertama, memang saya melepek terutama bangun pagi. Saya perlu makan dulu baru boleh berus gigi. Kadang-kadang saya kunyah chewing gum sahaja. Di office, saya tak boleh buat kerja langsung. Kerjanya keluar masuk tandas untuk muntah. Alhamdulillah boss faham. Air putih lagi lah, tak boleh telan langsung. Mesti air berwarna.
Bila masuk bulan keempat, saya dah bertambah baik cuma masih muntah. Saya dah boleh mula makan. Keinginan nak makan memang tinggi. Bukan tinggi sahaja, meluap-luap rasanya. Tapi selepas dua tiga suap sahaja terus keluar balik. Tension betul. Suami saya pun tension juga sebab tak pasal-pasal dia turut terlibat. Setiap kali sebelum tidur malam, saya mesti suruh suami mandi dulu. Saya tak boleh bau dia. Kesian dia. Bau nasi yang tengah menggelegak pun saya tak boleh.
Tapi yang bestnya, saya suka shopping. Kadang-kadang saya belanja RM10 sahaja, tapi puas betul rasanya. Tempat wajib adalah Mid Valley. Suami pun pening melayan saya. Alhamdulillah masa tu kami menyewa di Bandar Sri Putra. Makanya tidak lah jauh sangat nak naik KL. Selain tu, saya suka buat dessert dan kuih muih. Masa bulan puasa, saya boleh buat biskut raya sebanyak 8 jenis seorang diri. Sampai satu tahap, saya pernah buang satu perempat adunan biskut makmur sebab dah tak larat sangat nak menghabiskannya.

Posted by Ina & Beib 3 comments
Labels: Khaireen Sumayyah, My story
Sunday, 1 February 2009
Healthy Lunch Pack
Cerita Sumayyah lagi.
Selesai sahaja meeting dengan supervisors pagi tu, saya meneruskan kerja di school. Bukan apa, kalau balik rumah alamatnya memang tak buat apa-apa la saya hari tu. Tiba-tiba Xperia saya bergetar. Ada call masuk maknanya.
"This is St Mathew's office. Regarding Khaireen."
"Is anything wrong about her?"
Bukan apa, semalam mereka call juga bertanyakan lunch bag Sumayyah. Mereka kata mereka tak jumpa. Saya terpaksa menerangkan bentuk beg plastik yang Sumayyah bawa pada hari itu dan meminta maaf memandangkan lunch bag Sumayyah sebenarnya tertinggal di sekolah pada hari sebelumnya. Maka jawabnya saya terpaksa menggunakan beg lain sebagai ganti.
"Oh no, she's doing well here. We are just wondering on meal for her lunch today."
Hari tu saya sediakan tiga potong kek, cookies, coklat dan yogurt drink. Ada masalah ke?
"Yes. In St. Mathew we are demanding on healthy lunch for children."
Dan akhirnya saya terpaksa mendengar short lecture berkenaan healthy meal. Sambil itu saya terfikir bagaimana mereka boleh tahu jenis makanan yang Sumayyah bawa dan sebelum tu pula mereka yang sibuk mencari beg bekalan Sumayyah. Sedangkan sekolah tu sudah tentu mempunyai murid yang ramai untuk dimonitor.
Balik dari sekolah, saya terus bertanya Sumayyah. Dia kata, semasa waktu makan mereka perlu beratur menuju dewan makan dan membasuh tangan. Kemudian terus ke meja makan yang telah terhidang bekalan yang Mama bagi.
Patutlah mereka tahu jenis bekalan yang dibawa oleh setiap murid. Mereka yang bertanggungjawab mengambil lunch bag itu dari kelas masing-masing dan menyusun bekalan tersebut.
Sejak hari itu, saya sangat berhati-hati menyediakan bekalan Sumayyah. Terima kasih juga buat Kak Hajah dari Brunei yang mengajar saya menyediakan healthy lunch pack. Yang penting mesti ada air (selalunya saya letak yogurt drink Tesco atau Munch Bunny Nestle. Alhamdulillah lah harganya murah), buah samada pisang atau anggur (itu sahaja buah yang Sumayyah suka makan selain durian), roti berinti coklat, butter sugar, tuna atau telur, dan tiga keping biskut atau Coco Pops Kellog's Bars. Kalau terlebih rajin, saya grill atau goreng fish fillet and chips.
Kalau di Malaysia la, agak-agak boleh ke saya sediakan makanan yang seperti itu? Atau dengan lain perkataan, saya ada masa ke untuk itu? Syukurlah Allah memberi saya peluang kali ini.
Posted by Ina & Beib 1 comments
Labels: Khaireen Sumayyah, My kids, This is UK