BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 13 February 2009

Dad at 13: What a shock?

Hari ini pertama kali saya beli suratkhabar selama dah berada di West London ni. Kenapa agaknya?

Head news yang membuatkan biji mata saya terbeliak besar. Sekarang berumur 13, Alfie Patten telah menyebabkan makwenya yang berumur 15 tahun mengandung. Suara pun tak pecah lagi. Yang kelakar dan sadisnya bagi orang Islam dan berbangsa Melayu adalah ayat yang digunakan:

"Four-foot Alfie Patten is just 13. He was 12 when his 15-year-old girlfriend Chantelle Steadman conceived after just one night of unprotected sex."

Wah, begitu sekali. Ini bermakna dengan protected sex, semua tu tidak menjadi masalah. Buatlah macam mana pun asalkan menggunakan perancang keluarga. Alhamdulillah di Malaysia masih belum berleluasa walaupun sebenarnya dah ramai yang buat. Tetapi sekurang-kurangnya tidak terbuka seperti di sini. Kiranya, orang-orang tua taklah ramai yang mati kena heart-attack bila dengar berita seperti tu.

Ada juga yang sedihnya, bila budak lelaki yang comel ni beriya-iya untuk menjadi bapa yang baik. Setiap hari dia berada di samping makwenya semasa nak melahirkan baby Maisie tu. Ramai juga yang menyalahkan sex education yang diajar bermula dari umur 14 tahun di sini. Bukan sebab pelajaran tu tidak efektif tapi sebab mereka rasa kena ajar pada umur lagi rendah. Ish.. tak sanggup rasanya kalau anak kita yang baru darjah enam tanya cerita dalam kelambu ni.
Ingatkan ini dah cukup mengejutkan. Rupanya rekod bapa termuda yang dipegang oleh orang British adalah Sean Stewart pada 1998. Dia menjadi bapa semasa berumur 12 tahun dengan makwenya yang berumur 15 tahun dan berpisah enam bulan lepas tu.

Takpelah, asalkan kita jaga zuriat dan keturunan kita, semoga di jauhkan Allah dari perkara-perkara mungkar ni. Sebaiknya konsep menjaga tepi kain orang perlu diteruskan. Sekurang-kurangnya jiran-jiran sekeliling boleh menjadi mata-mata kepada anak-anak. Kalau ada yang tak betul, tegur terus. Ibu bapa pun kena bersifat terbuka. Yang tak betulnya, ada pulak yang backing anak-anak walaupun dah tahu perkara tu salah. Akhirnya lahirlah keturunan yang tidak sah di sisi Islam. Na'uzubillah.

1 comments:

Anonymous said...

sirius dahsat..

mimi~